BAB 36

Romance Completed 438970

Pintu dibuka dengan berhati-hati.Takut menganggu isterinya yang sedang berehat.Dia menutup pintu itu semula lalu mendekati isterinya.Senyuman manis terukir di wajahnya menampakkan lagi kekacakan Tengku Haqiem.

Mikayla ketika itu sedang menonton tv mengalihkan pandangannya ke arah suaminya yang bersedia untuk melabuhkan punggung di sebelahnya.

" Ni,aku ada bawa tomyam kesukaan kau.Masa kau masuk hospital haritu pun kau minta benda yang sama kan.Aku tak tahu nak beli apa untuk kau jadi aku beli tomyam ni sebab aku tahu kau suka kan." kata Tengku Haqiem seraya membuka plastik makanan itu.

Mikayla hanya memandang makanan itu dengan pandangan kosong sebelum matanya tertumpu pada kaca televisyen semula.

" Sayang,aku tahu kau benci aku.Tapi,please demi anak dalam perut tu.Kau makan ye.Biar aku suapkan kau." bicara Tengku Haqiem perlahan.

Terbuntang mata Mikayla bila mendapat tahu yang suaminya itu sudah tahu tentang kandungan yang ada di dalam rahimnya.Pipinya diseka lembut.Sememangnya,dia tidak pernah beritahu tentang kandungannya itu kepada Tengku Haqiem.Dia risau nanti suaminya itu memaksa untuk dia mengunggurkan kandungan itu.

Mikayla menggeleng lemah.Wajah Tengku Haqiem langsung tidak dipandang.Hati Tengku Haqiem bagaikan dihiris pisau dan kemudian ditusuk ke dalam.Pilu hatinya bila isteri sendiri tidak mahu memandang wajahnya . Ya ! Dia selayaknya menerima balasan atas kekhilafan yang pernah dia buat.

Tengku Haqiem menarik tangan Mikayla lembut sebelum mengenggamnya erat.Gadis itu yang menyedari tindakan suaminya segera menarik semula namun Tengku Haqiem masih memegang tangannya itu.

" Maafkan aku,sayang.Aku betul-betul minta maaf dengan kau.Aku tahu aku banyak salah dengan kau.Aku dayus.Aku seorang suami yang sangat dayus.Aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang lelaki dan suami untuk aku.Aku layan kau macam sampah.Aku...aku takkan maafkan diri aku kalau apa-apa terjadi dekat kau.Sumpah ! Aku sanggup gadaikan nyawa aku asalkan kau bahagia,Kayla." tulus sungguh kata yang diucapkan Tengku Haqiem.Dia menunduk lemah.

Air mata mula membanjiri wajah gadis itu.Masih dalam posisi yang sama.Tengku Haqiem yang menyedari tiada respon daripada sang isteri segera menarik gadis pujaan hatinya ke dalam pelukannya.Erat sekali.Mikayla hanya keras membatu.Dia memejamkan matanya cuba untuk mengumpulkan kekuatan.

" Aku tahu sayang,kau masih tak dapat terima aku dan maafkan aku lagi.Ya ! Orang macam aku memang tak layak dapat kau.Kau terlalu baik dan berharga bagi aku.Aku sepatutnya bersyukur sebab dikurniakan isteri macam kau,tapi aku sia-siakan macam tu je.Tolong sayang.Aku janji aku sanggup buat apa saja.Biar aku dapat tebus segala kesalahan aku dekat kau." ucap Tengku Haqiem lagi lalu menghadiahkan kucupan hangat di dahi isterinya.

Mikayla melepaskan pelukan suaminya lalu memandang tepat ke dalam anak matanya.Jari jemarinya masih erat di dalam tangan Tengku Haqiem.

" Satu sahaja permintaan saya.Tolong lah jaga hati saya.Sakit Haqiem.Sakit sangat.Saya masih ada hati untuk bagi awak peluang.Tolong jangan sia siakan lagi.Sekali lagi awak tipu dan sakitkan hati saya,sumpah saya akan pergi dari hidup awak,Tengku Haqiem." jawab Mikayla tersedu sedan.

Tengku Haqiem yang terharu dengan ucapan isterinya menarik semula isterinya ke dalam dakapannya itu.Dia mencium kembali dahi gadis itu bertalu-talu.

" Aku cintakan kau.Aku sayang kan kau Mikayla binti Mustapha sepenuh hati aku.Aku sayangkan kau melebihi nyawa aku sendiri.Aku janji dengan kau,aku akan jaga kau dan anak kita selagi aku masih hidup.Jangan tinggalkan aku.Aku tak boleh hidup tanpa kau,sayang.Itu janji aku." kata Tengku Haqiem sambil memandang lembut wajah isteri tercinta.Mereka berpelukan semula di dalam bilik itu tanpa diganggu sesiapa.Bahagia sungguh !

" Su ! Masuk bilik I sekarang." arah Tengku Haqiem.Matanya tidak lekang memandang ke arah komputer riba miliknya.Tangannya ligat menaip di atasnya.Dihirup air kopi yang dibancuh tadi ingin menghilangkan ngantuk.

" Yes,boss.Anything?." tanya Suraya selaku personal assistant kepada bosnya,Tengku Haqiem.

" Today I ada meeting tak?" tanya Tengku Haqiem seraya memandang wajah Suraya.

" Yes boss harini Tengku ada 2 meeting penting.Pukul 3 petang nanti,boss ada meeting dengan Dato' Jamal untuk projek tanah dekat Bangi.Then,pukul 8 malam pulak,Tengku ada meeting dengan Tan Sri Yahya.Klien yang ni boss dia kata siang ni dia ada emergency so dia nak minta tangguh dulu la so dia nak meeting dengan Tengku malam nanti dekat Hotel Cempaka.That's all." kata Suraya lalu menutup buka notanya.Tengku Haqiem mengangguk lalu berkata semula,

" Okay sure. I think meeting dengan Dato' Jamal tu I nak James ikut sekali.So that bagi dia pula yang handle projek ni, " kata Tengku Haqiem sambil tersenyum.

Suraya mengangguk tanda faham lalu berjalan keluar dari bilik pejabat Tengku Haqiem.Lelaki itu mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Danish iaitu pengawalnya.

" Danish ! Past phone dekat Kayla kejap." arah Tengku Haqiem.Danish mengangguk lalu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Mikayla.Gadis itu menyambutnya lalu menekapkan di telinganya.

" Hai sayang ! How are you today? Semua okay ke?Ada sakit dekat mana-mana tak?" tanya Tengku Haqiem bertubi-tubi.Risau sungguh dengan keadaan isterinya.

" Nak jawab yang mana satu ni,cik abang oi.Ya saya okay je dekat sini.Bosanla awak.Boleh tak saya nak jalan-jalan dekat tasik petang nanti?" tanya Mikayla manja.

" Ala sayang.Aku bukannya tak nak bagi.Tapi,kau tau kan aku risaula kalau jadi apa-apa dekat kau sebab kau kan masih tak sihat lagi.Aku nak kau rest secukupnya.One more thing,malam sikit baru aku datang tau sebab harini aku ada meeting penting.So,after meeting,aku terus datang." nasihat Tengku Haqiem panjang lebar.

Menyedari tiada jawapan dari sang isteri menyebabkan Tengku Haqiem risau lalu bertanya semula.

" Sayang,you hear me,right?Okay fine.Aku izinkan kau keluar.But,make sure Danish dan Kamal ikut,boleh?" tanya Tengku Haqiem.

" Really?Ok,promise.Jangan risau okay!" teriak Mikayla sambil menepuk tangannya.Gembira sungguh hatinya ketika itu.Tengku Haqiem yang mendengar suara comel Mikayla menggeleng.
Phone dimatikan.

" Danish.Saya nak pinjam phone boleh?Saya nak call mama kejap." pinta Mikayla.Dia terkebil kebil memandang Danish lalu segera dia mendail.

Satu saat,dua saat,tiga saat...Tiada jawapan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience