BAB 61

Romance Completed 438988

Mikayla mengemas baju-baju yang terdapat di dalam almari bilik hospital.Dia sudah berura-ura untuk beredar dari situ secepat mungkin.Tidak sanggup lagi mahu berhadapan dengan lelaki bernama Tengku Haqiem.Dia sudah cukup muak dengan perangai dan muslihat lelaki itu.Sudahlah beberapa kali dia di tipu,sekarang dia bukan lagi Mikayla yang dulu.

Gadis yang lemah dan mudah dibuli sesuka hati.Sekarang dia sudah bangkit mahu meneruskan sisa hidupnya yang berbaki.Biarlah dia hidup dengan bahagia walau sekali.Hatinya sudah tertutup rapat.Dia mahu mengelak daripada lelaki itu buat selama-lamanya.

Mikayla mencabut jarum yang menyucuk di belakang tangannya lalu dicampakkan ke tepi.Dia mengangkut beg yang sudah berisi baju dan sudah bersedia untuk pergi.Namun,langkahnya terhenti di kala ada yang mengetuk lalu membuka pintu bilik itu tidak lain tidak bukan Tengku Haqiem.

Lelaki itu memandangnya dengan penuh kehairanan.Mahu kemana gadis itu lagi.Sedangkan keadaannya masih belum pulih.Dia merapati gadis itu sehinggakan gadis itu terduduk di birai katil.

" Sayang nak pergi mana ni dengan beg apa semua?" tanya Tengku Haqiem lembut.Gadis itu tidak menjawab sebaliknya dia bangun lalu berjalan ke arah pintu bilik.Segera lelaki itu mencapai tangannya pantas.Gadis itu merentap tangannya semula dengan kasar.

" What do you want ?! " marah Mikayla kasar.Sedikit pun wajah suaminya tidak dipandang.Bertambah sayu hatinya sebagai seorang suami.

" Please.Sayang tak sihat lagi.Ingat apa doktor kata.Sayang kena buat kimoterapi dulu.Keadaan Kayla masih belum stabil lagi." jawab Tengku Haqiem lembut.Cuba meredakan hati sang isteri yang panas.

" Aku tak perlukan nasihat daripada kau.Kau boleh berambus dah kot daripada sini dan mulakan hidup kau yang baru dekat sana.Biarkan aku dengan mummy tinggal dekat sini.Jangan kacau kita orang." balas Mikayla panjang lebar.Nadanya berbaur kasar.Tengku Haqiem menghela nafasnya lalu memulakan bicara.

" Abang tahu Kayla masih tak boleh terima abang.Tapi,abang nak Kayla cepat sihat.Macam dulu.Lepastu,abang nak bawa Kayla jalan-jalan satu dunia ni.Kita habiskan masa kita bersama.Just you and me." pujuk Tengku Haqiem lagi.

" Dengar apa yang abang nak bagitahu Kayla.Bagilah abang berapa juta wanita pun tapi wanita yang ada di hadapan abang ni sudah cukup untuk buat abang bahagia.Bencilah abang macam mana pun sayang sebab abang tahu abang punca segala ni berlaku.Abang banyak salah dengan sayang.Abang minta maaf.Tapi,abang janji dengan diri abang,abang akan curi hati isteri abang ni sampai abang berjaya buat Kayla jatuh cinta dengan abang semula.Trust me that i really love you,Mikayla binti Mustapha." luah Tengku Haqiem ikhlas sambil memegang kedua-dua bahu isterinya.Dia menatap mata isterinya dengan penuh kesyahduan.

" Abang panggil doktor kejap.Sayang baring sini dulu." kata lelaki itu lalu menepuk katil tersebut.Entah apa yang merasuki dia sehinggakan dia hanya menurut sahaja kata suaminya.Lelaki itu menapak ke arah luar semula.

Mary Jonson sudah bersiap-siap untuk melawat anak angkatnya di hospital.Setiap malam,dia akan menjaga gadis itu.Namun,setelah beberapa kali Tengku Haqiem meminta dia mahu menjaganya,namun dia akur walaupun hanya sekejap sahaja lelaki itu menjaga di kala siang.

Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.Dia menelefon Uncle Hong untuk menjemputnya dengan teksi.Maklumlah,lelaki cina itu juga duduk berhampiran dengan kawasan rumah mereka.Jadi,hubungan mereka sekeluarga sudah menjadi rapat dan jika ada apa-apa,dia mesti menghubunginya terus.

Dalam beberapa minit sahaja,teksi sudah kelihatan.Dia membuka pintu belakang teksi itu lalu meloloskan dirinya di dalam perut kereta.Teksi itu memecut meninggalkan perkarangan rumahnya dan menuju ke hospital yang terletak di pekan.

Amin duduk termenung di kantin kilang.Jarinya ligat bermain straw dan sesekali air sirap itu disisipkan.Sejak dua menjak ini,perangainya agak berubah sedikit sejak ketiadaan Mikayla.Entah apa yang dia fikirkan pun tidak tahu.Dia banyak mendiamkan diri dan apabila seseorang bertanya,dia hanya menjawabnya acuh tidak acuh sahaja.Nurul yang ternampak akan kelibat kawan baiknya itu segera menepuk bahu lelaki itu kuat.Terhinjut bahunya sedikit lalu wajahnya dipalingkan menghadap gadis itu.

" Kau kenapa,Min?" tanya Nurul seraya menarik kerusi dan duduk di sebelah lelaki itu.

" Tak ada apalah." jawab lelaki itu lemah.

" Jangan nak bohong aku la.Aku dah kenal kau lama dah,Min.Ni mesti pasal Mikayla kan? Aku perasan perangai kau lain sejak kau nampak boss kita tu bawa dia keluar kan time kebakaran hari itu?" tanya Nurul melulu.

" Ishh kau ni.Memandai je." balas lelaki itu semula.Tangannya bermain dengan straw semula.Nurul hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya yang seorang itu.

" Aku pelikla.Apa hubungan Tengku Haqiem dengan Mikayla ? Sebab masa aku tengok haritu,dia orang macam kenal tau and muka Tengku masa tu nampak cemas dan takut sangat." tutur Amin sambil berfikir.

" Tulah.Aku pun perasan juga.Tapi,kita tak boleh terus buat kesimpulan.Kita kena tanya Mikayla sendiri.Bila kita nak pergi lawat dia ? " tanya Nurul.

" Esok cutikan.Jom esok kita lawat dia." ajak Amin .Matanya mula bersinar.Nurul hanya tersenyum pahit bila melihat jejaka pilihan hatinya betul-betul mengambil berat dengan keadaan sahabat baiknya lagi seorang.

" Buka mulut.Abang suap." suruh Tengku Haqiem.Dia menghadiahkan segaris senyuman manis kepada sang isteri.Namun,Mikayla hanya keras membatu.

" Please,makan.Nanti sayang sakit lagi.Abang tak nak sayang sakit." rayu lelaki itu lagi.Ada riak sedih terbit di wajahnya.

" Aku cakap tak nak,tak naklah.Kau ni tak faham bahasa ke?" jerkah Mikayla.Matanya mencerlung tajam memandang suaminya.

" Sayang makan sikit je." rayu Tengku Haqiem lagi.Tangannya disua-sua ke hadapan wajah gadis itu.Menyedarinya isterinya yang tiada respon,dia bangun daripada kerusi lalu duduk di birai katil itu.Wajahnya didekatkan ke wajah isteri.Segera gadis itu menjauh.

" Kalau sayang tak nak makan,is okay.Abang kiss sayang sekarang." ugut Tengku Haqiem lalu mula merapati gadis itu ke belakang.Bibirnya tersenyum.Menyedari tindakan sang suami,dia menolak dada lelaki itu.

" Ok fine.Aku makan ! " jawab Mikayla.Akhirnya,dia menyerah.Entah kenapa jantungnya berdegup.

" Good girl." puji lelaki itu sambil mendekatkan dirinya ke telinga gadis itu seraya tersenyum.Merah muka gadis itu dibuatnya.

Misi menambat hati isteri,starting now !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience