Disebabkan dia tidak mengenakan pakaian, rasa sejuk membuatkan lenanya terjaga. Biasanya dia rasa hangat di kirinya sepanjang malam. Tapi entah kenapa lain pula hari ni. Kenapa dia tidak merasa kehangatan yang biasa membaluti tubuh dia?
Dalam keadaan mamainya, Ryu paksa matanya di buka sambil tangan kiri meraba ke tempat perbaringan Aerin. Sekali bila tangannya hinggap di permukaan dingin itu, mata dia yang berat terus terbuka luas. Dari kedudukan baring tadi, Ryu terus duduk melunjur.
Hah?
Mana Aerin?
Ryu baffled.
Dia palingkan kepala ke kanan dan kiri bilik. Cuba mencari kelibat isterinya. Namun hanya disambut dengan keheningan subuh dalam bilik yang gelap tidak bercahaya.
"Aerin Offelia?"panggil Ryu menyelak selimut dari badan sebelum turun dari katil. Tidak mempedulikan dirinya tidak berbaju dan berkaki ayam, kakinya di atur terus ke arah pintu.
Tak pernah-pernah Aerin meninggalkan tempat tidur sebelum dia begini. Ke mana Aerin pergi?Kenapa dia tidak perasan?
Mata Ryu bersinar keemasan. Jantung dalam dada berdegup kencang. Nafasnya mulai tidak menentu. Rasa takut dan cemas perlahan-lahan menyelubungi diri. Selama Aerin bersama dengan dia, tidak pernah sekali Aerin berjauhan dari dia. Melainkan dia yang meninggalkan Aerin kerana urusan kerja. Ini adalah kali pertama. Jadi panik yang dialami memang tak tergambar perasaannya.
"Aerin!!"jengah Ryu ke luar koridor bilik. Tiada kelibat langsung. Langit di luar masih gelap. Orang istana pun belum jaga dari lena mereka. Memang sunyi sepi keadaan ketika itu.
Berasa tidak sedap hati, Ryu terus berlari keluar. Dia meluru merentasi koridor. Cuba mengesan keberadaan Aerin menggunakan bonding mereka berdua. Namun bila Ryu teringat yang dia telah mengenakan rantai pendinding pada Aerin, kuasanya itu tidak dapat menembusinya. Maka usaha dia untuk mengesan Aerin menggunakan bonding mereka itu gagal.
"Mana kau Aerin!"panggil Ryu lagi membuka setiap pintu yang ada di sepanjang koridor itu. Berharap isterinya itu berada di salah satu bilik di situ. Tapi tidak. Tiada langsung kelibat mahukan jejak yang ditinggalkan Aerin dalam mana-mana ruangan di situ.
Dada Ryu semakin sempit setiap detik yang berlalu. Lelaki itu semakin cemas. Dia berlari merentasi koridor utama istana sebelum tiba di sebuah anak tangga berpusar. Dia gerak menuruninya. Peluh cemas mulai merintik di sekitar dahi dan leher setelah dia banyak berlari tanpa henti sejak tadi. Keadaannya yang tidak mengenakan pakaian lengkap langsung tidak disedari sehingga la dia keluar ke halaman utama istana.
Apabila udara dingin subuh memamah tubuh sasa dan membuatkan bulu romanya meremang kesejukkan, baru Ryu sedar. Itupun selepas pengawal yang berjaga depan pintu masuk utama istana menegur.
"Tuanku...kenapa ni?"soal mereka melihat keadaan tidak senang Ryu di situ.
Pantas Ryu memandang mereka. Matanya masih bersinar terang keemasan. "Permaisuri tiada di dalam bilik..."
"Hah?Permaisuri tiada?Tuanku yakin permaisuri tiada di dalam bilik?"
Ryu tidak menghiraukan pertanyaan itu, dia terus bergerak ke kanan laluan lurus yang mengarah ke kawasan taman. "Arahkan pengawal lain untuk lihat sekitar. Beta mahukan permaisuri ditemui dengan segera!"beritahunya sambil berlalu.
"Baik tuanku!"sambut mereka serta merta tanpa berlengah.
Bersama nafas mengah dan tercungap-cungap Ryu berjoging sepanjang laluan menuju ke arah taman. Sambil berjoging itu dia pandang kanan dan kirinya cuba mengesan keberadaan Aerin yang entah ke mana menghilangnya.
Jangan yang apa-apa berlaku pada isterinya itu sudah!
Kalau Aerin diculik orang, dia akan pastikan orang itu menerima hukuman setimpalnya!
Sekali bila Ryu tiba di hadapan kawasan dimana kolam ikan gergasi berada dia di sapa dengan pemandangan dimana Cadmus sedang berdiri di samping seseorang yang sedang bercangkung melihat sesuatu di dalam kolam tersebut.
Serta merta mati langkah Ryu setelah melihatnya. Hela panjang lepas dari mulut tanpa sedar kerana berasa lega.
"Naga air ni boleh tukar warna la. Pertama kali saya tengok.."suara lembut Aerin kedengaran.
"Ya. Disebabkan ianya masih kecil, naga ni perlu duduk di dalam air sehingga dewasa sebelum boleh menjelma dalam bentuk manusia.."bisik Cadmus perlahan semasa ikut tunduk memandang ke dalam kolam dengan kedua belah tangan di belakang badan.
"Ajaibnya...saya pernah baca dalam buku teks je. Tak pernah saya lihat secara fizikal macam ni. Biasanya saya cuma jumpa cicak, biawak air aje.."beritahu Aerin.
"Untuk apa tuanku gunakan haiwan tu?"
"Saya keringkan untuk buat ubat.."ketawa Aerin selepas itu. "Sadis kan bunyinya."
"Naga air ni saya punya. Tuanku tak boleh gunakannya untuk posyen.."beritahu Cadmus.
Tersentak kerana dapat menyedari kehadiran gelombang getaran tenaga yang kuat, kepala Cadmus terus berpaling ke kanan. Dia ingatkan siapa jadi secara nalurinya dia hadang Aerin untuk melindunginya. Sekali bila dia palingkan kepala dia melihat susuk lampai tidak berbaju, berseluar hitam dan berkaki ayam sedang berdiri memandang ke arah mereka dalam gelap subuh itu.
"Tuanku..."sapanya perlahan sambil pandang tidak faham melihat keadaan Ryu begitu. "Ada apa ni?"
Pantas Aerin berdiri dari cangkung taktala mendengar panggilan Cadmus itu. Dia ingatkan Cadmus panggil dirinya jadi dia pun berpaling sebelum terpandang ke arah yang sama.
"What the hell!Kenapa kau berada di luar begini Aerin!"soal Ryu dengan berang. Lelaki itu jalan berarak ke arah Cadmus dan Aerin di situ.
Berasa awas dengan mata bersinar Ryu itu, Cadmus menjadikan dirinya sebagai shield di hadapan kerana berasa awas. "Bawa bertenang tuanku."mintanya.
"Ke tepi Cadmus."
Aerin terus bersembunyi di belakang Cadmus. Tidak berani hendak memandang Ryu yang sedang mendekatinya.
"Tidak sekiranya tuanku tidak mengawal diri tuanku."kerut Cadmus dengan serius.
Bersama dada berombak kencang, Ryu menjeling tajam ke wajah Cadmus. Rahangnya bergerak-gerak saat giginya berketap menahan sabar. Derun nafasnya kencang. Kepalan penumbuk di dalam tangan.
"Kenapa Aerin di sini?Apa kau buat dengan dia!?"tuduh Ryu keberangan.
Kening Cadmus mencerlung. "Saya temui tuanku permaisuri sendirian di luar laman sewaktu meronda. Disebabkan tuanku permaisuri kata dia tidak dapat tidur, saya temani tuanku permaisuri ke sini untuk mengambil angin. Tiada apa-apa yang saya lakukan selain menemaninya di sini."jelasnya.
"Ke sini Aerin."arah Ryu terus mahu mendapatkan Aerin.
Tetapi secara sendiri Cadmus mengangkat tangan menghalang tangan Ryu dari menggapai Aerin. Sampaikan Cadmus sendiri kehairanan. Dia taktahu kenapa,. tapi tubuh dia secara instinct bergerak mahu menepis tangan Ryu walaupun Ryu adalah atasannya.
"Apa kau cuba lakukan Cadmus?"deram Ryu menjeling tajam ke Cadmus.
"Saya takkan izinkan tuanku mendekati permaisuri dalam keadaan begini. Tuanku perlu tenangkan diri tuanku atau tuanku akan sakiti tuanku permaisuri.."tegas Cadmus berasa begitu protective tiba-tiba ketika ini. Sedangkan dia tidak sepatutnya berkelakuan begini.
Aerin di belakang Cadmus sekadar diam menggigit bawah bibir dalam konflik sendiri.
Share this novel