CHAPTER 47 : Panas

Fantasy Completed 5425

Peluh merintik di sekitar dahi dan leher walaupun cuaca tidak lah sepanas yang disangkakan. Malah angin sepoi-sepoi bahasa bertiup sepanjang perjalanan mereka di kawasan padang pasir itu.

Aerin di atas kuda diam termenung memandang ke depan dengan mata sekejap-sekejap hendak terpejam. Sambil itu tangannya menggaru bahu kiri.

Tubuhnya begitu panas dan dia benar-benar mahukan rasa sakit ni hilang. Rasa pedih di bahunya semakin lama semakin menjalar hingga ke urat sarafnya. Menyakitkan  seluruh badan.

Tak cukup dengan tu, tak kira la sebanyak mana dia minum, rasa dahaga yang dirasai sedikit pun tidak reda. Dan tak kiralah sebanyak mana tenaga dia salurkan, badannya tetap juga kepanasan.

Memburukkan lagi keadaan, rasanya dah dua malam dia tak dapat nak tidur lena kerana Ryu tidak menentu membuat kontak ke dalam fikirannya.

Ada masa tu dia seakan bermimpi ada masa tu dia menyaksikan kemusnahan sebuah perkampungan. Api ada di mana-mana. Teriakan dan raungan orang dalam kesusahan turut menghantui fikirannya.

Swoosh!

Angin bertiup menerbangkan anak rambut Aerin ke belakang dan hood mantel yang ada di atas kepala jatuh melurut ke bahunya.

Pada masa itulah Aerin merasakan adanya getaran aneh muncul dalam kepala dia. Membuatkan kepala Aerin tertunduk ke bawah dan menghentikan kudanya dari berjalan. Getaran itu lebih kuat dari kebiasaannya.

Kenapa pulak kali ni?

Apa lagiyang Ryu cuba nak tunjuk kepada dia!?

Tak cukup-cukup dengan apa yang dia saksikan kebelakangan ni ke?

Suasana kelam kabut dan sambaran api mengenai tepat ke arah Ryu. Tetapi ianya tidak terasa terbakar kecuali rasa hangat setiap kali api menyambar ke muka. Sekali libas Ryu terbang melayah ke arah naga bersisik hitam dengan mata jingga di hadapan.

Ke kanan dan ke kiri. Ryu terbang dengan cekap sekali. 

Berdesup laju seperti kilat, naga tersebut berjaya menepis serangan dari Ryu. Ianya terbang ke menara akademi lalu menyambarnya hingga runtuh menara itu.

Ryu kejar di belakang sebelum menyambar belakang badan naga di hadapan dengan semburan api biru melalui mulutnya.

BOOM!

Api biru itu tepat mengenai sayap kiri naga hitam tersebut hingga menyebabkan ia hilang keseimbangan dari terbang lalu jatuh terhempas ke bawah dimana laman berumput berada.

Ryu terbang mengejar naga hitam yang terhempas tadi sebelum kaki berkuku tajamnya mencengkam batang leher naga hitam tersebut.

Akibat cengkaman itu, naga tadi mula meronta-ronta di bawah cengkaman Ryu. Ia cuba mengeluarkan api dari mulut tetapi tidak dapat kerana cengkaman pada lehernya waktu itu menghalang ia.

Sayap dan kakinya naik menggelupur cuba hendak membebaskan diri.

Aerin mengedipkan mata dengan nafas naik turun kerana berasa cemas dengan apa yang disaksikan dalam kepala Ryu saat itu. Adakah Xenthopia sedang diserang dengan musuh? Kenapa Ryu menyerang naga ni dengan ganas sekali!?

Oleh kerana cengkaman itu menyakitkan naga hitam itupun menjerit kuat.

Screeching !!Teriakan nyaring naga itu kedengaran menyakitkan telinga bila dengar.

Secara automotik Aerin bawa tangan memegang kepala. Dengan harapan dapat menenggelamkan bunyi nyaring itu dari mengilukan kepala dia.

Semakin naga itu bergelut semakin kuat cengkaman Ryu di leher tersebut sehinggalah bunyi snap kedengaran.

Leher naga itu telah dipatahkan.

Naga hitam yang meronta-ronta tadi tidak lagi bergerak. Kepalanya terkulai tiada daya. Ianya sudahpun tidak lagi bernyawa. Membuatkan Ryu mengalihkan kaki berkuku tajam dari leher naga dibawah kakinya.

Dan perkara aneh pun berlaku.

Susuk naga hitam tadi bercahaya sebelum perlahan-lahan badan gergasi tersebut berubah menjadi satu susuk tubuh manusia.

Betapa terperanjatnya Aerin rasakan setelah dia dapat lihat dengan jelas jasad siapakah itu.

Susuk manusia itu adalah Brianna sendiri!

Aerin tersentak. Dia memandang ke depan dengan nafas tertahan sebelum dia hilang keseimbangan lantas jatuh dari kuda.

KEDEBUK!

           "Umph!"Aerin memejamkan mata menahan sakit.

Tubuhnya mendarat secara mengiring ke kiri di atas tanah sesaat kemudian.

Saat kejadian itu berlaku Arran sedang khayal menggigit hujung lalang di hadapan sekali. Bila dia mendengar bunyi jatuh di belakang, secara refleks dia pun menoleh. Lantas dikejutkan dengan keadaan dimana Aerin sedang terlentang di atas tanah.

               "Apa yang-"berkerut kening Arran taktala dia memusingkan kudanya lalu buatkan haiwan itu jalan mendekati tempat dimana Aerin berada. "Kau dah kenapa!?"

Di atas tanah itu Aerin mengerang memeluk sekeliling rusuknya kerana sebu akibat jatuhnya tadi namun pada masa yang sama dia pandang penuh terror ke atas tanah mengingati semula apa yang disaksikan dalam kepala Ryu sebentar tadi.

Air mata mengalir di tubir. Mengancam mahu mengalir saat ini juga. Aerin berasa tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

Kenapa Ryu menyerang akademi!?

Apa yang telah terjadi?

Kenapa Brianna berubah menjadi naga!?

Paling penting, Ryu telah membunuh Brianna!Lelaki itu telah membunuh rakannya!

           "Kau okay tak tu?"Arran melompat turun dari kuda tidak lama selepas itu. Lelaki itu bercangkung di situ mendapatkan Aerin.

Nafas Aerin naik turun. Dia cuba hendak tenangkan diri tetapi panik yang bertandang saat itu buatkan dia tidak dapat bernafas dengan baik. Tulan rusuknya terasa seakan sempit.

Kenapa Ryu bunuh Brianna!?

Apa yang sedang berlaku di akademi sekarang ni!

            "Berapa jauh lagi kita dari Xenthopia?"pandangnya ke Arran sambil menggaru bahu kiri.

             Kening Arran berkerut tidak faham dan semakin bingung dia apabila melihat wajah Aerin yang basah kerana peluh di sekitar dahi serta leher tu. "Kau dah kenapa?!"

             "Berapa jauh lagi aku tanya!"Aerin menggaru sedikit kuat pada bahu kirinya saat berkerut kening kejengkelan. Dia pandang wajah bingung Arran itu.

             "Satu malam lagi kita sampailah. Kau ni kenapa?Tak sihat ke? Tetiba nak menjerit dekat aku!?" marah Arran pula.

Nafas Aerin naik turun kencang. Dia begitu panik dan bingung. Apa yang sedang berlaku di sana!?

              "Jangan nak menyusahkan aku ya.."Arran lirik Aerin dari atas ke bawah cuba hendak mencari apa yang tidak kena pada Aerin. Kenapa Aerin cemas sangat ni?

              Tak!Semua ni tak mungkin! Mereka kena balik ke Xenthopia dengan segera!"Kita kena cepat sampai ke Xenthopia!"beritahunya semasa memaksa badannya bangun walaupun pinggul dan tepi tulang rusuknya sedang kesakitan ketika itu.

Masih tidak faham apa yang berlaku, Arran perhatikan Aerin dengan kening berkerut.

            "Kenapa dengan kau ni Aerin!?"

Namun Aerin bergerak hendak rebah semula selepas dia berdiri.

             "Kita kena pergi sekarang.."

Mujurlah Arran sempat menyambut tubuh itu dari jatuh semula.

            "Hei...bawa bertenang boleh tak? Apa yang buat kau panik macam ni?"

Aerin tersandar lemah pada tepi lengan Arran sambil termenung memandang ke bawah. Tangannya terkulai ke bawah.

Badan dia semakin lemah!Semua ini salah Ryu. Lelaki tu dah janji akan temui dia..tapi tidak!

Jangan beritahu dia tujuan Bishop Harman dia keluar jauh dari Xenthopia adalah kerana hal tadi?

Dan apa yang dia lihat dalam kepala Ryu kebelakangan ini adalah kejadian dimana Ryu melakukan kemusnahan?

Peperangan akan tercetus lagi!

Dan alasan kenapa dia tidak dapat mengenalpasti lambang naga Ryu kerana Ryu adalah pengintip sejak awal lagi. Lelaki tu bukan berasal dari mana-mana daerah di Xenthopia ni.

Sejak awal lagi....sejak awal lagi!
Ryu tahu siapa diri dia selama ini. Ryu tahu dia adalah Dragon Whisperer. Untuk menguasai kerajaan naga Ryu Imprint dirinya sejak awal lagi supaya dapat dikawal dengan Ryu.

Sebab itulah Ryu cakap ianya bukan seperti yang dia fikirkan.Rupa-rupanya ini alasan kenapa Ryu memilih untuk berkahwin dengan Puteri Mara Ferin. Perkahwinan ini juga sebahagian daripada agenda gelap Ryu dari mula lagi.

Dia telah diperdayakan dengan Ryu.

Kini lelaki tu akan musnahkan Xenthen.

Sementara dia tersadai di tengah-tengah alam entah di mana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience