BAB 24

Romance Completed 438988

Dushh ! !

Satu tumbukan tepat mengenai pipi kiri Danish.Lelaki itu meringis kesakitan apabila wajahnya ditumbuk oleh tidak lain tidak bukan Tengku Haqiem.

" Aku upah kau orang semua untuk awasi perempuan aku,tapi sekarang ni apa yang aku dapat ha sialll !" jerkah Tengku Haqiem bengang.Wajahnya yang sawo matang itu berubah kemerah merahan apabila dia mendapat tahu yang ada seseorang menikam Mikayla.Terkejutnya bukan main lagi apabila mendapat khabar berita itu daripada anak buahnya.

Bagaimana Mikayla boleh ditikam sedangkan ada banyak pengawal yang mengawasi setiap pergerakan di luar bilik ? Mesti mereka terlepas pandang.

Dadanya berombak ombak menahan kemarahan.Dia mengenggam jari jemarinya itu lalu menumbuk pula Kamal selaku pengawal paling dipercayainya yang kedua.Terduduk Kamal dibuatnya.Masing masing tidak berani bersuara dan tunduk menekur lantai.Wajah Tengku Haqiem tidak berani dipandang walau sekilas.Mereka semua tahu apa nasib mereka jikalau segala arahan yang dikeluarkan majikannya tidak dipatuhi.

"Bro,kau tak boleh buat diorang macam ni.Mereka terlepas pandang ni,bro.Kamal sendiri dah bagi alasan dekat kau," nasihat James kepada rakan baiknya itu.Risau barannya makin memuncak.Habis orang sekelilingnya dikerjakan.

" Kau orang memang bangsat ! Mikayla yang seorang tu pun kau tak boleh jaga,sedangkan korang yang ramai pun tak boleh handle doktor palsu tuu ! "teriak Tengku Haqiem di luar.Penghuni yang memandang mereka hanya memerhatikan daripada jauh.Takut mahu mencampur tangan.

"Campak mereka dekat gaung !," arah Tengku Haqiem tegas tanpa sedikit pun rasa kasihan.Wajah pengawal yang lain pucat macam tidak berdarah.Mengiggil mereka dibuatnya.

"Danish dan Kamal ! Aku bagi korang last chance.Kau orang tahu kan,aku takkan bagi peluang kedua dekat siapa pun.Tapi,kau orang jangan fikir yang aku tak sampai hati nak bunuh kau orang berdua.Aku bagi kau orang hidup sebab kau berdua paling aku percaya dan kau orang juga masih berhutang nyawa dengan aku.Sekali lagi kau tak ikut arahan aku,tanpa segan silu badan kau orang berdua yang aku kerat satu persatu.Faham?!" kata Tengku Haqiem keras.Amarahnya tidak dapat ditahan.Kecut perut mereka yang mendengarnya.

Masing masing hanya diam sambil mengangguk tanda faham.Dengan pantas,tubuh pengawal yang lain diheret masuk ke dalam van.Tengku Haqiem mengarahkan para pengawalnya yang lain mencampakkan pengawal yang bertugas menjaga Mikayla dicampakkan ke gaung.Tak ada sifat kasihan langsung dalam diri Tengku Haqiem.James yang berdiri di sebelah Tengku Haqiem hanya menggeleng tanda tidak setuju dengan keputusan rakannya.Kejam sungguh lelaki ini !

Tengku Haqiem mundar mandir di luar bilik Mikayla.Kepalanya begitu serabut.Dia masih menunggu khabar berita daripada doktor yang merawat Mikayla.Beberapa orang pengawal yang baru juga setia mengawasi pergerakan sekeliling.Risau perkara tadi berlaku semula.

Tengku Haqiem juga sudah mengupah seseorang untuk menjejaki lelaki yang menggelarkan dirinya Doktor Fizi.Segala bukti Kamal sudah beritahu kepada majikannya.Harap mereka cepat menemui siapa dalang disebalik semua ini.Kalau betulla mereka tidak puas hati dengan Tengku Haqiem,kenapa Mikayla yang menjadi mangsa?

Pintu diseret dengan perlahan lalu Tengku Haqiem segera mendapatkan Doktor Malik.Wajahnya sukar untuk ditafsirkan tetapi ada riak bimbang di wajahnya.Dia sendiri pun tidak pasti.

" Macam mana keadaan dia doktor?," tanya Tengku Haqiem cemas.

"Alhamdullilah,dengan izin Allah keadaan Mikayla sudah stabil.Apa yang ajaibnya,dia sudah sedarkan diri namun sekarang dia sedang berehat seketika.Minta encik dengan yang lain jangan melawatnya lagi kerana keadaan sangat lemah.Inshallah esok encik dah boleh melawatnya," jawab Doktor Malik sambil tersenyum nipis.

"Dan lagi satu,kami dah periksa CCTV di kawasan bilik Mikayla tadi,namun apa yang peliknya kamera tiba tiba rosak dan langsung tidak berfungsi.Jadi,segala bukti atau siasatan tidak dapat kami simpulkan dan jadikannya bahan bukti," kata Doktor Malik lagi.

"Is okay doc.Kau tak perlu cari bahan bukti sebab biar orang aku yang akan cari dalangnya.Cuma aku tak nak orang lain tahu.Kau faham kan maksud aku?," jawab Tengku Haqiem.

Doktor Malik mengangguk laju.Dia meminta izin untuk beredar.James dari tadi hanya memerhatikan gelagat rakannya itu.Pelik betulla dengan kawan aku yang seorang ini,desis hatinya.

"Bro,pelikla aku tengok kau dari tadi.Kenapa eh kau macam risau je dengan budak Mikayla tu?," tanya James tanpa segan silu.

"Whats your problem?Ada masalah dengan kau ke?Jangan sampai aku tumbuk kau bersepai gigi kau,"jawab Tengku Haqiem sambil menjeling rakannya yang seorang itu.

Apa kenalah dengan si Tengku Haqiem ni.Asyik nak tumbuk orang je,kalau tak tumbuk dia bunuh.Senang betul hidup dia ni.Barannya memang tak boleh dibawa bincang.

"Bro aku nak kau bagitahu dekat PA aku yang esok aku tak datang office.Cancel semua meeting aku.Apa apa yang berkaitan dengan aku,kau lantakla handle sendiri," arah Tengku Haqiem kepada James.

"Aikk,apasal pulak bro?Esok bukan ke kau ada meeting dengan Dato' Steven?Projek besar tu bro," kata James lagi.Yelah projek besar kot.Boleh menguntungkan syarikat lagi.Sayang kalau dilepaskan.

" Kau nak aku pelempang ke penumbuk bro?Kau ganti je la aku.Senang cite.Tak payah nak rumitkan.Setakat projek macam tu kalau aku tak kerjasama dengan dia,bukannya bankrup company aku.Ada berjuta lagi projek yang lain.Hal mudah je bro,"kata Tengku Haqiem.

"Betul jugak bro.Kau kan terlebih kaya.Senang hidup kau bro,"jawab James sambil menepuk nepuk bahu rakannya.Dia mengangguk tanda setuju.Bukan main berlagak lagi rakannya yang seorang itu.Nasiblah kawan baik.

wait for next chapter ..update asap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience