Ditemani sama dengan api dari pelita gantung di tangan, cahaya itu membias sepanjang perjalanan itu. Menerangi Lorong gelap subuh semasa Aerin menyusurinya Bersama Ryu disamping. Disebabkan langit pun masih gelap, matahari belum lagi terbit, keheningan sahaja la yang menyelubungi Langkah mereka di laluan kecil menuju suatu lokasi.
Bunyi tapak kasut memijak permukaan tanah kedengaran gema setiap kali pasangan itu berjalan.
Tangan glove hitam Ryu pula menggengam erat tangan Aerin sewaktu sebelah tangan memegang pelita gantung.
Biasanya Aerin ditemani pengawal, namun tidak pada Waktu itu. Hanya dia Bersama Ryu sahaja keluar Bersama. Membuatkan dia sedikit janggal kerana tidak diiring.
"Ke mana kau nak bawa aku pagi-pagi hening macam ni Ryu?"suara bisik Aerin kedengaran perlahan di sebelah. Dia berasa segan silu hendak bercakap kuat di dalam keadaan gelap subuh begini. Bukan takut cuma berasa salah pula kalau buat bising di tempat beraura kuat ini.
"Suatu tempat...tempat yang jarang sekali aku jejak sejak aku menetap di Xenthopia."beritahu Ryu tanpa memandang.
Aerin mendongak. Dia tenung tepi wajah Ryu untuk seketika sebelum bersandar pada tepi lengan itu mencari kehangatan dek suhu dingin Kawasan berkabus hutan tersebut. "Kenapa?"
"Kau dah bertemu dengan ayahanda bukan. Jadi sekarang kau akan bertemu dengan ahli keluarga aku yang lain juga."lirih saja suara Ryu Ketika lelaki itu bersuara.
Menerbitkan rasa hairan dalam hati Aerin. Jarang sekali dia mendengar nada Ryu begini. Ianya kedengaran seakan Ryu terluka atau tidak suka menyatakannya. "Kenapa mereka tinggal berasingan dengan ayahanda kau kalau begitu?"
Cengkaman Ryu pada tangan Aerin dipereratkan lagi semasa dia berkata. "Kerana mereka sudahpun meninggalkan dunia ini buat selamanya Aerin...kami semadikan jasad mereka di sini supaya mudah untuk aku melawat mereka..."
Terkedu Aerin. Dia menahan nafas tanpa sedar sebaik dengar. Lancang sungguh mulutnya ini semasa berkata!Tak memasal dia mengungkit kesedihan Ryu! "Oh...maaf aku tak tahu."
Ryu melepaskan cengkamannya untuk merangkul bahu Aerin. "Tak apa...."senyuman sedih terukir di bibir. Perkara pun sudah berlaku. Dia hendak bersedih pun tidak terasa lagi.
Selepas berjalan untuk beberapa Ketika, akhirnya Aerin berhenti disebuah Kawasan lapang ditengah hutan. Ditengah hutan itu berdirinya sebuah bangunan. Cat di dinding itu lansung tidak luntur, malah sekeliling bangunan itu banyak pokok bunga yang berwarna-warni dan rumput hijau kemas tidak meliar.
"Tempat apa ni?"Aerin ternganga sedikit dek kagum dengan binaan megah dihadapannya. Seakan muzium dan bangunan kementerian seperti di Xenthopia.
"Ini la makam tempat persemadiannya datuk, nenek, bonda dan Naga Cora..."Ryu beritahu sambal menarik Aerin Bersama ke arah pintu gerbang bangunan.
Dengan satu tolakan saja pintu gerbang itu terbuka ke dalam. Menggumam bunyi gema ke setiap penjuru taktala pintu gerbang terkuak.
Sementara Aerin dengan reaksi tergamam pandang akan bingkai gambar gergasi di dinding Utama menghadap pintu masuk. Terdapat tiga batu peringatan perak bertulisan emas di atas lantai membelakangkan bingkai tersebut. Bingkai pertama paling tengah adalah milik seorang lelaki kacak berambut hitam dengan renungan mata yang dalam dan tajam. Kanan bingkai gambar tengah adalah seorang Wanita jelita dengan senyuman manis di bibir. Pandang saja Aerin mengenali siapakah orang itu. Sementara sebelah kiri adalah milik Wanita muda berambut pendek pangkal leher dengan renungan yang sama seperti Ryu.
"Kenalkan, keluagra aku, Raja Hunter, Permaisuri Edith dan bonda aku..."aju Ryu pada Aerin sebelum dia tunduk menekap tangan di dada dan melutut sebelah kaki di situ dengan kepala tertunduk ke bawah.
Masih tergamam Aerin berdiri kaku di situ sebelum terpandang akan tugu naga yang berdiri megah di sebelah kanan ruangan pula. Siapa sangka dia akan ada kaitan dengan keluarga diraja legenda yang dikatakan telah lama digulingkan. The Grimm Reaper dan Puteri Negeri Cahaya Lama.
Perlahan-lahan Aerin mengangkat kain dressnya sebelum ikut melutut kedua-dua kaki di situ memberi penghormatan di samping Ryu.
"Dihadapan mereka ini, mulai detik ini kau adalah peneraju seterusnya dalam kerajaan Stone Hill. Menjadi pemaisuri dan ibu kepada pewaris Utama keluarga Diraja Stone Hill Ryu Evans..Aerin Ofelia."
Berpinar-pinar pandangan Aerin semasa mendengar bait kata taktala satu getaran yang bergelombang menghentak badannya. Seakan dia dihempas dengan ombak sebaik Ryu melafaz ucapan keramat itu.
Apa yang baru saja berlaku?
Kenapa dia merasa seakan sekelilingnya berpusing-pusing?
Ryu berpaling di sebelah lantas menghulur tangan kepada Aerin untuk membantu isterinya berdiri semula. "Kau tak apa-apa?"'
Takut-takut Aerin memalingkan kepalanya ke tangan yang dihulurkan kepadanya sebelum matanya naik ke atas bertemu mata dengan Ryu. "Apa yang baru saja berlaku?"dia letakkan tangan di atas tapak tangan itu.
"Apa yang berlaku?"Ryu dengan bingung memandang Aerin. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan.
"Tak adalah...masa kau bercakap tadi tu.."matanya naik turun memandang curiga akan Ryu. Apa lagi yang lelaki licik ni telah lakukan terhadap dia?Sebaik sahaja dia berdiri, Aerin tunduk menekap tangan ke dada kerana berasa tidak sedap tidak semena. Ke kepala dia yang pening?
Ryu pun pandang kanan dan kiri cuba hendak pastikan apa yang tidak kena. Tapi dia tidak mengesan sebarang tenaga asing atau kehadiran anasir jahat. Semuanya seperti biasa. "Memangnya apa yang kau rasakan?"
Kesat-kesa Aerin menelan air liur hendak menghilangkan rasa berpinar yang dia rasakan. "Tak ada apa-apa..perasaan aku aje mungkin."
"Kau pasti?Kalau kau rasa tak sihat aku akan panggilkan tabib untuk lihatkan kau?"
Mungkin perasaan dia aje tadi. "Tak...cuma pening aje."beritahunya memicit tepi kepalanya sambil tu berkerut kening tidak faham.
Risau melihat Aerin, Ryu serta merta melingkarkan tangan ke sekeliling belakang pinggang Aerin. "Salah aku jugak bawak kau keluar awal pagi macam ni....jom kita balik ke istana kalau macam tu. Aku suruh dayang sediakan minuman hangat untuk kau."beritahunya sambil memusingkan Aerin ke arah pintu.
Saat berpaling Aerin sempat memalingkan kepala ke balik bahu untuk melihat semula bingkai gambar bonda Ryu. Patut ke dia percayakan Ryu dan terus berada di sisi suaminya dan berhenti mencari tahu apa yang berlaku?
"Kau sejuk?Nak pakai mantel aku ni?"
"Tak perlu la. Aku tak apa-apa la..."
"Pening sangat ke kepala tu?"
"Dah okay dah..."
"Tak boleh jadi...aku akan arahkan tabib temui kau jugak nanti.."
"Kenapa kau ni jenisnya tak faham Bahasa?Kan aku cakap tak apa-apa?Memangnya kau dengan orang lain pun macam ni ya?Bila dicakap tak dengar, bila diberitahu taknak beri Kerjasama?"
"Dengan kau aje..kalau dengan orang lain memang tak ada peluang."
"What the hell?"
Pasangan itu jalan sambil bergandingan tangan menyusuri laluan tersebut sebelum hilang ditelan kabus putih pagi itu.
Share this novel