CHAPTER 41 : Rantai Pelindung?

Fantasy Completed 5425

Seutas rantai tergantung di depan muka.

Sebelum matanya naik memandang yang memberi.

          "Apa ni?"

          Ryu melutut sebelah kaki di hadapan Aerin dengan rantai yang dipegang tadi. "Hadiah aku untuk kau..."beritahunya semasa memakaikan rantai itu ke leher Aerin. "Aku tak sempat sediakan cincin. Sebab aku tak ada masa. Jadi hanya rantai ni yang sempat aku sediakan."

          Hairan kerananya, Aerin tunduk memandang pendant yang tergantung pada rantai itu. Dan bila dia pegang, Ryu kucup dahinya. "Untuk apa?"

          "Keadaan tidak mengizinkan aku untuk lamar kau dengan proper. Jadi aku akan lamar kau semula selepas semuanya selesai. Buat masa ni anggap rantai ni adalah lamaran aku pada kau.."lutut Aerin dipegang.

            Ryu yang lengkap mengenakan uniform tentera   di depannya saat itu mengundang tanda tanya buat Aerin. Yalah...Sudahlah mereka bangun awal. Dan bila telah selesai bersiap Ryu dudukkan dia di kerusi semata untuk mendengar so called lamaran ni. "Bukan ke sepatutnya kau lamar Puteri Mara?"

            Ryu menggeleng. "Orang pertama yang patut mendengar lamaran aku adalah kau. Jadi sebelum aku bertolak keluar Xenthopia, aku nak kau dengar semua ni dahulu. Sebab aku tak tahu bila lagi aku akan sempat nyatakannya."

             Air muka Aerin berubah menjadi keruh. Tatapan menjadi kosong. Dia tidak patut berharap lebih dari Ryu. Dia lupa siapa Ryu sebenarnya. "Kau akan keluar berperang lagi?"

            "Sekejap aje.."Ryu cengkam tangan Aerin dengan kuat. "Kau kena janji dengan aku kau akan jaga diri kau dengan baik sepanjang ketiadaan aku di sini.."pandangnya ke wajah baru bangun tidur Aerin.

            Untuk seketika Aerin diam membalas tatapan Ryu. Lalu matanya turun ke tangan bercincin di jari telunjuk Ryu yang sedang meramas jari jemarinya. "Aku tak janji."balasnya tidak lama kemudian.

            "Aerin.."

            "Cukup Ryu. Aku dah beritahu kau tentang hal ni awal sebelum kita bersama. Aku dan kau sama-sama mempunyai kerja yang berisiko. Dan aku akan pastikan nyawa kau selamat. Jangan suruh aku janji sebab aku sendiri tak pasti.."

           "Kalau macam tu beritahu aku yang kau akan jaga diri kau."

            Hela pendek lepas dari Aerin. "Ya."akurnya selepas itu.

Kening Ryu berkerut, dia turunkan matanya ke dada Aerin dimana pendant rantai pemberiannya berada. Mutiara pada rantai itu cukup untuk lindungi Aerin dari menggunakan kuasa Dragon Whisperer sehingga dia kembali. Jadi ianya tidak akan meletakkan Aerin dalam bahaya.

              "Dan..jauhkan diri kau dari Caspian. Kalau kau tak boleh elakkan diri dari bertembung dengan dia..pastikan kau tak bersendirian dengan dia.." pesan Ryu lagi.

Boleh tak berhenti berperangai seperti bapa?Dia dengar jadi letih tau tak!Aerin pandang geram ke Ryu tanpa mengatakan apa-apa. Hanya memendam saja.

             "Termasuk Bishop Harman."

             "Apa?Kau suruh aku jauhkan diri dari mentor aku sendiri?"barulah Aerin beri reaksi. Dah kenapa Ryu ni?Dari malam tadi tau Ryu macam cacing kepanasan. Tak tidur tak apa...berjaga sampai la matahari terbit. Lepas tu ini....

              "Ya.."angguk Ryu. "Aku beritahu semua ni bukan sebab aku nak overprotective atau cemburu ke apa. Tak...aku katakan ni selaku sebagai ketua komander pasukan tentera sendiri...keselamatan kau adalah keutamaan aku. Kalau apa-apa berlaku pada aku, aku takkan risau sebab ianya takkan efek kau..tapi kalau sesuatu berlaku pada kau...aku takkan maafkan diri aku."

              Gulp!Nada serius dan tegas Ryu membuatkan Aerin menelan air liur gemuruhnya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati selepas mendengarnya. "Kau ni cakap macam kau tak balik terus ke sini pulak..."menakutkan dia aje la.

              "Katakannya pada aku Aerin...."

              "Ya...aku akan jaga diri aku. Dan aku takkan dekati Caspian atau Bishop Harman..puas hati?Sekarang berhenti. Kau akan buat aku panik tak bersebab..."Aerin tolak Ryu dari terus menyentuhnya. Ianya buatkan dia tidak mahu Ryu pergi dari situ kerananya.

             Barulah Ryu turunkan kedua-dua kaki ke lantai dan memeluk Aerin dalam keadaan melutut di depan kerusi itu. Belakang kepala Aerin di pegang kemas. "Aku akan balik semula. Tunggu aku."

Sementara itu Aerin tidak membalas pelukan itu. Dia hanya berkerut kening memandang ke satu arah. Dia nak peluk pun tak pasti. Nak tolak pun tak pasti. Tingkah cemas dan mencurigakan Ryu semakin buatkan dia tertanya-tanya.

Apa sebenarnya yang Ryu rahsiakan daripada dia?

Kenapa lelaki ini seakan menyembunyikan sesuatu?

Paling penting, kenapa Ryu pesan kepada dia agar menjauhi mentornya?

Selepas seketika Ryu melepaskan pelukan. Dia jarakkan sedikit dirinya dari Aerin hanya untuk menatap wajah tu semula. Dia usap tepi kepala sebelum tangannya hinggap pada bahu Aerin yang terdedah. Dia tenung lambang naganya sebelum kembali memandang Aerin.

            "Jangan risau mengenai jarak kita. Aku akan datang kepada kau selang beberapa hari untuk pastikan efek pada lambang merah ni tak sakiti kau."

           "Memangnya ada apa sebenarnya Ryu?Kenapa kau berahsia sangat dengan aku?"

             "Tak ada apa-apa. Kau tak perlu risau mengenainya."senyum Ryu dengan nipis. "Apa kau perlu buat hanya pastikan diri kau tak apa-apa. Itu aje yang kau perlu risaukan. Lakukannya demi diri kau sendiri. Bukan kerana aku atau sesiapa."lantas Ryu bangun dari situ sebelum tangannya hinggap ke atas mahkota kepala Aerin. Dibiarkan seketika tangan berglove itu padanya. Lindungi Aerin sehingga dia kembali ke sini.

Tidak menolak dengan tindakan Ryu, Aerin duduk diam di kerusi itu. Cuba hendak fahamkan setiap butir bicara yang Ryu sampaikan tadi. Ianya seakan Ryu cuba hendak lindungi dia dari tahu apa yang disembunyikan. tapi apa yang hendak disembunyikan?

            "Ayuh. Aku bawa kau balik ke bilik semula."ajak Ryu menghulur tangan berglove hitam ke depan muka Aerin.

Sambil pegang tangan Ryu sambil tu Aerin bangun dan memandang wajah Ryu.

              Tangan Ryu melingkar ke sekeliling pinggang Aerin sebelum lelaki itu mengucup lama tengah dahi Aerin. Mata dipejam setelah itu bersama doa supaya Aerin dilindungi. "Kalau boleh aku nak bawa kau, tapi aku tak boleh dedahkan kau lagi pada umum yang kau adalah Dragon Rider aku. Ianya akan mengundang bahaya buat kau. Aku terpaksa tinggalkan kau dekat sini Aerin.."

             Tangan Aerin pula hinggap pada lengan kekar Ryu taktala bibir Ryu masih melekap di dahi. Dia tidak berniat hendak menolaknya kerana dia risau, kalau dia tolak Ryu sekarang, selepas ini dia akan lebih menyesal! "Aku faham..."

Perlahan-lahan Ryu membenamkan kepalanya ke ceruk leher Aerin semasa lohong hitam muncul dari tepi dan menelan Aerin dalam pelukannya. Sekelip mata itu jugalah Aerin lesap dari pelukannya. Tinggal Ryu sendirian di biliknya.

Perlahan-lahan Ryu mengangkat kepala. Memandang ke arah pintu. Nampaknya sudah masanya dia balik ke tanah airnya semula. Rasanya sudah 10 tahun dia tidak pulang ke sana. Tak tahu la mereka ingat ke tidak dirinya ini. Harap-harap dia tidak disumpah menjadi batu dengan ibunya nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience