*FILTER VERSION*
Selepas apa yang terjadi di kabin, Aerin terus bergerak pulang bersama Brianna untuk ke Xenthopia untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan penduduk di Cardamom. Sempat juga mereka minta diri dengan ketua kampung terlebih dahulu sebelum itu. Selepas itu Brianna diceritakan dengan hal yang berlaku. Tetapi tidak kesemuanya. Aerin hanya ceritakan sedikit saja kerana enggan menyulitkan lagi situasi memandangkan dia gagal selesaikan misi.
Dua hari perjalanan pulang dengan berkuda akhirnya Aerin dan Brianna tiba dengan selamat ke Xenthen semula. Kepulangan mereka itu tidak disedari sesiapa pun kerana mereka tiba pun waktu subuh. Orang pun belum bangun lagi.
Tapi Aerin tidak bertemu terus dengan sesiapa kerana tugasnya belum selesai lagi. Hanya Brianna saja yang dia suruh pulang dan rahsiakan segalanya sehingga Aerin selesaikan semuanya. Mulanya Brianna bantah, tetapi selepas di tegaskan dengan Aerin, dia menurut jugak. Akhirnya Brianna balik ke asramanya.
Dan Aerin meneruskan misinya. Iaitu mencari tahu tentang Naga Lambang Merah.
Langkahnya di atur ke dalam perpustakaan. Berniat hendak mencari tahu apa-apa maklumat mengenainya. Seharian Aerin menghabiskan masa dalam perpustakaan. Dari lilin panjang menjadi pendek. Tetapi dia hanya bertemu dengan jalan buntu apabila tiada satupun sumber yang mengandungi sejarah atau maklumat mengenai haiwan mistik tersebut.
"Mana lagi aku nak cari ni?"keluh Aerin sambil menggaru bahu kirinya yang semakin pedih dirasakan. Susah betul dia nak fokus kalau lama-lama macam ni!
Menyusuri laluan belakang bangunan perpustakaan kini Aerin dalam perjalanan untuk menemui Ryu. Sebolehnya dia enggan berurusan dengan lelaki tu. Tapi selain Ryu, Aerin tidak dapat temui sesiapa di dalam kawasan akademi kerana kerjanya belum selesai. Nak tak nak terpaksa dia menghendap sana dan sini seperti pencuri. Nak minta tolong pada Bishop Harman, takut dia pula yang dimarahi. Maka pilihan terakhir yang ada hanya la naga menjengkelkan itu.
Entah kenapa ya sejak mereka bertemu, Aerin perasan semua urusan dia tak pernah satupun berjalan dengan lancar?
Perlahan-lahan Aerin intai kepala dari balik rumpun pohon renek setinggi tiang itu ketika tiba di kawasan bangunan menara istana dimana sepatutnya Ryu menginap. Macam mana dia tahu?Entahlah firasat dia yang beritahu, dia Ikutkan aje.
Dan..dan memang betul sangkaannya Ryu berada di situ.
Semasa Aerin lihat, Ryu sedang bercakap dengan sekumpulan tentera sebelum kumpulan itu berarak pergi dari situ dan Ryu masuk ke dalam mendaki tangga.
Aerin berlari ke arah yang sama hendak mengejar langkah lelaki tu. Kebetulan masa itu waktu makan tengah hari. Memang tiada satu kelibat staf istana ke hulu atau hilir kawasan tu.
Tiba di koridor luas, Aerin menyorok di tepi tiang sebelum intai ke mana Ryu pergi. Lelaki itu belok ke kanan. Dia pun berjalan laju ke arah yang sama. Bila Aerin tiba di selekoh dan membelok dia dikejutkan dengan susuk lampai Ryu sedang berdiri di dinding dengan tangan bersilang di dada.
Melompat terkejut Aerin apabila dia melihat Ryu di situ. Matanya terbutang kaku. Nafas pula ditahan dengan dalam akibat terperanjat.
Macam mana-
Ryu pun mengangkat kepalanya sebelum berpaling memandang Aerin. Hujung bibirnya terjungkit mengejek. Well...well...tengok siapa yang awalnya kata suruh jauhkan diri sekarang datang menemuinya?
"Apa kau buat dekat sini Aerin?"
Untuk sesaat Aerin baru sahaja hendak beri kata balas menyakitkan hati, tetapi terpaksa di batalkan apabila dia sedar yang dia memerlukan Ryu.
"Jangan buat-buat tanya. Kau tahu kenapa aku dekat sini?"beritahunya saat menggaru lagi bahu kiri. Keningnya berkerut tidak puas hati.
Mata Ryu terus mengerling ke tangan Aerin saat Aerin menggaru bahu kiri. "Tak. Aku tak tahu."dia tolak badan dari bersandar dan mula berjalan.
Lantas Aerin ikut dari belakang. "Jangan cari pasal dengan aku Ryu. Kerja aku belum selesai ni. Dan aku perlukan bantuan dari kau..."desisnya dengan keras kerana tidak dapat meninggikan suara.
Ryu di hadapan berdengus kecil sambil tersenyum puas. "Setahu aku la...kau beritahu supaya aku jangan dekati kau lagi kan? Kemudian kenapa kau datang mencari aku?"
"Memang la...itu kau, bukan aku.."Aerin pandang kanan dan kirinya dengan resah. Takut di lihat orang.
Setelah tiba di depan pintu biliknya Ryu pegang tombol pintu dan menonong masuk ke dalam tanpa menghiraukan Aerin di belakang.
"Hei!Kau dengar tak apa aku cakap tadi!"Aerin pegang pintu dan terus masuk ke dalam tanpa fikir panjang.
Setelah itu Ryu berdiri di situ. Menyilang tangan menghadap Aerin. "Apa kau dah buat dekat luar sana Aerin?"
Tangannya kembali menggaru bahu. "Apa?Aku buat kerja aku la. Apa lagi?"balas Aerin saat melihat sekitar bilik itu. Ianya hanya satu ruang yang luas. Tiada bilik lain. Di situ katil situ meja kerja, di situ ruang tamu. Ada sebuah meja untuk meletakkan pinggan dan jag air serta cawan. Lalu almari baju.
"Boleh tak berhenti menggaru..."Ryu mengeluh. "Ianya takkan hilang sekalipun kau garu banyak kali..."
"Kalau macam tu lakukan sesuatu mengenainya!Kau tahu tak betapa terseksanya aku beberapa hari ni?"
"Kau takkan suka kalau aku lakukannya.."
"Apa kau cakapkan ni?Kau yang tinggalkan lambang merah ni dekat bahu kiri aku...dan sekarang apa?Kau tak nak?"ujar Aerin dengan bengang.
Mata Ryu mengerling ke leher Aerin. Tempat dimana Aerin dicekik. Macam mana la Aerin sertai misi tapi tak tahu seni pertahankan diri dengan betul?
"Hello!Mata aku dekat sini...bukan dekat tempat lain!"sergah Aerin apabila dia perasan ke mana perhatian Ryu waktu itu.
"Janji dengan aku satu perkara."Ryu pandang Aerin masih menyilang tangan di dada.
"Apa lagi?"
"Lepas ni kau tak boleh keluar jalankan misi jauh daripada aku lebih dari tiga hari. Kalau tidak hal sama akan berulang. Kecuali aku ada bersama dengan kau."pesan Ryu.
"Suka hati kau buat syarat kan. Kau ingat pilihan aku ke sama ada nak jalankan misi ataupun tidak?Fikir balik salah siapa semua ni berlaku!?"Aerin begitu terdesak hendak membaling kasut ke muka Ryu saat ini. Sekali lagi dia menggaru bahu kiri. Kan mereka sudah berada jarak yang dekat. Kenapa lambang merah ini masih pedih?
"Sini."Panggil Ryu tidak lama lepas tu.
Aerin skeptikal. Dia pandang curiga ke Ryu atas bawah. "Kenapa?"
"Ke sini aje la.."
"Kau jangan macam-macam ya!Siap kalau kau buat yang bukan-bukan."
Ryu buat muka. Malas hendak membalas.
Perlahan-lahan Aerin atur langkahnya ke arah Ryu. Satu langkah ke satu langkah sehingga la dia tiba di hadapan susuk lampai tersebut.
"Aku dapat rasakan kesakitan kau masa kau di cekik...tapi melihatkan kau balik dengan selamat macam ni, nampaknya misi kau telahpun selesai?"Ryu pegang tangan Aerin lalu dia berjalan ke arah sofa.
"Tak adanya selesai.."gerutu Aerin ambil tempat di sofa tu selepas Ryu dorong dirinya agar berbuat begitu. "Semuanya berserabut...gara-gara ahli sihir putih yang bertanggungjawab dalam masalah dekat sana terbunuh. Aku berakhir di sini bersama kau!"jelingnya sebaik saja Ryu duduk di sebelah.
Ryu tersenyum. Dia pegang dress kemeja Aerin lalu di buka ikatannya. "Bukan ke Brianna ada bersama dengan kau?Kenapa tak nak mintak tolong dia sekali masa kau bertarung?"
"Senang kau bercakap?Lepas apa yang berlaku, kau fikir aku akan ambil risiko dengan membahayakan budak tu?Dan apa kau cuba buat ni?"Aerin pegang tangan Ryu apabila lelaki itu cuba membuka kemeja dari badannya.
"Bantu kau...buat apa lagi?"Ryu pandang tepat ke mata Aerin. "Tak nak?"
Untuk lima saat Aerin balas tatapan Ryu sebelum dia terasa hendak menggaru lagi. "Jangan melebih ya.."pesannya dengan serius.
Ryu balas dengan sengih meleret.
Bila kemeja itu di tolak ke belakang, kain itu turun melurut ke bawah. Mendedahkan badan Aerin yang dipenuhi lebam akibat pergelutan.
"Beritahu aku...apa maksud Lambang Merah dekat bahu aku ni?"tanya
"Kenapa kau nak tahu?"
"Sebab aku nak tahu...kalau tak, mana adanya aku tanya kau?Boleh tak berhenti jawab soalan dengan soalan?"
Perlahan-lahan Ryu tarik Aerin merapat kepadanya saat dia silakan sebelah kaki di atas sofa dan menghadap Aerin. "Tanda pengenalan aku..."
"Tanda pengenalan?"Aerin diam tidak menolak.
"Mm.."
Aerin tersentak. "Lambang naga kau?"soalnya.
"Tubuh kau memberontak sebab berjauhan dengan aku. Jadi lambang di bahu kau tu akan pedih kalau kau tak buat sebarang kontak dengan aku dalam jangka masa yang lama..."jelas Ryu alasan kenapa dia buat begitu.
Aerin hanya diam di atas riba itu sewaktu Ryu melingkarkan tangan ke sekeliling pinggangnya dan buatkan dia terpaksa bertemu muka dengan Ryu.
"Berapa lama?"
"Sampai kau rasa okay.."sengih Ryu dengan manja.
Gulp!Aerin menelan air liur gemuruh. Jantung di tempat Ryu sandarkan dahi ketika itu berdegup laju. Dia tak tahu perasaan dia ni sebab dia gemuruh atau disebabkan bonding yang ada di antara mereka. Apa yang pasti dia betul-betul berdebar sekarang ni!
"Beritahu aku tentang Naga Lambang Merah kalau macam tu?"soal Aerin selepas sedar mengenai sesuatu.
Ryu menjauhkan kepalanya dari leher Aerin hairan dengan soalan itu. "Apa aku akan dapat kalau aku beritahu kau?"bisik Ryu di depan bibir Aerin. "Adakah aku akan dapat ganjaran dengan membantu kau selesaikan misi kau?"
Aerin terpaku kerananya. "Bergantung.."jawabnya turut berbisik.
"Kalau macam tu, satu maklumat satu ciuman."aju Ryu.
"Pandai kau ambil kesempatan dalam kesempitan aku?"
Ryu ketawa kecil dibuat kenyataan itu."Hidup kena bijak Aerin...?Kau mahu?"senyuman lagi selepas itu. Jarinya menggosok-gosok belakang badan Aerin dengan perlahan. Saat itu barulah dia dapat merasakan lega dan sakit yang Aerin tanggung juga semakin surut.
Tanpa mengalihkan renungannya pada mata Ryu, Aerin diam di situ seketika membuat pertimbangan. Kalau dia tolak, dia takkan dapat maklumat. Lagipun kiss aje..bukannya susah sangat!
"Okay."angguknya.
Ryu mengangguk. "Okay. Kau nak tahu apa?"
"Naga Lambang Merah ni naga jenis apa?"
"Red Sapphire. Sejenis naga yang sangat jarang didapati tapi sangat berkuasa di medan perang. Raja antara raja. Orang panggil. Buas dan tak boleh dijinakkan. Tapi boleh dikawal dengan Dragon Whisperer."
Kening Aerin terjungkit. Jadi sebab itulah Ahli Sihir Putih tu kata yang Naga Lambang Merah ni perlu dihapuskan?Sebab ianya berbahaya!?Kalau macam tu- "Adakah naga seperti itu masih wujud?"
"Na'ah...satu soalan satu ciuman."
Tsk!Tak boleh nak bagi peluang langsung la! "Tak menyabar betul." Aerin buat muka sebelum dia kucup pipi kanan Ryu."Dah."
Ryu tertawa kecil. Ganas betul. Itu cium ke lagakan pipi dia dengan bibir tu?"Ingat sekali dah cium tak boleh cium lagi di tempat yang sama."
Melebih betul kan mamat ni?Aerin pandang jengkel sebelum dia bawa tangannya naik ke bahu Ryu sebab tak selesa dibiarkan tergantung di tepi dalam keadaan rapat begitu. "Jawab soalan aku tadi."
"Untuk tu aku tak dapat nak jawab. Sebab tak ada siapa tahu mengenainya."
"Jadi kau ni bukan Night Fury tapi Red Sapphire?"
"Hahah...satu soalan Aerin."Ryu mengingatkan semula. "Tapi kalau kau beri ciuman yang lumayan. Aku akan izinkan kau tanya dua soalan."
SLAP!
Aerin pukul dada Ryu kerana cadangan itu.
"Kenapa kau pukul aku?"Ryu ketawa.
"Beritahu aku..."
"Tak nak..."Ryu menggeleng kepala main-main.
Ugh!Aerin buat muka berserah. Hendak di lawan pun tak ada gunanya. "Okay. Dua soalan."mintanya dengan nada serius.
"Deal..."
"Mmph!"Aerin tersentak kerananya. "Ryu!"gumamnya.
Barulah Ryu menjarakkan kepala Aerin ke belakang. "Apa?"pandangnya berkedip bingung.
"Soalan aku."
"Kemudian aje la..."Ryu tolak kepala Aerin mendekat kepadanya semula.
Tapi Aerin letak tanggan di depan mulut Ryu. "Soalan pertama. Siapa kau?Red Sapphire atau Night Fury?Soalan kedua, macam mana aku nak dapatkan Darah tulen Naga Lambang Merah tu?"
"Soalan pertama adalah yang kedua. Soalan kedua adalah tiada."
Tangan Aerin naik memegang kedua belah bahu Ryu. Tetapi ianya hanya buatkan lelaki itu menumbangkan badannya ke atas sofa sebelum tubuhnya di himpit dari atas dan terperangkap dalam pelukan erat Ryu.
"Hentikannya Ryu. Ada nyawa yang aku perlu selamatkan!"ngerang Aerin cuba menolak tubuh kekar itu bangun darinya. Tapi Ryu enggan bangun malah semakin menghempapnya lagi ada la.
"Mereka takkan apa-apa..."Ryu tunduk ke ceruk leher Aerin lalu mengucup beberapa kali di situ.
"Apa maksud kau mereka takkan apa-apa? Ahli Sihir Putih tu sendiri cakap yang penduduk dekat situ bakal berubah menjadi manusia kalau tak diberi penawarnya...dan penawar tu adalah Darah Naga Lambang Merah.."
Ryu ketawa. Bila dia angkat kepala dari ceruk leher Aerin, dia pandang muka di bawahnya dengan senyuman nakal di bibir. Comel aje muka cemas Aerin. Nampak sangat la betapa komitednya Aerin dalam tugas yang diberikan.
"Kenapa kau senyum?"kerut Aerin kehairanan.
Sambil mengusap tulang pipi Aerin dengan tepi jari telunjuknya, Ryu berkata.
"Badan naga boleh tapis racun...cuma kesan sampingan racun itu akan ambil masa yang lama untuk hilang. Jadi kau tak perlu risau. Mereka akan baik-baik saja dalam masa terdekat. Memandangkan kau dah tahu puncanya dan bunuh ahli sihir putih tu. Jadi lambat laun kesan sampingan tu akan hilang...."
"Macam mana kau yakin ianya akan sembuh sendiri?"
"Sebab aku pun naga. Kau tak tahu berapa banyak kali aku diracun dengan pihak musuh.."
Share this novel