BAB 51

Romance Completed 438970

Pagi itu Tengku Haqiem sudah bersiap-siap untuk ke mesyuarat tengah hari nanti.Sudah sebulan lebih dia tidak ke pejabat miliknya.Urusannya telah dipindahkan kepada rakan baiknya,James.Namun,ada beberapa projek yang memerlukannya untuk menyertai.

Dia menyarungkan kot berwarna biru pekat ke tubuhnya.Tali leher dibetulkan agar nampak kemas.Rambutnya diraup ke belakang menampakkan lagi kekacakannya yang menjadi idaman para wanita.

Dia melangkah menuruni anak tangga dan menuju ke arah ruang makan.Sejak dia di sana,jadual makannya agak terganggu sedikit memandangkan dia sibuk mencari isterinya.Namun,setelah dipaksa oleh rakannya,akhirnya dia mengalah setelah diugut James.

Villa itu terasa sunyi tanpa kehadiran isterinya.Dia memerhatikan keadaan sekeliling.Indahnya suasana jikalau ada isteri yang menghantarnya ke muka pintu.Menyalami tangannya dan menghadiahkan pelukan hangat.Namun,memori itu menjadi kenangan sahaja.

Sungguh hatinya terasa sebak saat pulang ke villa itu.Setiap masa,dia ternampak akan bayang-bayang sang isteri yang kadang kala tersenyum dan ketawa ke arahnya.Berjalan-jalan di sekitar ruang di dalam villa itu.

Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya menghadap meja makan.Air teh disisip sedikit dan dia hanya mengambil sekeping roti dan berlalu pergi.Sejak isterinya hilang,selera makan dia tiada dan hanya mengalas perutnya sahaja.

Dia perlu bergegas ke cafe yang menjadi lokasi mesyuarat mereka pada hari itu.Tidak tahu mengapa orang tua itu mendesaknya untuk bermesyuarat tentang projek besar antara kolaborasi syarikat mereka berdua.Takut terlepas katanya.

Cafe Indah menjadi lokasi mesyuarat mereka tengah hari itu.Dia memberhentikan kereta miliknya di hadapan cafe tersebut dan memasuki ruang yang sedikit terpencil dan tersorok.Mungkin mencari keselesaan saat bermesyuarat nanti.Dari jauh,kelihatan setiausahanya,Suraya dengan Dato'Murad sedang berborak seketika sambil menunggu kehadirannya.

Dia menapak ke arah mereka dan mula berjabat tangan.Mesyuarat yang melibatkan kerjasama antara syarikat Puncak Bayu Holding dan Murad Sdn.Bhd.Masing-masing mengutarakan pendapat tentang projek pembangunan infrastruktur nanti.Seperti biasa,Suraya tekun mendengar dan mencatat sedikit nota berserta maklumat yang cukup padat dan tepat.

" Thank you,Tengku Haqiem sebab sudi pilih syarikat I untuk bekerjasama dengan syarikat you.Sungguh I bertuah sebab dah lama I impikan untuk menggabungkan projek kita kali ini.Harap semuanya okay." kata Dato' Murad sambil membetulkan misainya yang mula memutih.

" Welcome juga Dato." balas Tengku Haqiem sepatah lalu menghulurkan tangannya sebagai tanda setuju.

" By the way,sorry again sebab I tak dapat nak follow you ke sana nanti.But,nanti pengurus I yang akan wakilkan I nanti.Esok I akan terus ambil flight ke Japan.Around 2 weeks macam tu baru I balik." balas Dato Murad lagi.

" Okay,no problem,Dato Murad.Lagipun nanti pengurus you boleh follow kita orang juga sebab nanti I bawa James dengan my secreatary sekali untuk ke sana.Don't worry." jawab Tengku Haqiem.Lelaki itu tua hanya mengangguk lalu meminta izin untuk pulang.

" Suraya.Lusa you follow I ke sana nanti untuk monitor tapak dekat sana.You naik dengan James,nanti I bagitahu dia.Now,ada apa-apa lagi?" tanya Tengku Haqiem.

" Okay boleh,boss.So far Tengku tak ada apa-apa meeting lagi.So boss nak masuk office or macam mana?" tanya Suraya pula.

" I nak masuk office kejap.Make sure,you bawa file-file yang berkaitan untuk kita bawa ke sana.Terus letak dalam kereta James.Nanti,you lupa pula." arah Tengku Haqiem dan beredar daripada situ.Suraya hanya mengangguk lalu membuntuti langkah majikannya itu.

Selepas dia pulang ke Kuala Lumpur,ini kali pertamanya menghadiri mesyuarat.Ikut dia memang akan serahkan kesemuanya kepada rakannya itu namun Dato Murad mahu juga dia menghadiri mesyuarat pada hari itu.Katanya dia bertuah sebab dapat kerjasama dengannya dan bukan senang orang tua itu nak dapat peluang sebegitu.Kereta Tengku Haqiem m eluncur laju meninggalkan Cafe Indah.

Mary Jonson duduk termenung di pangkin berhadapan dengan anak sungai.Matanya ralit melihat kanak-kanak yang bermandi manda di sana.Seronok betul mereka menghabiskan cuti sekolah mereka di kampung.Maklumlah,taraf kehidupan di situ agak miskin,jadi mereka tidak berpeluang untuk keluar dari kawasan kampung itu untuk bercuti ke luar negeri mahupun luar negara.

Di tangannya,terdapat sebuah kotak dan sepucuk surat berserta rantai.Jarinya erat memegang.Peninggalan arwah Marissa semasa di Melbourne,Australia.Ditatapnya penuh surat itu dan dihayati.Perlu atau tidak dia beritahu.Nanti jelah,bisik hatinya.

Pandangannya dilemparkan semula ke arah budak itu tadi.Dia tersenyum mesra lalu menapak semula ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.Sejak anak lelakinya itu berkahwin dengan arwah Marissa,dia sudah banyak mempelajari ilmu agama Islam dan membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Tambahan pula,sekarang dia duduk bersama Mikayla.Jadi tidak hairanlah kesempatan itu digunakan mereka setiap hari untuk ke surau berhampiran dan menunaikan solat secara berjemaah.Hatinya benar-benar terbuka saat mendengar ceramah daripada seorang ustaz.Alhamdulillah,Allah telah memberikannya hidayah semasa dia di sana.

done..malam nnti sy update lagi ye inshallah..harini x berapa sihat sgt

Share this novel

Esjasz Malek
2021-10-29 17:15:08 

x sabar nk tggu kisah seterusnye


NovelPlus Premium

The best ads free experience