Kereta Tengku Haqiem membelah jalan raya pagi itu.Dia harus segera menyelamatkan sang isteri.James sudah dapat menjejaki lokasi di mana Mikayla berada.Namun,malam itu mereka sudah mengatur strategi.Masing-masing faham dengan tugas.Lokasi di mana Mikayla culik mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sana.Mereka bergerak dari Kuala Lumpur sejak pukul 12 tengah malam lagi.Semangat Tengku Haqiem berkobar.
Keretanya memecut diiringi beberapa buah biji kereta dari belakang bagi mengiringi Tengku Haqiem.Pedal minyak ditekan dengan sedikit kuat.
Mikayla yang baru bangun daripada pengsan memegang perutnya yang terasa sakit.Tekaknya terasa mual.Kepalanya pening.Diusap perutnya yang terasa agak kejang.Di hadapannya terlihat seorang lelaki sedang bercumbuan di hadapannya.Mereka yang perasaan akan Mikayla segera menghentikan perbuatan itu.
Lelaki itu datang menghampirnya lalu memegang wajahnya kuat.Matanya tidak memandang mata lelaki itu.Meluat rasanya.
" Berani kau kan?!Kau tak kenal lagi siapa aku.Kau tak payah menangis la perempuan.Meluat aku tengok.Ikutkan hati aku,dah lama aku tembak kepala kau tapi aku sabar lagi sebab aku nak tengok reaksi laki kau bila dapat tahu yang bini dia nyawa-nyawa ikan.Aku nak kau mati secara perlahan-lahan ! " lelaki itu ketawa lagi lalu bangun dari situ.
" Tak guna punya jantan ! Apa salah aku haa sial ?! Apa salah dia ?! Aku kenal dia la lebih dari kau orang ! Aku tahu dia takkan mulakan dulu kalau tak ada siapa yang kacau dia ! Kau yang cari pasal kan ! " jerit Mikayla.Macam dah nak tercabut je anak tekak dia menjerit seperti itu.
Lelaki itu hanya memandang sambil tersenyum dengan gembira.Dia memegang wajah Mikayla lalu ditiliknya satu-satu.Dia pandang gadis itu dari atas hingga ke bawah.Wajahnya didekatkan ke telingannya.Nafasnya turun naik.
" Aku suka la perempuan macam kau ni.Cantik,jual mahal.Garang pulak tu.I like.Tapi tak pa.Aku tahan sikit nafsu aku.Tunggu sampai laki kau sampai.Masa tu aku ratah kau depan dia sampai puas.Hahahah," jawab lelaki itu.
" Arghhhh...tak guna ! " jerit Mikayla.
Kereta Tengku Haqiem perlahan-lahan menyelusuri kawasan kecil itu.Kelilingnya hanya dipenuhi semak samun.Jarak kawasan itu dari jalan raya besar agak jauh.Dia mencapai airpod di dalam poketnya lalu disumbatkan ke dalam telinga.Dia mengerling ke arah cermin belakang.Beberapa biji kereta sudah bersedia di belakang keretanya.Bersedia untuk mengumpan pihak musuh.
" Bro,biar aku masuk dulu.Kau orang tunggu dekat sini.Aku nak umpan si bangsat tu ! " arah Tengku Haqiem keras.James dan Fir yang berada di kereta belakang tidak menjawab sebaliknya mengangguk tanda faham.Arahan dari Tengku Haqiem disampaikan pula kepada para pengawal yang lain.
" Jangan sentuh aku la sial ! Aku bunuh kau kalau kau sentuh aku ! " jerit gadis itu.Ikatannya cuba dirungkaikan dengan kuat.Dari posisi berdiri,sekarang dia dalam posisi duduk dengan tangan dan kakinya diikat.Mikayla menangis ketakutan pada masa yang sama dia harus berani menegakkan maruahnya.Dirinya hanya untuk suaminya sahaja.Tidak ada sesiapa yang boleh sentuh.
" Relax relax...cik adik sayang.Abang buat slow-slow je ya?" kata lelaki itu tadi lalu bersedia untuk membuka tali pinggangnya.Mikayla menggeleng kepalanya dengan laju.Peluh sudah membasahi wajahnya.Jantungnya berdegup dengan lebih kencang.Ya Allah ! Selamatkanlah aku !
" Bangsattt !!! " jerit seorang lelaki dari arah belakang.Mikayla mengalihkan pandangannya ke arah suara itu.
Ten..Tengku Haqiem !
Lelaki itu tersenyum lalu menepuk tangannya dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi yang bergema di kawasan bangunan terbiar itu.
" Wow,wow,wow..Hero Malaya sudah sampai.Banyak takut woo...Apa khabar,Tengku Haqiem ? " kata lelaki itu tadi seraya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.Tangan lelaki itu ditepis sebaliknya dia melangkah menghampiri Mikayla namun para pengawal lelaki itu tadi segera menghalangnya.Pisau kecil diletakkan di leher gadis itu.
" Kau usik dia,sumpah aku bunuh kau celaka ! " bentak Tengku Haqiem keras.Lelaki itu ketawa senang hati.
" Bro,kau ni kenapa kecoh sangat ? Macam aku tak kenal kau je kan?kasi chance la dekat aku pulak dengan bini kau ni.Cantik jugakkan dia ni.Apa kata kita share sama sama?" kata lelaki itu tadi bergerak menghampiri Mikayla.Gadis itu menggeleng laju.Dari belakang,Tengku Haqiem menariknya lalu menghadiahkan satu tumbukan padu ke arah pipi kanannya.
Anak buahnya yang lain cuba melawan namun lelaki itu tadi menghalang.Dia bangun lalu mengesat darah yang mula keluar daripada tepi bibir.
" Kau memang sialla ! Apa yang kau tak puas hati dengan aku haa?" marah Tengku Haqiem.
" Mikayla binti Mustapha.Isteri kepada Tengku Haqiem.Mesti isteri kau ni tertanya kan siapa aku dan siapa perempuan dekat belakang aku ni.Waktu macam ni rasanya sesuai untuk aku buka kisah kau depan bini kau sendiri.Biar dia tahu siapa suami dia yang sebenar," kata lelaki itu tadi.
Mikayla memandang wajah Tengku Haqiem silih berganti.Suaminya menggeleng lemah.
Perempuan yang berdiri di belakang lelaki itu melangkah maju ke depan.Tiada siapa yang perasan akan kehadiran dia dari mula.
Tengku Natasha?
Share this novel