Dendam dan benci. Semua itu telah terkubur didalam kamus hidupnya semenjak kejatuhan Kerajaan Negeri Cahaya. Walaupun masih kecil, Ryu Fury menjadi matang sebelum usianya. Dia hidup sendirian selepas diarahkan untuk menjalankan misi membalas dendam akan kemusnahan habitat kerajaan naga bondanya. Maka selepas penantian sekian lama, dia dapat juga menuntut bela diatas kekejaman musuh yang telah memusnahkan kebahagiaan keluarga tercintannya selama ini.
Di waktu senja selepas selesai berjumpa dengan para tentera buat persiapan peperangan, Ryu beransur ke kamar tidurnya. Niat hendak bersihkan diri sebelum menemui permaisurinya. Namun tanpa diduga, isterinya muncul di depan mata.
"Apa yang kau tengah bacakan tu Aerin?"Ryu menegur sewaktu lelaki itu sedang mengenakan pakaian setelah keluar dari ruang mandi. "Dari semalam lagi aku perhatikan kau menghadap buku tu sepanjang hari.."
"Entah...aku baca sebab nak hilangkan rasa bosan aku."jawab Aerin di atas katil acuh tak acuh. Matanya masih tertancap pada muka surat buku itu.
"Kau bosan?Patut ke kita keluar ambil angin kalau begitu?"pusing Ryu dari almari pakaian sewaktu menyarungkan jubah tidur tidak berbutangnya ke badan. Sambil itu dia jalan mendekati katil.
Dengusan kecil lepas dari Aerin semasa mengerling ke Ryu. Dia tak tahu la apa yang gembira sangat sampaikan Ryu senyum-senyum pada dia. Suaminya tu lupa ke apa yang esok lelaki itu akan keluar ke medan perang? "Tak perlu. Sebab aku tahu setiap kali kita keluar pasti akan ada aje yang menganggu."beritahunya.
Lalu Ryu memanjat katil ditempat sama dimana Aerin sedang berbaring. Dia meniarap bersebelahan Aerin yang sedang melunjur di situ. "Kau tahu....Aku akan keluar ke medan perang esok."beritahunya sambil mengusap perut Aerin.
"Hm."balas Aerin dengan buku terbuka di depan muka.
"Boleh kau janji dengan aku sesuatu?"
"Janji apa lagi?"
"Jaga diri kau sekiranya ada apa-apa yang terjadi..."Ryu menekap wajahnya ke perut Aerin dengan tangan melingkar kesekeliling pinggang itu. Dia tak tahu apa akan berlaku nanti, jadi baik dia pesan awal.
Aerin kemudiannya menurunkan buku ke bawah. Lalu dia tunduk memandang kepala Ryu di atas perutnya ketika itu. Dah kenapa melalut cakap macam ni pulak?
Untuk seketika dia mendiam. Kalau dulu Ryu yang sering melindungi dirinya. Yang mempertahankan dirinya tanpa dia ketahui. Dan sekarang biar dia yang melindungi Ryu pula sekalipun suaminya akan membenci kerana keputusannya nanti.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Mana tahu kan...aku cuma beri pesan aje." beritahu Ryu.
"Tiada apa-apa akan terjadi Ryu..kau jangan la fikir yang bukan-bukan."tangan Aerin naik mengusap kepala Ryu.
Ryu tertawa kecil, dia memejamkan mata dan baring di situ sambil memeluk Aerin. Dia bahagia dengan momen ini. Dan dia harap dapat berkekalan sampai bila-bila. "Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Tak pernah sekali aku menyesal mengenali kau. Kalau aku pulang dengan selamat, aku janji aku akan bebaskan kau dari kuasa pendinding aku dan kau boleh gunakan kuasa kau semula. Dan kalau aku tak kembali, rantai dileher kau tu tak boleh ditanggalkan sampai bila-bila. Ingat tu?"
Tidak membalasnya, Aerin termenung memandang ke depan sambil tangan sebelah lagi menepuk belakang badan Ryu. Dalam kepala ketika ini sibuk berfikir mengenai pelan dan rancangan bersama Arran untuk esok.
"Boleh aku tanya sesuatu?"
"Hm?Tanya la."
"Kenapa sampai sekarang kau taknak jelaskan hal sebenar pada aku tentang apa yang terjadi?Kau suka ke aku bencikan kau dan anggap kau penjahat dalam hal ni?"
Ketawa kecil kedengaran dari Ryu tidak lama kemudian. Lelaki itu malahan mengeratkan pelukannya. "Aku tak kisah...apa yang penting aku bersama dengan aku."
Lantas Aerin memegang lengan Ryu. Di ramas lembut memberi comfort kepada suaminya. Sampai ke akhir Ryu tetap ingin melindungi hatinya dari disakiti. Kenapa Ryu begitu baik kepada dia sementara dia tidak berhenti mengucap kata benci kepada suaminya ini!
END OF FLASHBACK
Di atas naga, Aerin dan Arran terbang merentasi udara dengan kelajuan biasa.Tidak terlampau laju tidak terlalu perlahan sekadar cukup untuk tiba di destinasi pada masa yang yang dikehendaki.
Deru angin menyapa wajah dan menerbangkan anak rambut, siulan dari tiupan angin menyapa telinga namun tidak menganggu mereka berdua. Arran yang duduk di belakang Aerin diam termenung memandang ke hadapan sementara Aerin di depannya berkerut kening kerana berasa risau.
Sambil memegang erat tali cengkang keselamatan yang dipakaikan pada naga tunggangan mereka, Arran akhirnya ambil keputusan untuk bersuara.
"Hei....Aerin."
Menung Aerin yang teringat akan keselamatan suaminya itu tersentak. "Kenapa?"gerutunya tiada mood.
"Kau tak tertanya-tanya ke?"
"Pasal apa?"
Arran menarik nafas dengan dalam sebelum dihembus panjang. Membuatkan Aerin turut merasai degupan jantung Arran di belakang badan kerana jarak rapat mereka. Masih memandang ke depan Arran pun berkata.
"Aku tak ingat masa silam aku...apa yang aku ingat adalah aku dibawa ke rumah anak yatim sebelum diambil dengan Bishop Harman untuk belajar di akademi masa aku berusia 12 tahu..."ceritanya. "Sampai sekarang aku tak tahu siapa keluarga aku..dan macam mana aku boleh end up dekat rumah anak yatim tu."
Untuk seketika Aerin diam mendengar kenyataan Arran.
"Kau tak tertanya-tanya ke pasal tu?Kan kau pun sama situasi dengan aku?"barulah Arran palingkan kepalanya ke Aerin di depannya waktu itu. "Yang kau adalah anak yatim yang direkrut oleh Bishop Harman dan di bawa masuk ke akademi.."
Aerin tersentak. Dia pantas memalingkan kepala ke Arran. Membuatkan mereka berdua saling bertentang muka antara satu sama lain. Matanya tidak berkedip saat merenung tepat ke sepasang mata itu.
Arran mengedipkan mata sekali taktala bertentangan mata dengan Aerin. Renungannya kosong, riaknya juga bersahaja.
Kening Aerin berkerut sedikit. Ya tak ya...kenapa dia tidak sedar mengenai hal ni dari awal!?Lepas Arran tanya macam ni baru dia menyedari akan cerita latar belakang mereka berdua lebih kurang sama.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?"kerut Arran kebingungan.
"Apa kau cakap tadi?Kau pun tak ingat apa yang berlaku sebelum kau masuk akademi?"
"Apa yang aku ingat,keluarga aku mati sebab peperangan. Selebih tu aku tak ingat apa-apa. Orang kata sebab trauma sebab tu aku lupa.."beritahu Arran.
Terus terangkat kening Aerin. Kenapa situasi Arran sama seperti dia?! Sebenarnya dia pun begitu. Dia tak ingat apa-apa tentang ahli keluarganya. Dan memang bebar dia cuma diberitahu keluarganya terkorban kerana peperangan lama dulu. Kata Bishop Harman ianya kerana trauma dia. Jadi hidup-hidup dia percaya. Ibarat seperti dia telah di brain wash sepenuhnya untuk beranggapan dia anak yatim yang kematian ibu bapa kerana perang.
"Apa yang buatkan kau tanya pasal ni dekat aku?"soal Aerin.
"Aku tak tahu. Cuma terfikir. Yalah antara ramai-ramai calon dan Dragon Tamer yang ada, kenapa Bishop Harman biarkan kita berdua je yang hidup sehingga sekarang?Kenapa kita berdua mempunyai latar belakang cerita yang sama?Kenapa kita berdua sama-sama hilang ingatan dengan alasan yang sama?Kau tak rasa pelik ke semua tu?"
Tidak berkata apa-apa, Aerin sekadar diam memandang ke depan semula. Kerutan di keningnya semakin berlapis. Serius beritahu, kata-kata Arran ada masuk akal jugak. Selain nak guna kuasa mereka, memangnya alasan apa lagi yang menjadi punca Bishop Harman memilih mereka berdua bukan orang lain?
Share this novel