CHAPTER 57 : Putera Mahkota

Fantasy Completed 5425

Pada tengah hari itu, Aerin sedang mengambil angin di hadapan balkoni. Menghadap pemandangan luas laut biru yang terbentang di situ. Sambil termenung, tangan kanannya menggentel pendant rantai pemberian Ryu, sementara tangan sebelah kiri berehat di bawah siku lengan kirinya.

Angin pada hari itu sepoi-sepoi bahasa menyapa sekitar wajah baru bangun tidur. Tidak tahu la berapa lama dia terlelap, apa dia tahu bangun-bangun sahaja ruangannya sunyi tiada kehadiran Ryu di mana-mana.

Selama menjadi tahanan Ryu, Aerin menjalani harinya dengan cubaan untuk melarikan diri dan mencari tahu apa yang sedang berlaku.

Dia mahu tahu dimana keberadaan Bishop Harman.

Dimana Arran dan apa yang telah menimpa lelaki itu.

Apa yang terjadi pada Caspian selepas lelaki itu ditewaskan dengan Ryu.

Apa keadaan di Xenthopia sekarang.

Apa yang terjadi pada rakan seakademi dia.

Apa yang telah terjadi sebenarnya.

Dia nak tahu semua tu. Namun begitu setiap usahanya tu hanya bertemu dengan jalan buntu. Tidak kira la sesenyap mana sekalipun dia cuba menyelinap, pengawal Ryu dan orang yang berjaga kawasan tersebut sentiasa dapat mengesan keberadaannya. Yang mana buatkan dia sering gagal untuk dari melangkah keluar dari bilik atau ruangan berehat tempat dia berada itu.

Dan akhirnya dia berputus asa untuk mencuba dan menerima nasibnya di situ.

Namun dia tidak menyangka yang semakin lama dia berada dalam tahanan Ryu, satu persatu kejutan yang dia terima.

           "Apa semua ni?"Aerin merenung setiap dulang yang ditatang oleh dayang Wanita di hadapannya. Dari set persalinan, sepasang kasut, perhiasan, alat persolekkan dan beberapa lagi barang asing yang dia tidak berapa tahu sangat.

           "Ianya merupakan barang yang tuanku sediakan buat cik puan."

           "Tuanku?"siapa pulak ni?Aerin pandang kengerian. "Tak perlu panggil saya cik puan. Gelarkan saya sebagai Aerin."ujar dia agak kekok dengan layanan ni berikan.

Namun dayang-dayang di situ malah menundukkan kepala ke bawah.

           "Maafkan saya cik puan. Tuanku berpesan kepada kami untuk menggelar cik puan begitu memandangkan tuanku memberitahu bahawa cik puan merupakan bakal isterinya. Maka semua penghuni Istana Rolling Stone di sini perlu menghormati cik puan seperti mana kami menghormati tuanku..."

            Tuanku lagi...tuanku lagi...memangnya siapa orang yang di maksudkan mereka semua ni!Kening Aerin semakin berlapis. Dia lirik setiap seorang di situ dengan perasaan ingin tahu. "Saya bakal isteri tuanku?Siapa tuanku yang awak semua maksudkan ni?"Jadi dia berada di istana bernama Rolling Stone?Sebab itulah suasana tempat ini berbeza dari Xenthopia.

Pertanyaan tersebut membuatkan para dayang di situ mengangkat kepala dan memandang Aerin seakan gadis itu baru sahaja mencarut.

             "Cik puan tak tahu?"

             "Tentang apa?"Aerin lirik wajah mereka yang kelihatan terkejut saat memandangnya. Dia salah tanya ke?

             "Tuanku Ryu adalah putera mahkota dari Kerajaan Stone Hill."

Apa?

Mata Aerin berkedip satu kali sebelum dia menahan nafas akibat terlalu terperanjat. Siapa!?Ryu?

             "Siapa putera mahkota?"nganganya begitu tercengang yang amat sangat. Dia ingatkan Ryu hanyalah seorang penduduk dari Stone Hill yang mahu menuntut dendam sahaja. Rupa-rupanya lebih daripada tu!? "Ryu Fury?"

             "Benar cik puan."

              Evans!Nganga Aerin di situ teringat akan nama putera sulung kerajaan Stone Hill yang kini telah menjadi raja baru setelah kemangkatan Raja Hunter. Patutlah dia rasa macam kenal. "Awak semua tak bergurau kan?"

               "Tidak cik puan. Mana lah saya berani hendak bergurau mengenai putera mahkota kami.."

Mata Aerin terus mengerling ke deretan dulang yang ditatang oleh mereka di situ bersama riak tak percaya. Apa yang sebenarnya Ryu telah sembunyikan dari dia sebenarnya ni!?Bagaimana lelaki yang dia kenali sejak kecil adalah putera mahkota!?

               "Jadi cik puan saya minta cik puan beri Kerjasama untuk mengenakan semua barang yang disediakan ini kerana jika kami gagal berbuat begitu, tuanku akan murka dan kami semua akan dihukum."jelas dayang yang sama.

Aerin tidak mampu mengatakan apa-apa lagi. Apa dalam kepala dia saat ini adalah dia benar-benar mahu melarikan diri dan mendapatkan Bishop Harman. Apa yang dia dah libatkan diri sekarang dengan Ryu!

Kepalan bergulung dalam genggaman Aerin tanpa dia menyedarinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience