Kehadiran mereka disambut dengan hening. Serius beritahu, suasana di kawasan itu sangat senyap. Membuatkan Aerin gugup sendiri bila sedar semua perhatian terarah pada mereka.
Arran melompat turun dari naga terlebih dahulu sebelum dia mendukung Aerin turun kemudiannya dari naga. Dan bila Aerin telah berdiri tegak di sisinya, kedua-dua mereka pun berjalan sedikit ke depan menghadap kawasan pertarungan yang dipenuhi dengan manusia dan naga di situ.
Serta merta Arran dan Aerin dapat merasai pelbagai jenis gelombang tenaga dan aura dari naga yang ada di situ. Membuatkan masing-masing menelan liur kerana berasa tergugat dengan sapaan tenaga yang banyak pada masa yang sama.
Terutama sekali aura dari Ryu sendiri. Yang mana membuatkan Aerin berasa bergetar sendiri pada tulang rusuknya. Memberitahu dia bahawa suaminya sedang menahan amarah.
Dan bila semua orang di situ tenggelam dalam menung mereka, Bishop Harman yang hampir diserang tadi, terselamat dari dibunuh kerana kehadiran tiba-tiba Aerin dan Arran di situ. Dia ikut sama memalingkan kepala ke arah dua orang itu. Kening tua lelaki itu mencerun setelah melihat Aerin berdiri di samping Arran. Kenapa dua orang itu akhirnya boleh bersama!?
Sementara Ryu Fury si naga, sudah kembang kempis hidungnya hendak hilang sabar.
"Aerin Offelia!Apa yang kau fikir kau cuba lakukan!?"deram suara Ryu di dalam kepala Aerin serta merta.
Dengan riak dingin di wajahnya, Aerin dongak ke arah Ryu Fury yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Bertentang saja matanya dengan sepasang mata keemasan naga biru kehitaman itu hujung bibirnya terjungkit.
Mata Arran melilau ke sekitar dengan kening mencerlung. Sungguh dasyat sekali pertarungan di situ. Jasad tidak bernyawa naga mahupun manusia bergelimpangan di sana sini. Bau darah dan hangus sesuatu terbakar menerawang di udara.
"Hentikan semua ini sekarang."arah Aerin saat memandang Ryu.
"Macam mana kau boleh berada di sini!?"marah Ryu lagi di dalam kepala Aerin.
"Aku minta kali ini aje Ryu. Dengarkan permintaan aku."ulang Aerin.
"Jawab soalan aku. Kenapa kau berada di sini?!"
"Aku tahu segalanya Ryu. Dari awal lagi aku tahu apa yang terjadi. Untuk tu aku kena hentikan kau."beritahu Aerin dengan mendatar. Dia merenung tepat akan tatapan naga di hadapannya tanpa rasa gentar. Sedikit pun tidak berkedip."Semua ni takkan ada penghujungnya Ryu kalau kau teruskan peperangan ni, ianya hanya membuatkan kau sama seperti mereka yang terdahulu..."
"Apa yang kau katakan ni?Dan siapa lelaki yang disamping kau!?"marah Ryu di dalam kepala Aerin. Lalu diikuti dengan ngauman nyaring darinya."Jauhkan diri kau sekarang dari lelaki tu dan tempat ni!!"
Desingan dari ngauman Ryu Fury itu terus secara refleks membuatkan para naga pahlawan Ryu tertunduk berserah diri kerana takut serta merta. Raja Naga mereka begitu berang sampaikan sakit kepala setiap mereka kerana ngauman itu.
Tapi Aerin mahupun Arran tidak terkesan. Mereka hanya diam di saat Ryu Fury mengaum dengan lantang.
"Wah!Lihat apa yang ada di sini...."tiba-tiba Bishop Harman bersuara.
Pantas Arran memalingkan kepala ke arah kiri lalu terhenti pada batu tunggul gergasi dimana Bishop Harman sedang berdiri. Mereka berdua saling membalas pandangan. Dia terus menggengam kepalan jari dalam penumbuk menahan diri.
"Aerin Offelia dan Arran Ocean..." sengih Bishop Harman dengan bibir berdarahnya. Peluh dingin merintik di sekitar dahi. Rasa sakit akibat serangan tadi mulai memakan dirinya.
Lantas Aerin pun mengerling ke arah Bishop Harman. Pada masa dia mahu pandang, Arran sudahpun berdiri menghadang depannya. Buatkan dia terlindung dari pandangan Bishop Harman.
"Bishop Harman.."sambut Arran dengan mendatar.
Sambil meludahkan darah yang berada di mulutnya, Bishop Harman perlahan-lahan jalan mengambil tempat di tombol batu untuk sokong tubuhnya dari rebah di situ. "Kenapa?Adakah kamu berdua sudah membuat keputusan untuk berpihak kepada siapa?"
Rahang Arran berketik. Dadanya mula berombak.
"Tak apa Arran. Kau boleh ke tepi. Aku tak apa-apa.."ujar Aerin di belakang dengan perlahan tidak lama kemudian.
Arran pun mengerling ke balik bahu. Memandang Aerin di belakangnya saat itu. "Tapi dia-"tidak jadi menghabiskan kata, hendak tak hendak Arran pun gerak ke tepi. Membiarkan Aerin menghadap Bishop Harman.
Pada masa yang sama Ryu mengaum lagi hingga menggegarkan lantai tanah di situ. Begitu berang dengan Aerin yang enggan menghiraukan arahanya sejak tadi. Dia mula berasa dikhianati apabila merasakan aura yang sama berlegar-legar sekitar Arran. Memberitahu dia bahawa Aerin telah bonding bersama lelaki lain selain dirinya!
Namun Aerin tidak menghiraukannya dia malah pandang sekilas akan Ryu. "Sekarang undurkan diri.... hentikan pertarungan ni serta merta." pandangnya ke Bishop Harman.
Lelaki tua itu apalagi, dia malahan tertawa. "Kenapa saya kena dengar permintaan kamu Aerin?"
"Sebab kalau tiada siapa yang enggan mengalah dahulu, maka saya akan masuk campur dalam peperangan ini.." beritahu Aerin dengan mendatar. "Yang mana takkan berakhir dengan baik."
"Kau dah hilang akal!Jangan kau berani untuk gunakan kuasa kau pada naga-naga disini Aerin!Ingat keselamatan anak kita!!"marah Ryu dalam kepala Aerin. Naga itu berjalan mendekati tempat Aerin berada.
Berasa awas dengan amaran Ryu, Aerin kemudiannya memalingkan kepala ke arah Ryu. Lantas kedua belah matanya pun bercahaya. Bukan niat dia, tapi kalau Ryu tak bertenang, rancangan dia takkan berjaya!
"Stay down Ryu Fury. Jangan bergerak..."dia pandang tepat ke mata Ryu semasa suara gemersiknya membisik memberikan arahan. Aerin menggunakan kuasanya ke atas suaminya itu buat julung kalinya!Selepas bertahun lama, ini kali pertama dia gunakan kuasa sepenuhnya ke atas Ryu.
Dan sesaat itulah, Ryu Fury Si Naga terus berhenti dari berjalan dan tidak bergerak. Ia malahan duduk di situ dengan patuh. Dipukau dengan kuasa mind control dragon tamer Aerin Offelia. Kesedaran Ryu kini di bawah kawalan Aerin.
Share this novel