CHAPTER 68 : Rugi

Fantasy Completed 5425

"Jadi isteri kamu tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku?"

"Hm."

"Kalau begitu Aerin akan berfikir kamu adalah musuh sebenar di sini?"Raja Evan menjungkit kening tidak percaya mendengar keterangan Ryu Fury sebentar tadi.

Sambil bermain dengan hujung pena pelepahnya, renungan dingin Ryu terarah pada peta yang terbentang luas di atas meja. Jari telunjuk tangan kanan menopang tepi pipi yang disiku atas arm rest kerusi.

"Kami sentiasa bermusuhan ayahanda. Sejak awal lagi."

"Adakah Aerin juga adalah Dragon Rider kamu?Menurut pengawal kamu sudahpun mengikat bonding?"

"Ya...beberapa bulan yang lalu, Secara paksa....sebab anakanda didorong dengan rasa cemburu."Ryu tersengih taktala mengimbas semula momen lepas sewaktu dia marking Aerin dengan lambang peribadinya.

"Hahaha...hati-hati Ryu. Perasaan benci itu boleh menjadi racun sekiranya dibiarkan lama."

"Anakanda tahu..."

"Apapun rencana kamu ayahanda sentiasa sokong kamu. Kamu tahu bukan itu Ryu.."

"Ya ayahanda."

"Baiklah. Jika sudah memberi kata putus. Kita akan mulakan serangan ke Xenthopia serta Bishop Harman pada minggu hadapan. Adakah Anakanda mahu mengetuai serangan terakhir itu?"

Ryu merenung wajah Raja Evan dengan lama tanpa mengatakan apa-apa.

END OF FLASHBACK

Butang yang menggantung mantel pada bahu ditanggalkan Ryu sebelum dia menyerahkannya kepada dayang yang mengiringi kepulangan di istana pada malam itu.

"Bagaimana dengan permaisuri Aerin?"soalnya setelah bertembung dengan pengawal yang bertanggungjawab memantau Aerin.

"Tuanku ada di kamar beradunya sejak tengah hari tadi. Permaisuri Aerin enggan makan walaupun dayang datang menghantar makanannya."

Apa dia?Ryu memaling kepala ke tepi dimana pengawal itu sedang berdiri. "Kenapa?"

"Sepertinya Permaisuri Aerin berduka hati kerana dia tidak dapat menggunakan kuasanya lagi. Jadi dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa atau menjamah apa-apa sejak tengah hari tadi."

Ryu pandang ke arah pintu bilik bersama hela kesal lepas darinya. Serius?Kenapa Aerin bersungguh mahu menggunakan kuasa yang hanya akan meletakkan isterinya itu dalam bahaya!?

Klik!

Pintu terbuka ke dalam.

Ryu berjalan masuk dengan langkah yang senyap ke bilik tidurnya. Ingatkan isterinya sedang lena. Sekali dia melihat Aerin duduk di atas katil menghadap pintu. Tangan bersilang di dada, kaki panjangnya terdedah dari jubah satin panjangnya. Sambil berjalan sambil itu sarung tangan hitam di tanggalkan dari kedua belah tangannya.

"Wow....tak tahu pulak aku yang kau akan sambut kepulangan aku dengan penampilan ni?"sengih Ryu dengan meleret.

Aerin sekadar menjeling akan Ryu sewaktu lelaki lampai itu berhenti di hadapannya sambil gerak menanggalkan jubah luar diraja diikuti dengan tali pinggang.

"Aku dengar kau meragam buat perangai satu hari ni?Kenapa?Adakah kau mula hendak memberontak pada aku dengan berlapar?"pakaian yang telah ditanggalkan tadi dia campak ke atas katil sebelah Aerin.

Mata Aerin meneliti pergerakkan Ryu sehinggalah suaminya itu tidak berbaju. Mendedahkan tubuh sasa dan berseluar sahaja di hadapannya. "Tak ada kuasa aku nak bazirkan tenaga aku dengan memberontak pada lelaki kejam seperti kau Ryu.."jelingnya dengan tajam.

"Hahaha...kan. Aku pun hairan jugak lepa dengar pengawal di luar memberitahu aku yang kau taknak makan-makan apa sejak siang tadi...kalau bukan memberontak, alasan apa yang buatkan kau taknak makan?"

Aerin melepaskan hela nafas sewaktu bangkit dari duduknya lalu berdiri rapat di hadapan Ryu. Dia tenung wajah suaminya dengan perasaan marah dan geram yang menggebu. Tapi yang hairannya dia tidak dapat mengangkat tangan apalagi menyakiti Ryu terdesak macam mana sekalipun dia rasakan sekarang!

Tidak menunggu lama Ryu lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Aerin dan menarik tubuh itu merapat kepadanya. "Memangnya ada apa sampaikan kerutan di kening kau hampir buatkan ianya bercantum??"dia lurutkan kerutan di tengah kening Aerin dengan hujung jari telunjuknya.

Untuk seketika Aerin diam merenung wajah Ryu, tidak cuba hendak menepis sentuhan yang sering membuatkan dia mencair di dalam pelukannya.

"Beritahu aku...apa yang kau dah lakukan pada diri aku?Sihir apa yang kau gunakan sampai aku tak dapat nak rasa sebarang kuasa dalam diri aku?"

Lalu Ryu memegang tepi rahang kanan Aerin untuk mendongakkan kepala itu supaya memandangnya.

"Pendinding. Ianya sihir biasa sekiranya naga ingin melindungi pasangan mereka. Kenapa?Adakah sihir tu buat kau tak selesa?"mata Ryu turun ke rantai yang terpasang di leher Aerin. Rasanya dia telah gunakan kuasa sihir yang sesuai dengan tubuh Aerin. Takkan Aerin terjejas kerananya?

Jadi memang betul la Ryu mengenakan sihir terhadap dia?

"Pendinding?Sampai sekat kuasa aku?Kau tahu tak betapa tertekannya aku sejak tak dapat merasai aliran kuasa di badan aku kebelakangan ni?"deram Aerin memegang geram akan bilah bahu Ryu saat kedua-dua tangannya hinggap di badan tidak beralas itu.

"Itulah fungsinya untuk mendindingkan kuasa kau dari mengalir di tubuh kau?"sengih Ryu lagi. "Jadi alasan kenapa kau taknak makan adalah kerana kau tak dapat nak gunakan kuasa kau?"

Nafas Aerin mula naik turun kerana cuba mengawal perasaan berasak-asak dalam dada Ketika itu.

"Seronok ya kau permainkan aku macam ni??Memangnya aku ni isteri atau tahanan?Kenapa kau sekat semuanya dari aku?Kau sekat aku dari mengetahui hal sebenar, kau sekat aku dari tahu apa yang ada dalam fikiran kau, kau sekat setiap pergerakkan aku dan kuasa aku?"

Wajah berang Aerin membuatkan Ryu menggigit bawah bibir kerana tertarik kerananya. Matanya merayap ke sekitar wajah itu dengan minat. "Bila masanya aku permainkan kau Aerin. Kau tahu bukan betapa pentingnya kau untuk aku...sudah semestinya kau adalah isteri aku."ucapnya sebelum memberi kucupan di pipi kiri Aerin beberapa kali sebelum gerak mengucup hujung hidung itu pula.

Menjeling geram Aerin dibuatnya. Pandai la bercakap!Ingat dia nak terpujuk!Takkan! Dia tampar tepi lengan Ryu sebelum berkata. "Kemudian izinkan aku menggunakan kuasa aku semula. Sekejap pun tak apa. Aku cuma nak pastikan aku masih mempunyai kuasa aku..."

"Sudah tentu. Tapi dengan satu syarat.."Ryu pandang menggoda ke Aerin sebelum menolak lagi tubuh Aerin hingga dada mereka saling bertemu dan nafas mereka saling berlaga. "Katakan yang kau cintakan aku..."bisiknya di depan bibir itu.

Tertahan nafas Aerin dibuat Jarak dan lingkaran di tubuhnya saat itu. Dia tidak berkedip dari membalas tatapan Ryu. "Tidak. Kau suruh la aku buat apa-apa,kecuali itu."

"Kau tak cintakan aku?"

Mana mungkin dia akan mengatakannya secara terang-terangan pada Ryu. Kalau Ryu tahu yang dia juga mencintai Ryu, suaminya ini pasti akan gunakannya untuk mengawal dia lebih lagi! "In your dream..."lafaznya sebelum tersenyum.

"Hahahaha.....kau pasti?"ketawa Ryu sebelum mengucup sekilas bibir Aerin lalu tunduk ke ceruk leher Aerin. "Sebab dengan cara tubuh kau respon setiap sentuhan aku memberitahu aku hal sebaliknya.."dipagut kulit leher itu.

Tsk!Tak guna betul!Aerin menjuling mata kejengkelan sambil menggigit bawah bibir menahan sabar. Ryu tahu aje cara untuk buatkan dia Nampak lemah di mata lelaki ni? "Kalau macam tu beritahu aku, adakah kuasa aku lenyap selepas serangan Xenthopia berlaku?"

Ryu mengundurkan mereka berdua ke katil selangkah demi selangkah sambil itu. "Tak...kuasa kau masih ada. Tersimpan dengan selamat. Selagi kau masih mengenakan sihir pendinding tu, selagi tu kau akan hidup seperti manusia biasa..."

Tiba-tiba Aerin dikejutkan dengan tubuhnya tumbang mendarat ke atas tilam dan Ryu berada di atas badannya. Dia tidak terkejut dengan Tindakan Ryu ,tapi terkejut dengan apa yang diberitahu Ryu.

"Masih ada?"pandangnya dengan kaku ke kanopi katil. "Aku masih mempunyai kuasa aku?Kau tak tipu kan?"

Ryu mengangkat kepalanya dari leher Aerin lalu memandang wajah di bawahnya Bersama nafas tidak menentu. "Pernah ke aku tipu kau?"soalnya menunduk ke bawah lalu melagakan hujung hidungnya ke hujung hidung Aerin manja-manja.

Terkedip-kedip mata Aerin dibuat Tindakan itu.

"Kenapa kau risau mengenai kuasa kau sekiranya ada aku di sisi kau Aerin?"Ryu berbisik merayu depan muka itu.

Gila tak risau. Mesti la risau!Sesiapa ditempatnya akan berasa khuatir sekiranya hidup di dunia magika ini sebagai manusia biasa. "Sebab aku takut kau akan buang aku kalau aku bukan sesiapa.."jujurnya geram.

Tawa menggetar dada bidang terdedah Ryu. Lelaki itu terus jatuh menghempapkan tubuh sepenuhnya ke atas badan Aerin dan melingkarkan tangan ke sekeliling badan itu. "Aku terima kau seadanya Aerin. Ada kuasa atau tanpa kuasa. Jadi tak perlu risau mengenai kuasa kau tu..."

Slap!

Slap!

Slap!

Belakang badan Ryu di pukul Aerin dengan terdesak

"Nghhh!Berat!Kau berat!Bangun dari aku!Ahhh!"

Semakin erat Ryu memeluk badan Aerin saat membenamkan mukanya ke ceruk leher itu. "Maafkan aku Aerin. Bukan aku nak biarkan kuasa kau terkunci begini. Ianya demi kebaikan kau sendiri supaya Bishop Harman tidak mengesan keberadaan kau menggunakan kuasa kau."fikir Ryu dalam kepalanya.

"Bangun lekas Ryu!Kau belum mandi lagi!!"Aerin mencengkam rambut belakang kepala Ryu terdesak inginkan Udara. Kalau Ryu dah cakap begitu, tiada apa yang dia perlu risaukan la maknanya. Kalau kuasanya masih ada, ya sudah!Lagipun dia cuma nak tahu aje.

"Hahaha...mandi dengan aku kalau macam tu.."

"Aku dah mandi!Kau mandi la sendiri...."

"Kalau macam tu aku tak nak mandi.."

"Dah la!Bangun!Kau ingat badan kau ringan macam kapas ke!Berat tau tak!"ngerang Aerin bergelut di bawah badan Ryu dengan susah payah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience