Peperangan antara naga dan manusia telah berlangsung sejak zaman datuk nenek moyang mereka lagi. Tidak kira semaju mana teknologi dan strategi yang dimiliki, peperangan antara naga dan manusia tidak akan pernah berhenti. Ini kerana musnahnya kerajaan dimana pemerintah naga pemusnah dibunuh!Sejak itu tiada lagi pemimpin yang dapat mengawal kemaharajalelaan naga pemusnah yang lain dari melakukan kemusnahan pada tempat tinggal manusia.
Selagi naga-naga pemusnah yang ada tidak diketuai oleh pemerintah yang layak, selama itulah mereka akan terus dan terus memerangi manusia serta naga pejuang yang lain.
Banyak nyawa yang terkorban, banyak tempat tinggal dan kawasan kampung dimusnahkan. Dari negeri ke negeri yang lain semakin mengecil pendudukannya kerana pupusnya rakyat mereka dibunuh oleh naga pemusnah.
Namun tidak lama...kegelapan yang menyelubungi kehidupan manusia akhirnya tiba di muka surat terakhir apabila munculnya sebuah kerajaan.
Kerajaan yang diperintah oleh sebuah raja dan pemerintahan yang berkuasa. Cukup berkuasa sehingga dapat melahirkan begitu ramai penunggang naga dan naga pejuang dibawah pemantauan Dragon Tamer. Dari sini penunggang naga dan naga pejuang mereka mula memerangi setiap naga pemusnah yang ada sehinggalah keadaan menjadi aman dan tenteram.
Ekoran takut dibunuh, banyak naga pemusnah semakin memilih untuk hidup dalam keadaan tersembunyi dan menyendiri. Mereka tidak berani lagi untuk tunjuk amuk dan melakukan kemusnahan dek jumlah mereka semakin lama semakin sedikit kerana munculnya pahlawan dari kerajaan ini.
Xethen Empire merupakan sebuah kerajaan dimana manusia dan naga hidup tenteram bersama-sama. Dibawah pemerintahan seorang raja yang amat dihormati lagi disegani Raja Emmert Daryl yang dikurniakan seorang puteri mahkota yang jelita lagi disukai oleh semua rakyat jelata.
Atas kebaikan dan sikap pemurah raja merekan, Kerajaan Xethen Empire diberkati dengan tanah yang subur, dilimpahi dengan kekayaan hasil bumi, penduduk yang aman tanpa penjenayah dan diberikan keselamatan dan keharmonian tanpa permusuhan.
Para penduduknya juga mahir dalam pelbagai keparana yang tersendiri seperti menempa pedang, melombong, mengait, bertani, pelayaran dan banyak lagi yang membuatkan tempat itu kaya dan maju.
Dan tumpuan Utama kerajaan Xethen Empire ialah kawasan bernama Xenthopia. Tempat dimana terletaknya akademi latihan Dragon Tamer berada. Ianya merupakan sebuah akademi yang menempatkan naga-naga pra teenager yang bakal berubah menjadi naga belajar untuk menjadi naga yang jinak. Disertakan dengan para Dragon Tamer. Biasanya anak-anak naga yang lahir dalam bentuk manusia akan mula belajar ketika usia mereka sudah menginjak 10 tahun atau mula menunjukkan kriteria kecil naga mereka. Sementara usia Dragon Tamer menjadi tamer adalah seawal 12 tahun lagi bergantung berapa lama mereka telah belajar untuk menjadi Dragon Tamer.
Suasana pada hari sangat indah, dituai dengan cuaca cerah musim bunga. Seluruh kawasan akademi penuh dengan warna warni tumbuhan hijau dan bunga-bungaan. Hari dimana bermulanya pertemuan seorang mentee dengan naga penjuangnya buat pertama kali.
Pintu gerbang laluan Utama kawasan latihan naga terbuka taktala Mentor Harman, lelaki berambut panjang ikat kuda berjalan masuk ke situ dengan derap langkah perlahan. Kehadirannya itu telah membuatkan naga-naga muda yang sedang berlatih berhenti. Dari mereka yang menjadi naga terus berubah bentuk kepada susuk manusia serta merta. Ingin menyambut mentor mereka itu. Sementara mentee Dragon Tamer yang ada cepat-cepat beratur dalam barisan yang lurus.
Masing-masing melirik akan mentor Bishop Harman. Tertarik dengan lelaki paling dihormati dan disegani dalam akademi mereka. Antara Dragon Tamer yang terkenal dengan kuasa istimewanya yang tiada siapa ketahui kecuali naga-naga itu sendiri.
"Selamat pagi Master Bishop!"sapa semua yang ada di situ kepada mentor mereka.
Bishop Harman di situ sambut sapaan mereka dengan anggukan kecil. Dia merenung setiap seorang di situ sebelum memalingkan kepalanya ke belakang.
"Keluar Aerin. Tiba masa kamu untuk Perkenalkan diri kepada mereka semua."panggilnya.
Waktu semua kepala mula menjengah. Mereka hairan kerana tidak melihat sesiapa di situ selain mentor mereka. Sekali apabila mereka perhatikan dengan senyap, muncul satu susuk kecil setinggi paras pinggang mentor mereka. Sembunyi-sembunyi di balik mantel Bishop Harman.
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun pandang ke arah mereka sambil memegang tangan bersarung Bishop Harman. Masih takut-takut kerana pertama kali dia dibawa berjumpa dengan orang asing selain penjaga di rumah anak Yatim dan rakan-rakan di rumah kebajikan mereka.
Bishop Harman lirik akan mentee dan naga-naga muda di situ seorang demi seorang sebelum berkata lagi.
"Anak-anak. Perkenalkan, ini adalah Aerin Ofelia. Dia merupakan Dragon Tamer yang mempunyai kuasa istimewa untuk mendengar dan membaca apa yang difikirkan oleh mana-mana naga. Selain itu Aerin juga adalah anak murid saya. Mulai hari ini Aerin akan belajar di sini dan menjadi Dragon Tamer seperti kamu yang lain. Saya minta Kerjasama dari kamu semua untuk berkawan dengan baik dan memberi tunjuk ajar kepada Aerin saat dia memerlukan. Adakah kamu semua faham?"
Tidak berkedip mereka di situ apabila melirik akan kanak-kanak kecil depan mereka.
"Comelnya dia...."
"Bishop Harman kata dia jadi pelajar mentor?Itu bermakna Bishop Harman telahpun memilih dia sebagi protege?"
"Macam takut-takut aje dia ni?Berani ke nak bersemuka dengan naga??Nanti ngaum sikit dah menangis..."
"Apa kau ni Ryu...cakap tu baik-baik sikit. Kan Bishop Harman beritahu tadi...dia masih belajar."
Bishop Harman mengerling ke naga muda yang sedang berdiri betul-betul dihadapan barisan menghadapnya.
"Bagaimana dengan latihan kamu Ryu Fury?Adakah masih gagal mengawal api kamu?"
Lain terus wajah naga muda tersebut bila ditanya begitu. Senyuman berlagaknya perlahan-lahan ikut memudar. "Baik-baik aje. Semuanya dalam kawalan."
"Hahah...dalam kawalan apanya Ryu?Kau hampir sahaja membakar sebatang pokok hari ni.."ujar seorang Dragon Tamer di situ.
"Kau diam!Atau kau yang terbakar nanti."balas Ryu.
Mereka semua ketawa. Sudah terbiasa dengan keletah Ryu yang sememangnya seorang pembuat masalah.
"Sudah-sudah. Jangan bertekak lagi. Hari ni hari pertama Aerin di sini. Sambut dia dengan baik. Ingat pesan saya ini."Bishop Harman mengusap mahkota Aerin dengan perlahan sambil itu.
Dan pada masa itulah Ryu Fury pandang ke wajah budak perempuan beza tiga tahun dengannya itu dengan senyuman meleret nakal.
"Hai pendek...selamat datang ke Akademi Dragon Tamer...aku Ryu Fury."Tangannya dihulur ke depan Aerin Ofelia.
Aerin Ofelia pandang wajah budak lelaki di depannya dengan riak tidak faham dan tidak suka pada masa yang sama. Dia tidak kenal siapa tapi hatinya berasa tidak suka apabila melihat wajah itu. Enggan menyambut hulurkan tersebut, Aerin Ofelia kembali menyorok di belakang kaki Bishop Harman.
"Bishop Harman...tengok ni!Dia tak nak kawan dengan saya!"mengadu Ryu Fury kepada mentornya itu.
"Siapa yang nak berkawan dengan kamu kalau buat muka menakutkan macam tu.."seloroh Bishop Harman dengan senyuman di bibir.
Sekali lagi Aerin Ofelia cuba mengintai dari tepi kaki Bishop Harman. Tanpa diduga dia terus bertentang mata dengan sepasang mata berkening tajam tepat kearahnya.
Dia tak tahu yang selepas pertemuan ini, hidup dia memang tidak pernah akan normal seperti orang lain!
Share this novel