CHAPTER 52 : Larang!

Fantasy Completed 5425

"Ryu jangan!"panggil Aerin semasa dia maju ke arah Ryu.

Namun disaat Aerin berlari, ketika itulah Caspian lari mendekati Ryu bersama pedang di tangan. Diselangi dengan cahaya api kebiruan pada permukaan pedang tersebut.

Sementara Ryu ajukan tangannya ke arah Caspian. Satu aliran cahaya muncul di hujung jari jemarinya. Sebelum cahaya itu meledak ke arah Caspian.

Mata kedua-dua mereka sama-sama bercahaya.

Caspian berjaya mengelak dari serangan Ryu kerana kecekapan berlari dia saat itu. Dan dalam kepala Caspian hanya ada satu tujuan sahaja, Iaitu membunuh Ryu di situ jugak. Dia mahu menuntut bela di atas kematian Brianna!

Swissh!

Caspian melibas pedangnya ke arah Ryu sewaktu dia berlari pada masa yang sama. Libasan itu membawa bersama dengan cahaya api kebiruan menuju tepat dimana Ryu sedang berdiri.

BOOM!

Satu letupan terjadi tepat dimana Ryu sedang berdiri. Pada masa itu Aerin berada berhampiran, tetapi shield yang melindungi Aerin sejak tadi ikut sama muncul mengelilinginya. Menghalang impak letupan tersebut dari mengenainya.

            "Hentikannya Ryu!"arah Aerin dengan selantang yang boleh.

Namun panggilan itu hanya kedengaran sayup di telingan Ryu. lelaki itu terlalu fokus dengan lelaki yang ada di hadapannya saat itu.

Debu dan sisa baru yang pecah berterbangan ke merata arah. Permukaan tanah di sebelah Ryu hasil libasan pedang Caspian meninggalkan kesan berlubang sedalam dua kaki.

Ryu hanya mengangkat tangan kanannya lalu di selisihkan ke Udara. Menghasilkan satu lohong hitam tepat semasa Caspian hampir hendak menerpa dirinya. Lohong hitam itupun menelan Caspian dalam sekelip mata. Tapi tak lama. Sesaat lepas tu lohong hitam muncul tinggi dari atas.

           "Argghh!!!"teriak Caspian apabila dia berada beberapa meter di Udara sebelum jatuh meniarap ke atas tanah tidak lama selepas itu. Kesakitan akibat sebu yang dirasakan, Caspian mengerang sambil memegang dada.

Pada masa itulah Ryu berjalan ke arah Caspian lalu mencekau kolar baju lelaki tu dengan sebelah tangan sebelum di angkat ke atas dan di hempas ke tanah semula dengan hentaman yang kuat hingga menghasilkan retakan pada tanah di sekitar tempat Caspian mendarat.

Darah terpercik dari mulut Caspian sejurus itu.

Riak wajah Ryu masih tenang. malah tatapannya juga dingin. Langsung tiada riak emosi di wajahnya saat itu.. Dia memang dah sedia hendak tamatkan nyawa Caspian masa tu, tapi belum sempat dia hendak lakukannya satu tangan muncul dari tepi. Menolak dia ke belakang dengan mudah begitu saja.

              "Cukup Ryu!"marah Aerin dengan nafas naik turun kencang. Matanya kemerahan. Dah wajahnya semakin pucat. Peluh dingin yang merintik membuatkan anak rambutnya basah dan melekap pada sekitar wajah dan lehernya.

Ryu terdiam di situ.

             "Apa yang kau fikir kau lakukan sekarang ni!"

              Mata Ryu turun semula ke Caspian setelah perasan ada pergerakkan dari lelaki tu. "Ke tepi Aerin."arahnya mahu maju ke depan semula. Dia perlu bunuh Caspian sekarang juga.

               Bukannya ke tepi malahan Aerin mendepakan tangannya di hadapan Ryu. "Tak!"

Mata Ryu berkerlipan keemasan. Dia mahu berubah menjadi naga tapi tubuh dia seiring sama keadaan dengan Aerin. Maka terpaksa dia berada dalam bentuk manusia untuk lakukan hal ni!

               "Ke tepi aku kata!"

              "Tak!Cukup kau bunuh Brianna!Bukan Caspian!"bentak Aerin dengan berang.

             Rahang Ryu berketik. "Macam mana kau tahu?"

              "Aku nampak dalam kepala aku sendiri!"

             Ryu membuat muka lantas berdengus mengejek kepada Aerin. "Kau masuk dalam kepala aku?"

             "Bukan aku...tapi kau!"Aerin memukul dada Ryu sekuat hatinya.

Pada masa mereka sedang bertengkar Caspian sudahpun bangun dari sedarnya. Lelaki itu berdiri dengan sokongan pedang yang ditegakkan. Bila dia mengangkat kepalanya mata Caspian terarah terus pada Aerin. Masa ni Caspian berfikir, kalau dia tak dapat bawa Aerin pergi, dia akan bunuh Aerin di sini sekarang!

Swoosh!

Bersama sisa tenaga yang ada, Caspian hayun pedangnya tepat ke arah Aerin. Berniat hendak menikam terus belakang badan itu kerana dia tiada pilihan lain. Kalau Ryu menjelma dalam bentuk naga, dia jelas-jelas dia tidak akan menang menentang pahlawan naga ni.

            "Ke tepi aku kata!"bentak Ryu menolak Aerin hingga menyebabkan Aerin jatuh terduduk sesaat kemudian. Langsung tidak memandang Aerin, Ryu lalukan tangannya menghasilkan satu pantulan cahaya seperti kaca yang banyak di hadapannya.

Sekali lagi Aerin jatuh mengiring di situ. Dia cuba bangun, tapi badan dia terasa berat sampaikan nak berdiri semula pun tidak larat.

Pada masa Aerin di tolak hujung pedang Caspian hampir sahaja hendak menusuk belakang gadis tu. Jadi dia tidak sempat hendak berhenti atau kawal pergerakkannya dari maju ke depan. Maka dia teruskan saja niat hendak menikamnya itu.

Masa itulah pantulan cahaya seperti kaca milik Ryu terbang melayah ke arah Caspian dengan kelajuan luar biasa.

Ianya berdesup-desup mahu mengenai Caspian. Dan Caspian melibas pedangnya pada serpihan kaca itu untuk mengelak satu persatu dengan cekap sehinggalah dia tersasar satu daripadanya!

Sambil bergelut dalam kesakitan, Aerin gagahkan juga diri untuk bangun dari situ. Dia kena hentikan Ryu!Lelaki tu perlu dihentikan! Sambil memegang bahu kirinya yang semakin berdenyut sakit, dia atur langkahnya maju ke Caspian.

Caspian melibas dan menghayun pedangnya dengan bersungguh tetapi dia terlepas pandang akan cahaya kaca biru itu menikam tembus menerusi dadanya.

SPLAT!

            "Ugh!"Caspian hilang keseimbangan sebelum terundur ke belakang sambil muntah darah. Darah mengalir dengan deras. Pedang ditangan terus terlepas kerana mahu menekap tangan pada luka itu.

             Aerin menahan nafas terkejut. Matanya terbutang kaku. Dia mahu menghalang tapi tubuhnya terlalu lemah. "Tidak!Ryu!!!"

Ryu berdiri di situ memerhatikan tubuh Caspian terumbang ambing seketika sebelum Caspian jatuh rebah ke belakang tidak lama kemudian.

             "Caspian!"panggil Aerin hendak mendapatkan lelaki tu. Namun belum sempat dia mahu maju ke depan, pinggangnya dengan mengejut di rangkul dari belakang. "Lepaskan aku!!"rontanya menyedari Ryu sedang cuba membawa dirinya pergi. "Kau pembunuh Ryu!!!"

Mereka berdua lenyap di telan lohong hitam.

Sementara jasad Caspian dibiarkan tersadai bertarung nyawa sendirian di saat bangunan di situ mulai runtuh dimamah api.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience