CHAPTER 27: Tolong

Fantasy Completed 5425

Masa ni memang dah ramai budak popular di akademi. Tapi lepas Aerin dibawa masuk oleh Bishop Harman, budak-budak yang popular tidak lagi menjadi perhatian protégé dan pelajar naga di situ.

Seawal usia 11 tahun lagi Aerin sudah terkenal di kalangan pelajar naga lelaki dan protégé senior. Bukan setakat kerana rupa parasnya yang cantik tetapi sikap ceria dan extrovert Aerin membuatkan semua orang suka untuk berkawan dengan Aerin.

Malah menjadi kegemaran Bishop Harman sendiri. Hal ini mengundang banyak rasa tidak puas hati dalam kalangan budak-budak popular di situ. Tapi mereka sendiri tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya kerana Aerin tidak melakukan apa-apa kesalahan atau perkara yang menjejaskan nama sesiapa di akademi tersebut.

Ramai pelajar naga target Aerin sebagai Dragon Tamer mereka.

Ramai lagi protégé yang mahukan kemahiran Aerin untuk kepentingan mereka.

Tapi lebih ramai lagi yang mahu berkawan dengan Aerin supaya dikenali dengan Bishop Harman.

Tapi cuma seorang saja yang tidak ingin lakukan semua itu!

BANG!

Terbalik meja dalam kelas itu apabila seorang daripada protégé Dragon di tendang kuat dengan best fighter di akademi mereka.

            "Ryu!Hentikannya!"arah pelajar naga lain di tepi kecemasan melihat rakan mereka dibelasah begitu sekali.

            Ryu berusia 14 tahun itu injak dada pelajar naga lelaki yang sedang bergelut menahan sakit di lantai. "Ulang balik apa kau cakap tadi?"kedua dua belah tangan terseluk kemas dalam poket seluar saat dia tunduk memandang ke bawah.

          "Tak Ryu...aku cuma bergurau aje!"

          "Bergurau ke bila kau ungkit tentang benda tak sepatutnya? Dia budak lagi!Kau dah fikir yang bukan-bukan pasal dia?"Ryu menguatkan pijakannya.

           Kemerahan muka itu dibuatnya. "Aku salah...aku takkan cakap macam tu lagi!"kaki Ryu cuba di alihkan tetapi dia tidak dapat berbuat begitu kerana kaki Ryu menekan kerongkongnya dengan kuat.

         Lantas Ryu pun angkat kepalanya. Dia pandang setiap seorang yang ada dalam bilik study itu. " Dengar elok-elok ya. Aku beri amaran. Kepada setiap seorang dekat sini. Mulai hari ini tak ada sesiapa dibenarkan mendekati Aerin. Atau berkawan dengan dia. Kalau aku dapat tahu, nasib kau orang akan berakhir sama macam budak hingusan bawah kaki aku ni!Faham?"

Cepat-cepat semua kepala di situ mengangguk!

Mulai detik itu semua orang dalam akademi berasa takut hendak dekati Aerin. Tiada siapa yang mahu berkawan atau bermesra dengan Aerin.

Sebabnya bila mereka cuba nak dekat, mesti ada Ryu dengan Aerin. Kalau Ryu tiada dengan Aerin pun mereka tidak berani nak dekat.

Berkali-kali Aerin cuba ajak berbual dan beriadah sama, tapi selalunya di tolak mereka gara-gara ugutan Ryu pada mereka.

Tapi Aerin sedikit pun enggan beri perhatian kepada Ryu. Malah gadis itu membencikan Ryu. Kerana bagi Aerin, Ryu punca kenapa semua orang dalam akademi membencikan dirinya.

END OF FLASHBACKS

Termenung melihat Aerin di katil sedang terlena, Ryu duduk di kerusi menghadap katil memerhati badan Aerin naik dan turun perlahan setiap kali gadis itu menghela nafas. Dia bersandar di kerusi sambil tangan kiri memegang mulut.

Mata pula tidak teralih dari melihat wajah lena itu.

Knock!

Knock!

Ryu kerling ke pintu. Tidak lama kemudian ia terbuka ke dalam. Cadmus berjalan masuk dengan senyap. Melihat orang kanannya, Ryu tidak bergerak di kerusi. Dia malah turunkan tangan dari wajah sebelum berkata.

           "Kau dah dapat maklumat yang aku perlu kan tu."

            "Ya tuan..."

Dalam-dalam nafasnya ditarik sebelum dihela.

           "Macam mana?"

           "Menurut Raja Emmett tugasan yang diberikan oleh baginda adalah dari Bishop Harman. Baginda hanya memberi pengesahan saja untuk tugasan tersebut. Bukan dari ketua kampung Cardamom Lands seperti yang dinyatakan. Dan sebelum ia dirasmikan oleh baginda, Bishop Harman dari awal lagi telah memberi nama Dragon Tamer Aerin Ofelia sebagai orang yang bertanggungjawab untuk misi itu kepada baginda..."jelas Cadmus.

Entah kenapa dia berasa ada yang tidak kena dengan laporan Cadmus. Selepas mendengarnya ianya seakan Bishop Harman sengaja mahu Aerin ke Cardamom Lands...boleh aje lelaki itu pilih orang lain untuk tugasan tu. Tapi lelaki itu telah tetapkannya seakan mahu Aerin yang berada di situ. Bukan orang lain. Kenapa?Kenapa master lakukan hal tu?

           "Pergi ke Cardamom Lands. Sampaikan kepada Julius mengenai racun yang mereka telah minum melalui sumber air mereka. Sarankan mereka untuk gunakan Akar Ebon Bamboo sebagai posyen untuk mereka ambil sementara waktu sehingga kesan sampingan racun itu berkurangan.."beritahu Ryu.

           "Baik tuan."

           "Maklumkan kepada Julius jugak untuk berikan laporan untuk setiap perkembangan penduduk yang terjejas kerana Ahli Sihir Putih tu. Bila keadaan membaik, baru dia boleh hantar surat kepada baginda bagi memaklumkan isu tu dah selesai atau belum." tambah Ryu lagi.

           Cadmus mengangguk lagi. "Adakah tuan ingin saya sampaikan terus kepada baginda?"

           Ryu pun menggeleng. "Jangan. Biar sehingga keadaan reda. Baru kau sampaikan kepada baginda."

          "Baiklah. Dan untuk pengetahuan tuan, tentera Everlin yang menjadi tahanan telahpun memberi kata putus mereka. Apa yang tuan ingin lakukan sekarang?"

Ryu mengerling ke Aerin semula. Dia tatap wajah itu sambil berfikir lama.

          "Sekiranya mereka bersetuju berikan mereka ganjaran. Tetapi jika mereka tidak bersetuju. Bunuh setiap seorang tanpa meninggalkan seorang pun saksi. Takkan itupun nak aku beritahu?"bisiknya perlahan.

Tiba-tiba Aerin terkutik. Gadis itu bergerak dari baring mengiringnya kepada telentang sebelum membawa tangan ke atas kepala menyelesakan diri. Matanya masih terpejam rapat.

Cadmus tersentak. Lelaki itu terus memandang ke arah katil. Dan bila dia nampak susuk tubuh yang berselimut di atas tilam itu, keningnya terjungkit tinggi. Huh? Ketua dia mempunyai perempuan di atas katil?!Untuk pertama kalinya?Ketua dia ni?Bukan ke Ryu suka kepada Puteri Mara?Tapi kenapa ada perempuan lain di dalam bilik peribadi Ryu?

             "Ada apa-apa lagi yang kau nak sampaikan?"tegur Ryu mencapai piala di meja sebelah kerusi tempatnya duduk. Minuman dalam piala itu di sisip sedikit ingin membasahkan tekak. Seusai minum dia letakkan semula lantas memandang ke Cadmus.
   
             "Tiada tuan."

             "Kau boleh pergi. Jika ada apa-apa maklumkan awal."

Cadmus beri tundukkan kecil sebelum berpaling. Dan semasa dia berpaling sempat Cadmus menjeling semula ke katil. Ingin tahu siapakah Wanita bertuah yang dapat mendekati ketua menakutkan mereka ini? Sekali bila sekelas dia pandang, Cadmus terus pandang ke depan dengan riak terbeliak. Takkan la. Bukan ke itu Aerin Ofelia? Sejak bila dua orang ini bersama?!

Klik!

Pintu tertutup.

Keadaan bilik menjadi hening semula. Melihatkan keadaan mula gelap dan waktu sudah masuk senja, Ryu pun bangun dari situ. Gerak mahu menghidupkan api di perapian. Kebetulan semasa dia melewati sofa dia berhenti seketika mengutip pakaian Aerin yang bersepah di atas lantai lalu di letakkan atas lengan sofa. Selepas itu barulah dia bercangkung depan perapian.

Tanpa menggunakan apa-apa, Ryu hanya pandang akan kayu bakar disitu lalu matanya bersinar keemasan.

Ya..dia juga mempunyai kuasa istimewa iaitu kuasa lima elemen. Selain dapat menjelma sebagai naga, Ryu mampu menggunakan kuasa magis seperti manusia biasa. Tetapi situasi ini tidak berlaku kepada semua orang.

Biasanya siapa yang boleh menjelma sebagai naga, tidak akan mempunyai kuasa magis. Dan siapa yang mampu menggunakan magis tidak akan pernah menjadi naga. Ini semua bergantung kepada keturunan mereka.

Jika keturunan mereka berasal dari asal usul magis maka sejak azali lagi mereka akan mempunyai magis.

Jika keturunan mereka berasal dari naga, maka sejak azali lagi mereka mempunyai kemampuan untuk menjelma dalam bentuk naga.

Sekiranya mereka berasal dari kedua-dua jenis keturunan ini maka mereka akan mempunyai kedua-dua kemampuan dan ini hanya akan berlaku kepada mereka yang berdarah tulen sahaja. Iaitu keturunan dari Naga Lambang Merah sahaja.

Api pun muncul sendiri. Membakar kayu tersebut serta merta sesaat kemudian.

Seusai itu, dia gerak ke jendela. Menutup pintu tingkap di situ dan menarik langsir menyelubungi seluruh jendela di situ. Barulah dia kembali ke arah katil.

Enak dibuai mimpi, Aerin sama sekali tidak terkutik sewaktu Ryu baring di sebelah dan membawa badannya ke dalam pelukan lelaki itu.

Satu kucupan hinggap didahi hangat itu.

Sambil dia mengusap tepi pipi itu,tangan bercincin Ryu mengusap-ngusap bahu terdedah Aerin yang berlambang merahnya dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience