CHAPTER 62 : Wedding Night

Fantasy Completed 5425

*UNCENSORED VERSION*

Dayang terakhir berjalan keluar dari bilik seusai menguruskan Aerin mandi dan mengenakan pakaian yang diberikan oleh mereka. Sambil membetulkan kolar di jubah tidurnya, Aerin jalan mendekati tepi jendela. Memerhati langit yang sudah mulai gelap dengan renungan tertanya-tanya.

Sudah masuk tiga minggu dia berada di sini, khabar berita mengenai peperangan masih tidak diketahui. Ryu dengan liciknya mengelat dengan jayanya setiap kali dia cuba cari tahu apa yang berlaku.

Bagai tak percaya pun ada.

Sebab semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Kenapa?

Kerana hari ini dengan rasminya dia telah menjadi isteri buat Ryu. Disebabkan persiapan di buat dalam sekelip mata dan semuanya sudah tersedia, celik saja mata dia telah didandan dalam busana pengantin lalu dikahwinkan bersama Ryu.

Langsung tak sempat hendak menolak apalagi membatalkan perkahwinan ini. Tahu-tahu aje dia dah tandatangan dan metrai ikrar perkahwinannya bersama Ryu. Ianya bukan majlis yang besar. Sekadar cukup untuk memenuhi syarat. Saksi yang hadir pula terdiri daripada orang istana dan beberapa ekor naga serta para tentera yang ada di tempat ini.

Hela nafas Panjang dilepaskan Aerin saat dia bawa kedua-dua tangan memeluk tubuhnya sendiri. Apa patut dia lakukan selepas ini?

Dia perlu cari tahu hal sebenar dan memastikan yang dia bukan berpihak pada pembelot!

Chup!

Tidak semena satu kucupan hinggap di lehernya secara mengejut.

Disebabkan bibir itu sejuk, secara refleks Aerin menahan nafas lantas menoleh laju ke sisi. Sekali, bila kepalanya berpaling ke sisi, matanya terus bertembung dengan sepasang bibir di depan muka.

            "Menung jauh nampak?"Ryu tersengih sebelum mengucup tengah dahi Aerin dengan tangan melilit sekeliling bahagian depan badan Aerin dari belakang.

Aerin membuat muka sebelum kembali memandang keluar jendela. Datang dah! Dia baru aje nak berfikir.

            "Kau patut berehat. Seharian ni kau mesti penat jalani upacara perkahwinan keluarga diraja naga."Ryu mengucup tepi pipi Aerin sebelum tunduk merehatkan bibir pada bahu terdedah Aerin. Lantas tangannya merayap pada tangan kanan Aerin untuk bermain dengan cincin di jari manis isterinya itu.

              "Aku perlukan penjelasan lebih lanjut mengenai semua ni Ryu..."beritahu Aerin saat termenung.

              "Tentang apa?"

              "Kau masih belum beritahu aku macam mana peperangan ni bermula dan kenapa kau masih tak nak beritahu aku tentang apa yang terjadi dari awal?"

              Ryu tertawa. "Penting ke semua tu?"

              Pantas Aerin memusingkan badannya menghadap Ryu, keningnya mencerlung tidak puas hati saat dongak memandang lelaki lampai di hadapan saat ini. "Kau serius tanya aku soalan tu?"

              Lucu dengan riak serius Aerin, Ryu pegang kedua belah pinggang Aerin lalu menarik tubuh kurus itu merapat ke badannya. "Ianya tak penting Aerin..apa yang terjadi sudahpun terjadi. Sekalipun kau tahu hal sebenar ianya takkan dapat mengubah apa-apa..."

             Tarikan itu membuatkan Aerin menahan nafas dengan kuat dan membuatkan kakinya terjengket gara-gara ketinggian Ryu yang begitu jauh beza dengannya. "Jangan kau berani-"

Tidak menunggu Aerin menghabiskan kata-katanya, Ryu memagut bibir Aerin sebelum memberi kucupan dalam kepadanya.

Slap!

Slap!

Slap!

Tangan Aerin memukul-mukul dada bidang Ryu sambil menolak badannya ke belakang cuba hendak menjauhkan diri.

Tetapi tangan kekar Ryu kemas mengunci Aerin dalam pelukannya itu.

             "Mmph!Ryu!"Aerin memejamkan mata saat bibirnya di gigit tanpa amaran.

              Ryu pun tersengih. Dia menjarakkan sedikit kepalanya ke belakang untuk pandang wajah marah Aerin yang sudah kemerahan. "Kenapa?"

              "Aku tengah bercakap dengan kau...berhenti alihkan perhatian aku.."cemberut Aerin sambil menjilatkan lidahnya ke bibir yang sakit. "Kau selalu macam ni setiap kali aku nak bercakap-"

Chup!

Sekali lagi Ryu mengucup bibir Aerin.

            "Hentikannya Ryu!"

            "Hahaha...aku suka bila kau marahkan aku. Kenapa setiap kali kau marah ianya buatkan aku gembira?"

            "Sebab kau gila.."getus Aerin dengan muka kejengkelan.

Tidak terasa dengan ucapan itu, Ryu mendukung tubuh Aerin dengan mudah. Membuatkan Aerin nak tak nak melingkarkan kakinya ke sekeliling pinggang Ryu. Setelah itu Ryu berjalan merentasi ruang tersebut mendekati katil.

             "Kau tahu hari ni hari terpenting kita?"bisik Ryu di hadapan muka Aerin.

              Pff!Hari terpenting konon! "Lebih kepada hari terpenting kau ada la..."cebik Aerin dengan muka menyampahnya. "Aku tak tahu menahu tentang perkahwinan kita ni..."

            "Tapi mesti kau dah tahu yang kita akan berkahwin..."

            "Memanglah...tapi tak secepat ni.."
  
           "Maaf kalau semuanya berlaku secara mengejut. Kau tahu aku suka buat kejutan..."tangan Ryu naik memegang belakang badan Aerin sebelum dia berhenti di hadapan katil dan tunduk ke bawah membaringkan Aerin ke atas tilam yang sudah diselimuti dengan kuntuman bunga ros merah.

Mata Aerin tidak berkedip apabila dada Ryu menyapa pandangan matanya. Lalu diikuti dengan Tindakan Ryu menanggalkan baju yang dipakai begitu saja. Mendedahkan susuk badan berketak-ketak milik Ryu pada dia. Dada bidang dan otot itu secara automatik membuatkan dia menelan air liur tanpa sedar.

          "Suka apa yang kau lihat?"sengih Ryu sedang meleret sebelum gerak mendekat ke Aerin semula.

Ugh!Menyampah. Aerin memalingkan kepalanya ke kanan. Tidak mahu memberi sebarang komen mengenainya.

          Lantas Ryu membenamkan wajahnya ke ceruk leher Aerin. Memberi beberapa kucupan lembut pada kulit itu sebelum turun ke tulang selangkanya. "Kau tahu kan, mulai detik ini kau adalah permaisuri aku?"

           Tangan Aerin naik secara sendiri ke belakang kepala Ryu, bermain dengan rambut berlembut itu saat bibir Ryu menjarah sekitar tubuhnya. "Sejak bila kau jadi raja, Ryu?"

           Ryu mengangkat kepalanya lantas tunduk memandang Aerin di bawahnya sambil tersengih meleret. "Sejak seminggu yang lalu....dan selepas malam perkahwinan ni aku akan berikan kau satu hadiah. Kau pasti akan gembira mengenainya..."

           "Hadiah?"pandang Aerin dengan kening berkerut.

            "Yup...hadiah..."Ryu menarik tali yang mengikat jubah tidur Aerin dengan sekali rentapan saja sebelum tangannya mula merayap ke dalam pakaian Aerin lantas Kembali tunduk membenamkan wajah pada ceruk leher itu.

Masa ini Aerin merasakan Ryu mula menekan tubuhnya dengan berat ke tilam taktala dada dimana degupan jantung yang kencang milik Ryu mengenainya. Entah hadiah apa la yang Ryu nak berikan pada dia?Sedangkan yang dia mahu adalah cerita sebenar kenapa semua peperangan ni bermula dan kenapa Ryu beria sungguh nak simpan semua rahsia ni dari dia sampai sekarang.

             "Adakah aku takkan tahu hal sebenar sampai bila-bila kalau macam tu?"

               Sambil memberi kucupan lembut di leher Aerin, Ryu mengusap sekitar tulang rusuk Aerin sebelum membawa wajahnya ke hadapan muka Aerin. "Kalau kau nak pastikan sama ada kau boleh percayakan aku atau tidak, aku tak perlu susah-susah untuk yakinkan pada kau, sebab kalau kau tak percayakan aku, kau takkan Bersama dengan aku sehingga sekarang..."

             Berkedip sekali mata Aerin lepas dengar. Dia tersentak dengan kenyataan Ryu yang ada benarnya itu. "Jangan yakin sangat Ryu.."

             Ryu pun tersengih sebelum memandang bibir Aerin di depannya. "Kalau aku adalah penjahat sebenar...apa kau akan lakukan?Bencikan aku?Bunuh aku?Sanggup kau lakukan hal tu kalau kau tahu hal sebenar?"soalnya berbisik lembut sebelum memagut bibir Aerin penuh kasih.

             Aerin diam di situ. Membiarkan Ryu. "Aku tak tahu..."pandangnya selepas Ryu memandangnya semula.

              "Kalau macam tu teruskan begini tanpa memikirkan semua hal tak penting ni. Bencikan aku, marahkan aku...lakukan semahu kau... Sebab apa yang berlaku tiada kaitan dengan kau...ianya hanya perbalahan antara dua kuasa yang menjadi mangsa keadaan. Tugas kau sekarang adalah berasa di sisi aku menjadi permaisuri aku..."Ryu membenamkan wajahnya ke ceruk leher Aerin sebelum menggigit leher itu.

Terbayangkan imej dimana Brianna dibunuh Ryu sewaktu menjadi naga terlintas dalam kepalanya saat dia memeluk Ryu dengan mata terpejam. Kenapa Brianna tak pernah beritahu dia yang Brianna itu naga?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience