Tengku Haqiem memegang kepalanya yang terasa berdenyut sekali.Matanya menerawang ke sekeliling bilik itu lama.Cuba beradaptasi dengannya.Matanya kini kembali memandang ke arah gadis yang tersenyum di sebelahnya.
" Alhamdulillah.Abang dah sedar.Syukur ya Allah." ucap Mikayla lalu berura-ura untuk memanggil doktor.Bersyukur kerana Allah sudah mengabulkan doanya.Tidak henti-henti dia memohon semoga suaminya sedar secepatnya.
Akhirnya,Dia telah mengabulkannya.Belum sempat gadis itu memanggil,Tengku Haqiem sudah memintas.
" Kau...kau ni siapa ? " tanya Tengku Haqiem lemah.Wajahnya penuh dengan kehairanan.Terkejut Mikayla mendengar.Entah kenapa ada satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam urat darahnya.
" Abang ni bergurau pula." jawab gadis itu sambil ketawa geli hati.Waktu macam ini lah lelaki itu mahu bergurau senda dengannya.
" Aku dekat mana ni ? " soal lelaki itu lagi.
" Abang dekat hospital." balas Mikayla.
" Kayla panggil doktor kejap." pinta Mikayla.
" Aku tanya siapa kau ? " bentak Tengku Haqiem keras.Mikayla hanya meneguk liurnya yang terasa kelat.
" Ni Kayla,abang.Isteri abang." jawab gadis itu yang tiba-tiba sebak.Apa dah jadi ni ?
" Isteri ? Aku tak kenal kau.Arghhh." jerit lelaki itu sambil memegang kepalanya yang semakin sakit.Kedua-dua belah tangannya mencengkam kepala.Matanya berpinar.
Mikayla berundur sedikit ke belakang setapak demi setapak.Pintu dibuka dengan agak kuat oleh doktor dan jururawat yang merawat Tengku Haqiem.Dek jeritan lelaki itu yang kuat,mereka berpusu ke arah biliknya.
" Puan Mikayla,minta puan tunggu di luar ya." pinta doktor yang merawat Tengku Haqiem.Gadis itu segera mengangguk.Mary Jonson yang ternampak akan muka cemas gadis itu segera menerpanya.
" What's wrong,Mikayla ? " tanya Mary Jonson ingin tahu.
" I...I don't know." balasnya lemah.Dia terduduk di atas kerusi itu.Sudahlah berita tentang keadaan kesihatannya yang semakin teruk ditambah pula Tengku Haqiem yang tiba-tiba berubah.
" Why dia tak kenal,Kayla ? Why ? " tanya Mikayla sendirian.
" What do you mean ? " tanya Mary Jonson inginkan kepastian.
" Haqiem.Dia tak kenal Kayla." nangisnya.
" Macam mana pula boleh jadi macam ni ? "
" Puan Mikayla.Kenapa Puan dekat sini ? Sepatutnya puan kena berehat dekat bilik puan.Puan kan tak sihat lagi." nasihat doktor itu yang baru lepas memeriksa Tengku Haqiem.
" Saya nak tahu keadaan suami saya."
Suraya dan Nurul hanya memandang antara satu sama lain.Dari tadi mereka berdua hanya menjadi pendengar setia mereka.
" Harap Puan Mikayla dapat bersabar.Tengku Haqiem mengalami amnesia akibat hentakan yang kuat pada kepalanya dek kemalangan tempoh hari.Jadi,ingatannya buat masa ini agak lemah."
" Saya harap puan dapat bersabar dan jangan terlalu push dia untuk dia ingat semua benda dalam suatu masa.Hal ini akan jejaskan lagi kesihatan dia." nasihat doktor itu lagi.
" Allahuakbar." Mikayla memegang kepalanya yang terasa sakit.Dadanya seperti dihimpit apabila mendapat khabar berita itu.
" Boleh pulihkan doktor ? " tanyanya.
" Yes,boleh.Macam yang saya beritahu tadi tak boleh nak terlalu mendesak dia.Maybe puan boleh bawa dia ke tempat yang selalu dia pergi.Bagi dia cool dan relax dulu."
Mikayla mengangguk lemah.Ada air mata yang mengalir.Matanya terasa berpinar semula.Kepalanya berpusing dan akhirnya dia rebah di situ.
Ketukan pada pintu bilik yang menempatkan Tengku Haqiem membuatnya sedikit terkejut.Dari tadi,dia hanya duduk termenung sendirian menghadap jendela.Sesekali dia memegang kepalanya yang terasa berat.Mungkin kesan daripada kemalangan tempoh hari.
" Okay tak bro ? " tanya James yang mula mendahului langkah sahabatnya yang lagi seorang.
" Ka.. kau James kan ? " soal Tengku Haqiem meminta kepastian.Kepalanya digaru.
" Ingat lagi kau dekat aku,bro.Aku ingat kau dah tak ingat langsung aku." balas James sambil memeluk erat Tengku Haqiem.
" Kita orang tadi dah dengar dah apa yang doktor cakap.Kau hilang ingatan waktu kejadian hari itu." balasnya lagi.
" Kemalangan ? Aku excident.Kenapa aku tak ingat apa-apa ? " tanya Tengku Haqiem serak.
" Memanglah.Tapi,yang tu aku pelik nama kita orang kau ingat pula kan." terjongket kening James memikirkan.Aiman Firdaus hanya mengangguk laju.
" Dan kau,Aiman Firdaus." kata Tengku Haqiem.Pelik.Nama sahabatnya boleh diingat pula.
" Sumpah kau ingat kita orang lagi,bro ?" tanya Aiman Firdaus tidak percaya.Biar betul Tengku Haqiem ni.
" Bolehlah."
" Selain daripada nama kita orang,apa lagi yang kau boleh ingat ? " duga James.Tengku Haqiem berfikir sebentar lalu memulakan bicaranya.
" James,Aiman Firdaus,mummy,Suraya,Nurul."
Aiman Firdaus dan James memandang antara satu sama lain dengan wajah kehairanan.Ada satu nama lain yang tertinggal.
" Tu je ? " tanya Aiman Firdaus.Dia menarik nafas panjang.
" Maksud kau ? " tanya Tengku Haqiem.
" Nothing,bro." lelaki itu cuba mengalihkan topik.
" Kau nak makan apa-apa tak?"
" Bolehlah.Beli kan je aku apa-apa."
" Nanti kita orang datang balik.Kau rest dulu"
" Kesian dekat kawan kita tu kan,Nurul." kata Suraya yang matanya ralit memadang Mikayla yang rebah.Kasihan gadis itu.
" Tulah.Aku pun kesian tengok dia.Baru nak bahagia,dah kena uji macam ni." balas Nurul lemah.
" Is okay.Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua.Aku yakin jodoh dia orang kuat." jawab Suraya bersemangat.
" Kau dah lama ke kenal Mikayla?" tanya Nurul.Cuba mengubah topik.Asyik topik sedih sahaja.
" Bolehlah.Sejak dia jadi isteri kepada boss aku." jawab Suraya ringkas.
" Laa,dia boss kau jugak ke?"
" Haah.Aku PA dia.Kau?"
" Aku?Aku hanya budak kampung je Su kerja dekat kilang hujung kampung.Suami dia pun boss aku jugak."
" I see.By the way,aku bukannya nak sibuk pasal rumah tangga dia orang,but macam mana dia orang boleh kenal?" tanya Nurul bisik-bisik.Risau ada yang mendengar.
" Yang tu memang aku tak tahu.But,first aku jumpa Puan Mikayla masa boss aku suruh aku teman dia pergi birthday party bestfriend kepada Tengku Haqiem,Aiman Firdaus."
" Tapi,yang pastinya dia orang kahwin atas dendam sahaja.Tup tup,jatuh cinta pula.Kalau hal ni,memang aku malas nak masuk campur sebab bakal laki aku je yang tahu kisah sebenar."
Nurul mengangguk tanda faham.Dari wajahnya,ada juga riak terkejut.Dia bukannya mahu menyibuk tetapi hanya mahu tahu cerita sahaja.Kalau nak tunggu gadis itu buka mulut,sampai bila-bila pun dia tidak akan cerita.Kenal benar dengan perangai sahabatnya.
" Aduh." Mikayla memegang kepalanya yang agak berat.Matanya dibuka lalu segera mengubah posisi kepada duduk.
" Arghh.Mana laki aku?" tanya Mikayla cemas.
" Kayla kau dah bangun.Kau nak air tak?" tanya Nurul risau.
" Aku tanya mana laki aku?" marah Mikayla.Ditanya lain dijawab lain.Emosinya ketika itu sememangnya masih tidak stabil.
" Laki kau ada je dekat bilik dia.Tadi kan ada doktor dah check dia.Kau macam mana?" tanya Suraya.
" Aku nak jumpa dia." Mikayla menyelak selimut yang membalut tubuhnya lalu memakai selipar.Dia mahu berjumpa dengan insan yang paling dia rindu.Sudah lama dia tidak bersamanya walaupun setiap hari dia pasti akan datang ke wad tersebut.
" Kayla janganlah degil.Kau tu baru je sedar.Nanti,kesihatan kau akan terganggu." nasihat Nurul dengan nada suara yang agak meninggi.
" Betul apa kata Nurul tu.Kayla kalau nak jumpa dengan Tengku Haqiem mestilah dalam keadaan yang sihat.Nanti,kalau dia tengok kau macam ni,mesti dia sedih." Suraya juga turut mengiyakan pendapat Nurul.
" Dah lewat dah ni.Esok pagi,kami bawa kau pergi jumpa dia." pujuk Nurul untuk menyedapkan hati.Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia hanya diam membatu.
" Mana mummy?" tanya gadis itu.Matanya melilau mencari wanita tua itu.
" Mummy balik rumah.Aku suruh dia rest dulu.Kesian dia.Penat nak jaga kau.Aku dan Suraya ada dekat sini temankan kau.Kalau nak apa-apa,kau panggil sahaja kita orang."
Bersyukur Mikayla dikurniakan dua orang sahabat yang sangat baik.Menjaganya dan menemaninya di kala dia sedang serabut dan sakit.Masih ada insan yang baik hati prihatin terhadap dirinya selain daripada Mary Jonson.
Mikayla merebahkan dirinya semula.Esok pagi-pagi lagi dia mahu berjumpa dengan suaminya.Malam ini,dia kena berehat untuk menenangkan fikirannya dan bersedia untuk menghadapi hari esok.
Amin menghantukkan dahinya pada dinding batu itu.Luka yang ada,dibiarkan begitu sahaja.Sesekali kedengaran dia ketawa,kadang-kadang menangis.Kadang-kadang,dia akan menjadi marah lalu mencampakkan kesemua barang yang ada.
Amin disahkan menghidap penyakit Skizofrenia yang teruk sejak duduk di dalam penjara itu.Ianya adalah satu penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan yang berterusan di mana pesakit akan mengalami halusinasi dan delusi tanpa dirawat.
Dia ditempatkan di sebuah hospital yang menempatkan pesakit sepertinya di situ.Mendengar sahaja khabar berita itu,Mak Tok seperti mahu pengsan.Tidak menyangka sebegini teruk keadaan cucunya akibat kecewa dengan cinta ditambah pula,dia selalu dibuli di dalam penjara yang menempatkannya.
" Kayla sayang...Kau dekat mana?Aku rindu kau la sayang." nangis lelaki itu sambil memegang kedua-dua belah telinganya.
" Diamlah ! Jangan kacau aku ! " marah Amin.Dia dapat mendengar ada suara halus yang sedang bercakap dengannya.
" Mana kau.Aku rindu kau.Sampai hati kau tinggalkan aku."
" Pergi sana lah ! Jangan kacau aku lagi."
Tiba-tiba,ada satu suara lagi.
" Dia tak cinta kan kau la Amin.Kau tu je yang perasan.Hahahaha." ketawa suara itu.Bergema bilik itu.Amin masih dalam posisi sama.Sedaya upaya dia menekup telingannya.
" Kau ingat dia nak dekat kau ke.Dahlah miskin.Bodoh.Hahahaha."
" Diamlah ! "
Kali ini,Amin menghentakkan sekali lagi dahinya pada dinding sehinga menyebabkan dahinya itu luka dan terkoyak sedikit.Jururawat yang lalu di hadapan biliknya itu segera membuka pintu itu lalu datang menerpa kepadanya.
" Doktor Muis." jerit jururawat itu dari dalam.Mendengar namanya dipanggil,segera dia datang bagi memberi bantuan.
* just reminder.klu ada salah minta maaf dlm bahagian medic or psikologi.ni apa yg sy tahu la.so that sy ada kaji sikit.klu salah im sorry*
Share this novel