Dua hari dua malam Aerin berendam dengan perasaan malu dia yang bukan kepalang selepas insiden pertembungan dengan Raja Emmett dan Puteri Mara hari tu. Habis dia dileteri dengan Bishop Harman selepas rombongan tersebut berangkat pulang ke istana.
Boleh dikatakan satu hari suntuk itu Aerin terpaksa mendengar bebelan dan keluhan Bishop Harman.
Habis tu nak buat macam mana lagi?
Dah dia terlupa.
Serius!
Kalau dia ingat dia akan bersiap dan berpakaian sopan serta berkeadaan terurus. Tak adanya dia malukan diri sendiri depan semua orang seperti hari tu.
Keluhan demi keluhan lepas dari bibir Aerin. Yang mana tiada gunanya kerana nasi sudahpun menjadi bubur. Hendak disesalkan kemudian pun tiada gunanya. Ryu Fury sudah melihat keadaan memalukan dia. Dan sekarang dia kena menghadap masalah terbaru pula.
Ya...masalah dimana orang yang dia cuba elakkan diri dari bertembung sekarang dengan kerapnya meluangkan masa dalam akademi ini. Tak tahu angin apa yang merasuk orang tu. Aerin tidak faham.
Apa yang Aerin tahu, sejak pertembungan tempoh hari, Aerin dapati Ryu Fury kerap kelihatan di mana-mana tempat dalam Akademi Dragon Tamer ini.
Di mana-mana Aerin pergi pasti kelibat lelaki itu akan kelihatan. Dan setiap kali mereka hendak bertembung Aerin cuba mengelakkan diri.
Dia bersembunyi kalau tidak sempat mengelak.
Kalau tidak sempat jugak Aerin akan guna jalan lain kalau hampir hendak bertembung.
Kalau tak dapat nak elak jugak, pilihan terakhir yang ada ialah Aerin akan buat-buat tak nampak.
Sejak itu Aerin memang bersungguh cuba mengelakkan diri setiap kali Ryu berada berdekatan. Ada juga satu masa tu, Aerin menggunakan protégé lain sebagai alasan atau dia memang sembunyikan diri sehingga Ryu tiada di situ.
Masakan tidak dia berbuat begitu.
Aerin kebingungan. Dia tidak faham kenapa Ryu munculkan diri di dalam Akademi Dragon Tamer ini sedangkan sudah lama lelaki itu tidak kembali ke sini. Jadi Aerin takut sendiri. Dia tak tahu kenapa dia nak elakkan diri sedangkan dia tidak buat salah apapun pada Ryu!
Pendek kata Aerin enggan berada dekat dengan Ryu walau semeter sekalipun!
Tap!
Tap!
Tap!
Kasut bertumit rata high cut berdetap lekas di lantai berjubin. Dan pemiliknya tidak lain tidak bukan Aerin sendiri. Dia toleh ke belakang sambil memegang jaket kulit anti api naga ke dada saat toleh ke belakang. Rasanya tadi dia nampak kelibat Ryu!
Bersama nafas cemasnya, Aerin pandang semula ke depan lalu membelok ke kanan koridor. Masa itulah telinganya menangkap bunyi tapak kaki dari belakang. Gema tapak kaki tu jelas kedengaran kerana kawasan lengang.
Memang makin gelabah Aerin rasakan. Jantung dia dah berdegup kencang bagai nak gila!
Serius la!
Apa masalah Ryu ni!?
Dia memang tak berani nak menoleh lagi lepas tu. Tujuan utamanya adalah terus melangkah maju ke depan selaju yang boleh.
KEDEBUK!
Entah mahluk mana yang muncul tiba-tiba dari depan, muka Aerin mencium permukaan rata di depannya dengan mata terpejam sesaat kemudian.
"Adoi!"
Cepat-cepat Aerin mengundur ke belakang sambil berkerut hidung hendak menghilangkan sakit di wajahnya. Siapa-?
"Dah kenapa kamu ni Aerin?"
Bishop Harman rupanya. Lelaki itu baru aje hendak membelok sewaktu Aerin melanggarnya.
Cepat-cepat Aerin menoleh ke belakang. Cemas! Tak ada sesiapa!?Huh?
"Hei...Aerin. Kamu kenapa master tanya ni?"sergah Bishop Harman sekali lagi.
Tersentak dengan kejung Aerin palingkan kepala semula ke depan dan pandang Bishop Harman. Dia salah dengar ke tadi?Ke khayalan dia?Serius dia dengar ada orang ikut dia dari belakang tadi! "Tak ada apa-apa. Maafkan saya master."ucapnya dengan bingung.
"Jalan tu pandang depan. Hati-hati."pesan Bishop Harman sebelum berjalan pergi ke arah belakang Aerin.
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Jantung dalam dada Aerin waktu itu berdegup kencang. Dia dengan bingung kembali berjalan ke hadapan. Takkan la dia salah perasan tadi?Gelabah sendiri sebab panik memikirkan Ryu punya pasal!? Hish!Lelaki tu!Dah kenapa?Dia ingatkan Ryu sudahpun tekad tidak ingin mempunyai sebarang hubungan lagi dengan dirinya?Dah kenapa sekarang lelaki itu tiba-tiba ke sini!?
Bishop Harman tiba dihujung koridor sebelum dia buka pintu bertombol 'S' di situ dan menolak daun pintu ke dalam. Betul-betul di laluan sama Aerin lintas tadi yang dia sangka ada orang mengekorinya.
"Oh...kamu sudah berada di sini Ryu?"tegur Bishop Harman apabila melihat belakang badan gagah Ryu di depan jendela pejabatnya.
Perlahan-lahan Ryu berpaling. Lelaki itu kemudiannya tersenyum mesra. "Maafkan saya masuk tanpa menunggu master terlebih dahulu..."
"Tidak mengapa...lama sudah kamu menunggu?"
"Baru saja..."hujung bibir Ryu terjungkit taktala dia terimbas semula hal tadi dimana dia ternampak Aerin berjalan laju dengan lucu apabila dia tidak sengaja terserempak dengan Aerin di koridor tadi. Dia ingat nak kejar, tapi makin diekori makin cemas Aerin dibuatnya. jadi dia ambil keputusan untuk terus ke pejabat Bishop Harman.
"Saya dengar kamu ingin menemui saya kerana ada hal penting yang ingin dikatakan...apa perkara tu?Raja Emmett beri utusan ke?"
"Tidak. Ianya bukan urusan rasmi. Tapi sebaliknya..."
"Urusan peribadi maksud kamu?"Bishop Harman ambil tempat di kerusi belakang meja kerjanya setelah itu.
"Sepertinya Aerin cuba mengelakkan diri dari bertemu dengan saya."Ryu pun ikut sama menarik kerusi di depan meja kerja tu lantas duduk selesakan diri di situ.
"Apa dia?"terkebil-kebil Bishop Harman selepas dengar.
"Saya cakap Aerin cuba mengelak dari bertemu dengan saya."
Semakin bingung Bishop Harman. Kemudian? "Dan?"
"Saya mahu master bantu saya untuk bercakap dengan Aerin semula. Kami berdua ada perselisihan faham yang perlu di selesaikan.."
"Ohh...maksud kamu, kamu mahu saya bantu kamu temukan kamu berdua semula supaya kamu dapat berbincang dengan dia?"
Barulah Ryu mengangguk. "Boleh master bantu saya?"
Bishop Harman kemudiannya tersenyum. "Memangnya perselisihan faham apa yang berlaku antara kamu berdua?Rasanya kali terakhir kamu berjumpa dengan Aerin adalah lima tahun yang lalu?"
"Hanya perkara kecil. tak serius mana pun..sebab itu saya datang akademi ni. Untuk temui Aerin. tapi gadis licik tu dengan mudah dapat melarikan diri setiap kali saya cuba mendekat..."Ryu melirik penuh maksud ke Bishop Harman.
"Hahaha...kamu nak kata saya yang mengajar Aerin begitu?"
"Manalah tahu kan master ajar fia ilmu yang bukan-bukan...dia kan pelajar kesayangan master..."
Menggeleng Bishop Harman dengan komen tu.
"Baiklah....master cuba lakukan sesuatu mengenainya nanti."
Ryu tunduk termenung memandang cincin tembaga berukiran naga pada jari telunjuknya. Dia pusing-pusingkan cincin itu dengan perlahan. Dia mahu menemui Aerin semula. Dia mahu mereka berdua kembali seperti dulu kerana perasaan terkilannya yang dulu kini berubah menjadi penyesalan.
"Betul ke Aerin ada masalah memori jangka pendek master?"
Bishop Harman di situ pandang Ryu. Bekas pelajarnya itu sedang tunduk termenung ke bawah. "Iya benar. Kenapa kamu tanya?"
"Adakah ianya berkaitan dengan kejadian yang berlaku 19 tahun yang lalu?"
Waktu itu air muka ceria Bishop Harman berubah gelap. Senyuman memudar. Renungan matanya menjadi kelam.
"Ryu, kamu masih-"
Ryu mengangkat kepalanya lantas memandang Bishop Harman dengan senyuman nipis di bibir. "Sudah tentu saya masih ingat. Takkan la saya lupa pulak. Kan ianya kejadian sama kenapa saya menjadi yatim piatu jugak."
Waktu itu Bishop Harman benar-benar tidak terkata. Dia terkejut kerana Ryu mengungkit kisah yang sebenarnya sudahlama dia cuba hendak lupakan.
Bagaimana Ryu boleh ingat lagi!?
"Kalau begitu saya harapkan master ya. Temukan saya dengan Aerin nanti.."Ryu bangun dari situ. Dia berjalan keluar dari situ.
Meninggalkan Bishop Harman yang masih agak terkedu dengan perbualan singkat mereka tadi.
Share this novel