CHAPTER 55 : Half Confession

Fantasy Completed 5425

*FORBIDDEN CHAPTER!SKIP IF YOU WANT TOO! BUT CENSORED VERSION*

Aerin mendongakkan ke atas apabila dadanya bersandar pada bahagian depan badan Ryu yang tidak beralas itu. matanya terarah pada rahang tajam Ryu sebelum lelaki itu turut menundukkan kepala untuk menatapnya.

Mereka berdua saling bertatapan.

Aerin dengan renungan mencerunnya.

Ryu dengan senyuman meleret menggodanya.

             "Siapa pihak ketiga tu?"kening Aerin mencerlung. Jadi Ryu bunuh Caspian dan Brianna kerana dua orang tu cuba masuk campur urusan Ryu?Patut ke semua tu? Boleh aje Ryu tangkap dan tahan mereka!Perlu ke sampai di bunuh? "Aku kenal dia?"

             Tangan kanan Ryu yang memegang loofa tadi bergerak menggosok belakang badan Aerin pula. "Kau akan percayakan aku kalau aku beritahu ke?"sengihnya sambil menggosok belakang tengkuk Aerin lalu turun ke tulang belikat.

             "Siapa?"soal Aerin bersama renungan tajam.

             "Aku tak sedungu tu untuk terus beritahu pada kau Aerin.."sengih Ryu meleret sinis. "Kau akan tahu jugak lambat laun. Cuma aku tak rasa aku nak jelaskan segalanya kepada kau sekarang."sebab dia tak nak Aerin berasa kecewa dengan mengetahui bahawa Brianna, Caspian dan Bishop Harman yang telah memusnahkan akademi selepas membunuh seluruh penghuni tempat itu. Dan paling nyatanya adalah Bishop Harman adala lelaki yang bertanggungjawab membunuh seluruh kaum Aerin dan ingin membunuh Aerin!

Kepalan menumbuk Aerin hinggap ke dada Ryu sebaik mendengar balasan itu. Dia pandang dengan kening mencerun.

             "Hahaha....kenapa?Kau marah pada aku atau geram pada aku?"

             "Tak aku bencikan kau Ryu!Kalau boleh, aku tikam kau tepat di jantung sekarang!"ketap Aerin kegeraman menumbuk dada Ryu lagi.

Ryu langsung tidak terasa, dia malah menolak tubuh Aerin merapat kepadanya lebih lagi.

             "Oh iya ke?Kedengaran macam menyeronokkan. Kau tahu, aku sukakan wanita yang berani melawan. Terutamanya kalau wanita tu adalah kau, Aerin.Teruskan niat kau tu."

             "Kalau kau buat semua ni apa bezanya kau dengan Raja Xethen?Kalau betul kau nak balas dendam kau boleh aje rampas kuasa tanpa mencetuskan sebarang peperangan!"

Ryu mengangguk. Dia bawa tangan untuk menyelak rambut basah Aerin dari wajah tu ke belakang telinga dengan jari. Lalu kelopak bunga yang melekat pada badan Aerin di buang ke tepi.

               "Memang itu rancangan aku. Dengan mengahwini Puteri Mara. Tapi jadikan kau sebagai permaisuri aku selepas aku merampas taktah Raja Emmeth. Tapi itulah...ada balaci tak guna telah rosakkan pelan asal aku tu.."beritahunya sambil tu. "Menjadi punca kenapa peperangan ni terjadi..."

Terkedu Aerin. Apa?Permaisuri?!Barulah matanya berkedip dan kerutan dikeningnya semakin berlapis.

                "Tapi jangan risau...tanpa mengahwini Puteri Mara, aku tetap akan jadikan kau permaisuri aku selepas peperangan ni reda."Ryu mengurut kerutan di kening Aerin dengan ibu jari kanan selepas itu. "Aku akan pastikan yang dendam aku terbalas pada masa yang sama musnahkan mereka yang cuba sakiti kau..."

Serius!Dia tak faham satu pun. Aerin membuat muka tidak suka dengan ucapan Ryu.

                "Boleh tak berhenti cakap secara teka teki. Aku tak sebijak yang kau fikirkan tau tak?cakap secara terus terang tak boleh ke?"

Sekali lagi Ryu ketawa.

                "Aku akan berterus terang, tapi bukan sekarang, okay sayang?"bisik Ryu di depan bibir tu. "Sekarang kita tunggu dan tengok saja tengok dua kucing saling bercakaran. Bila dua-dua dah mengalah baru kita cucuk masuk jarum.."sengihnya sebelum tunduk ke ceruk leher Aerin.

Aerin diam termenung di situ tidak menolak atau melawan tindak tanduk Ryu kerana dia tenggelam dengan kenyataan Ryu sebentar tadi. Hunter? Evan?Rasanya dia pernah dengar nama ni. Dekat mana ya?Dan siapa orang yang dimaksudkan Ryu ni?Dua orang saling bercakaran?Siapa?Sekiranya seorang daripada mereka adalah Raja Emmeth, siapa pula orang yang kedua tu?

Sekarang ni siapa yang jahat siapa yang mangsanya?

Adakah ini bermakna dia juga adalah seorang pembelot kerana bersama dengan Ryu?

Patut ke dia hentikan Ryu?

Ryu pandang rantai yang tergantung di leher Aerin dengan senyuman jahat meleretnya. Dengan rantai ni dia dapat lindungi Aerin dari kuasa gadis ini sehinggalah Bishop Harman mati. Dan sementara waktu tu,, dia perlu pastikan Aerin ada bersama dengannya sepanjang masa.

               "Kau dah tak sakit lagi?Adakah aku berkasar dengan kau sepanjang semalam tadi?"

               "Kau diam!"sentap Aerin dengan marah. Lelaki ni ada audacity untuk tanya soalan obvious ni? Nak makan penampar sangat ke!!

               "Patut ke aku suruh dayang sediakan ointment untuk kau?"Ryu memicit perlahan belakang tengkuk Aerin sambil tu.

               "Kalau kau kawal diri kau dari menyentuh aku, rasanya itu la ubat paling mujarab untuk aku Ryu.."gerutu Aerin masih dengan muka tidak puas hatinya.

Ryu sekadar ketawa saat mengucup tepi pipi kanan Aerin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience