Arran memandang ke wajah tiga lelaki bengis yang berdiri melangit di hadapannya. Sejak di bawa ke tengah ruangan Bawah tanah itu, dia hanya diberitahu untuk tunggu. Dan memang dia tunggu, tapi sudah berjam lama dia tunggu namun tiada apa-apa yang terjadi selain dikawal oleh tiga lelaki ini.
Pasir di bawah kaki dikuis dengann hujung kasut semasa Arran diam termenung memandang ke bawah tidak tahu hendak apa lagi. Dia benar-benar mahu menemui Bishop Harman tapi lelaki itu terlalu sibuk mengelakkan diri dari menemui dia.
"Hah~~"hela Arran sebelum bersandar ke dinding dan dongak memandang siling gua yang hitam dan berbatu granit. Otaknya kosong. Dia tidak berfikir apa-apa selain hendak keluar dari tempat ini dan ke Xenthopia. Dia perlu cari tahu siapa aje yang terselamat. Bagaimana keadaan akademi mereka? Benar ke semua sudah terkorban.
"Arran."suara garau lagikan dalam tiba-tiba menyentak lamun Arran.
Lelaki berambut pendek pangkal telinga dengan anak rambut menutupi dahi itu pantas berpaling. Arran menolak badan dari sandar di dinding gua.
"Master..."
Bishop Harman jalan mendekati Arran dengan renungan gelapnya. "Kesan dia di mana sekarang.."
Hah?Arran tercengang. "Apa yang master cakap?"
"Kau dengar cakap aku...kesan dia dekat mana sekarang."arah Bishop Harman lagi kini keras nada suaranya.
"Kesan siapa?"Arran masih tidak faham dengan apa yang diarahkan oleh Bishop Harman. Keningnya mencerlung ke bingungan.
"Cari Aerin Ofelia la..cari siapa lagi. Kau ada kuasa untuk baca gerak tenaga dia kan. Kesan dia di mana?Aku tak boleh buang masa dengan menyerang tanah kosong macam ni aje.."arah Bishop Harman. "Raja Emmeth dengan puteri dia pun tak berjejak, Setiap Kawasan yang diserang seakan tanah berhantu. Tiada penduduknya mahupun benda hidup!"
Apa yang-
"Master cakapkan apa dari tadi ni...saya tak faham?Kenapa master nak saya kesan keberadaan Aerin?Apa kaitannya dengan menyerang tanah kosong?Bukan ke master kata master nak cari Ryu Fury si pengkhianat tu?"
Bishop Harman terdiam. Lelaki berjambang itu menjeling tajam ke tatapan bingung Arran sebelum menyeringai bengis. Ya tak ya...dia terlupa untuk berlakon di hadapan Arran maka karakter sebenar dia pun tertonjol tanpa sengaja.
"Master sedang mencari Raja Emmeth?Untuk apa?Bukan ke orang yang kita sedang perangi adalah Ryu Fury dan seangkatan dengan dia?Kenapa Raja Emmeth dan puteri mahkota juga terlibat?"soal Arran lagi semakin tidak faham.
"Ah...banyak tanya la kau ni...aku tengah serabut jangan nak tambahkan lagi serabut boleh tak?Kau buat apa aku suruh je pun..susah sangat?"jerkah Bishop Harman tidak semena.
Berkedip mata Arran dek terkejut dengan bentakan itu. Dia begitu terkedu melihat perubahan sikap master dia itu. Bagaimana seorang lelaki yang terkenal dengan sikap ramah dan kebapaan berubah menjadi bengis begini.
"Master-"
"Sudah. Kau jangan nak banyak bunyi. Sama ada kau ikut arahan aku dengan patuh atau aku paksa kau lakukannya!"
"Tak...selagi master tak jelaskan kepada saya hal sebenar, saya takkan lakukan apa yang master minta."
"Apa kau cakap?"
"Saya masih tak habis fikir dengan apa yang berlaku dekat sini....kenapa peperangan ni boleh tercetus?Apa kaitan semua ini dengan Aerin?Kenapa Xenthopia musnah sedangkan mereka mempunyai system pertahanan paling berkualiti seantero dunia magika ni?Kenapa master berubah sikap begini?Jelaskan semuanya kepada saya, baru saya buat apa yang master minta!"
Dengusan kecil lepas dari Bishop Harman. Lelaki itu memandang mengejek ke Arran sebelum menyilang tangannya ke dada.
"Kau nak tahu hal sebenar?Kau pasti kau boleh tanganinya selepas dengar apa yang aku akan beritahu nanti?"cabarnya berbaur mengugut.
Liur gemuruh ditelan kesat. "Ya.."angguk Arran. "Saya tak peduli sesukar mana sekalipun kebenaran tu, apa yang penting saya tahu apa yang sedang berlaku...."
"Hah...dasar Budak menyebalkan.."Bishop Harman mengeluh Panjang sebelum berjalan ke tunggul batu di tengah ruangan sebelum duduk dengan sebelah kaki ditegakkan ke atasnya. Tangan kiri direhatkan atas lutut kaki yang ditegakkan. "Memang apa kau nak buat lepas kau tahu hal sebenar?Hah?Nak jadi hero?"
Arran mengetap gigi tidak mengatakan apa-apa.
Untuk seketika keadaan dalam ruangan itu hening. Tiada satu bunyi pun terhasil kecuali deru angin dari celah-celah batuan di situ yang bersiul perlahan.
"Punca peperangan ni terjadi bukan datang dari Ryu. Walhal Ryu tiada kena mengena dalam peperangan ni sebab aku adalah orang yang bertanggujawab dalam serangan pertama di malam hari kau dengan Aerin ke luar Xenthopia."
"Kalau kau tanya kenapa aku lakukan semua ni?Satu aje jawapannya. Iaitu dendam. Dendam kesumat yang berpunca dari bekas raja terdahulu Xenthen. Disebabkan Raja Emmeth dan Xenthopia berasal dari pembunuh yang telah memerangi bangsa naga aku dan membunuh naga aku...maka seisi Xenthopia adalah musuh aku...sebab itu aku buat semua. Dan sebab itu peperangan ni tercetus."
Nafasnya tertahan-tahan tanpa sedar sebaik dengar.
"Kau pasti kenal sejarah Naga Lambang Merah. Bangsa naga terdahulu yang terkenal dengan kemegahan kuasa namun dimusnahkan oleh pengkhianat berdarah Xenthopia. Dari situ aku bersumpah dengan nyawa aku, aku akan tuntut bela di atas kemusnahan bangsa aku tak kira apa sekalipun caranya..."
"Kemudian bagaimana dengan Ryu?"
"Dia juga sebahagian mangsa kezaliman dan kerakusan raja terdahulu Xethen. Bangsa Naga Stone Hill yang terkenal dengan Raja Hunter dan Permaisuri Edith yang megah dan berkuasa. Namun kegemilangan mereka turut dimusnahkan...aku guna nama dia untuk meyakinkan kau supaya kau ikut aku..."
"Untuk apa master mahukan Kerjasama saya?"
"Sebab kuasa kau boleh mengesan dimana keberadaan Aerin..."
"Apa yang master mahukan dari Aerin kalau macam tu?"
Tidak semena Bishop Harman ketawa terbahak-bahak. Sehingga suara gelaknya itu melantun-lantun memenuhi ruangan gua bawah tanah itu.
"Untuk apa lagi...untuk gunakan kuasa dia sebagai Dragon Whisperer la. Kalau kau nak tahu, Aerin Ofelia merupakan waris terakhir dari puak Dragon Whisperer yang mati dibunuh oleh Bangsa Lambang Merah....kuasa dia cukup untuk menguasi beribu bala tentera naga. Sama ada naga itu ada Dragon Rider atau Solo Dragon. Kuasa Aerin mampu jadikan dirinya seorang pengawal dan penguasa bangsa naga berpengaruh."
Perlahan-lahan mata Arran terbuka luas. "Itu bermakna master suruh saya cari Aerin supaya master boleh gunakan kuasa Aerin untuk melakukan kemusnahan yang lebih besar?Untuk bantu orang yang menjadi punca kemusnahan puak dia sendiri?"betapa tertamparnya dia dengan kenyataan Bishop Harman sekarang.
Bolehnya lelaki itu bercerita tanpa tunjuk sedikit pun rasa serba salah dengan semua kenyataan tadi.
"Bukan salah aku Puak Dragon Whisperer dihapuskan....dah dia orang semua terlalu percayakan Bangsa Lambang Merah...siapa suruh. Lagipun kita orang menyampah bila dengan Dragon Whisperer berlagak macam mereka aje yang berkuasa, sedangkan kami Dragon Rider ni tak ada fungsi sama sekali...."
Arran perlahan-lahan jalan mengundur. Dia perlu pergi dari situ. Mana mungkin dia akan beri kerjasamanya kepada pembunuh dan penjahat seperti Bishop Harman ini.
"Master sedar tak...disebabkan dendam tak berasas master, master dah menyebabkan banyak nyawa tak bersalah jadi mangsa?"
"Bukan masalah aku!"Mata Bishop Harman melirik akan Arran dengan curiga. "Kau akan cari Aerin secara rela..atau paksa. Sekarang pilih."
"Tak!Saya takkan bantu master untuk mencari Aerin....kalau membantu master semata untuk menambahkan lagi kerosakan, saya sanggup mati dari jadi pengkhianat!"melaung saja perkataan terakhinya, Arran menyambar siling gua itu dengan kuasa petirnya hingga menyebabkan letupan kecil terjadi dan debu serta serpihan batu yang pecah bertebaran di seluruh ruangan tersebut.
Menggunakan peluang itu, Arran pecut melarikan diri dari Kawasan bawah tanah. Menuju Lorong kecil lagikan gelap itu sehingga tiba di Kawasan lapang hutang sekeliling gunung tempat persembunyian kumpulan pemberontak Bishop Harman.
Huff!
Huff!
Huff!
Segala semak dan rintangan yang menghalang laluan diredah dengan semberono. Arran tidak tahu dia perlu ke mana sekarang ini. Yang pasti adalah dia perlu elakkan dirinya dari tertangkap dengan Bishop Harman dan segera temui Aerin untuk menyampaikan hal sebenar kepada gadis itu apa yang berlaku!
Selama ini dia fikir Ryu adalah penjahat sebenar.
Tapi tidak.
Rupa-rupanya penjahat sebenar adalah pemerintah lama Xethen dan Bishop Harman sendiri. Oleh kerana ketamakan masing-masing. Mereka sanggup membunuh dan menghapuskan suatu bangsa tu demi memperoleh kemenangan yang mudah~!
Sambil Arran berlari, lelaki itu cuba menggunakan kuasanya untuk menjejak keberadaan Aerin. Namun dia tidak dapat merasakan sebarang kuasa magis milik Aerin. Walaupun secebis kuasa, dia tidak dapat rasainya. Ianya seakan Aerin langsung tidak ada di tanah Xenthopia ini!
Aerin!Dimana kau sebenarnya ni?
Share this novel