BAB 46

Romance Completed 438970

Sebulan kemudian ~

" Mummy,what are you doing?" ceria sungguh gadis itu.Sempat lagi dia menghadiahkan kucupan hangat di pipi wanita tua itu yang dikenali sebagai Mary Jonson.Sejak mereka bertemu sebulan yang lepas,masing-masing mencurahkan kasih sayang antara satu sama lain.

Mary Jonson yang ketika itu sedang memasak sarapan pagi segera mengerling ke arah anak angkatnya itu.Dia tertawa dengan telatah manja anak angkat kesayangannya yang seorang itu.Sejak Mikayla keguguran,dia lah satu-satunya insan yang menjaga dan membantu gadis itu berpantang.Walaupun dia berasal dari Melbourne,Australia sedikit pun tidak merisaukannya apabila mencari tahu tentang cara menjaga ibu berpantang.

" Amboi.Happy nya dia hari ni.Tahulah dah habis pantang.Lepas ni,boleh makan puas." jawab Mary Jonson sambil tersenyum mesra.Suka dia melihat perubahan Mikayla.Kadang-kadang bila tiba sahaja waktu malam,gadis itu akan menangis.Mungkin,rindukan keluarga dan sang suami yang jauh.Sayu hati wanita tua itu melihatnya.Kesedihan yang dia alami cuba disorokkan dengan senyuman.

" Yes,mummy.Kayla rasa malam ni apa kata kita makan tomyam?! Jom mummy." rengek Mikayla.Tomyam? Tiba-tiba,dia teringat akan suaminya.Hatinya dirutun pilu tiba-tiba.Ingat lagi masa dia berada di hospital,lelaki itu selalu belikan dia tomyam.Makanan kesukaannya.Dia mengesat air mata yang berlinangan.

" Eh.What wrong,dear? Mummy ada salah cakap ke?Why you're crying,hmm?" pujuk wanita tua itu.Tiba-tiba sahaja dia berasa bersalah.Cepat-cepat Mikayla menggelengkan kepalanya.

" No la mummy.Kayla cuma rindu pula nak makan tomyam.Malam ni nak makan puas-puas." jawab Mikayla ceria.Segera dia sorokkan hatinya yang terluka.Sisa air mata cuba dikesat lagi.Wanita tua itu menarik gadis itu ke dalam pelukannya.Faham keadaan gadis itu.Sengsara hidupnya.

Gadis itu melipat telekung dan sejadahnya lalu disidaikan ke rak penyangkut.Usai sahaja solat Isyak,dia dan Mary Jonson merancang untuk makan malam di kedai berhampiran rumah mereka.Maklumlah,kawasan kampungkan.Segera dia menyarungkan tudung bawalnya ke kepala.Dia tersenyum sambil memandang ke arah cermin.Fikirannya melayang mengingatkan Tengku Haqiem.Apa lah yang lelaki itu buat?

Ishh,kau ni Mikayla.Jangan perasan la.Entah-entah dia sikit pun tak ingatkan kau.Kau tu je yang melebih.Sudahlah,Mikayla.Buat apa kau sedih berjauhan dengan dia.Bukan ke kau nak lari daripada dia sampai bila-bila.Kau dah janji kan yang kau tak kan jumpa dia lagi dan takkan bersama dia lagi.Itu janji kau,Mikayla !

Ketukan di pintu mematikan lamunannya.Segera dia membuka pintu itu dan terpacul wajah Mary Jonson yang sudah bersiap-siap.Nasib baik,dekat je kedai makan itu.Hanya berjalan kaki sahaja.

" Ready ? " tanya wanita itu.Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengangguk.

Sepanjang perjalanan,mereka berdua kelihatan sangat rancak berborak.Sesekali ketawa mereka meletus.Entah apa yang kelakar pun tidak pasti.Yang pasti,masing-masing cuba menutup hati yang luka.

10 minit kemudian,mereka tiba di Warong Tomyam Cik Kiah.Mikayla dan Mary Jonson mengambil tempat dan memilih meja di luar.Ingin melihat suasana kampung yang nyaman.Tidak lama kemudian,ada seorang lelaki menghampiri meja mereka dan melemparkan senyuman.

" Saya nak nasi putih dua,tomyam seafood untuk dua orang makan,siakap tiga rasa dengan kailan ikan masin.Lagi satu nak tambah telur dadar ya," pesan Mikayla lancar.Memang hari itu dia nak balun semuanya.Lelaki itu tadi ralit tersenyum memandang gadis itu yang berada dihadapannya.Segera dia mengalihkan pandangan.Tiba-tiba jantungnya berdebar.

" Hello? Awak dengar tak?" tanya Mikayla kehairanan.Dah kenapa pandang aku macam tu?Baju aku terbalik ke?Ke muka aku kotor? tanya Mikayla sendirian.

" Eh tak.Saya dengar.Air?" tanya lelaki itu lagi.

" Kasi saya air carrot susu.Mummy?" tanya Mikayla seraya memandang ke arah Mary Jonson.

" Apple juice,please." jawab wanita itu.Lelaki itu tadi mengangguk lalu beredar dari situ dan menuju ke arah dapur.

" Mummy ! Best kan kampung ni?Kayla suka sangat tinggal dekat sini.Paling penting ada insan yang Kayla sayang iaitu mummy.Tenang je kampung ni.Tempat ni kan mummy rasanya orang susah nak jumpa kot.Tengokla kawasan dia semua dijaga dengan rapi.Kalau orang luar masuk,habis tempat ni kan," ujar gadis itu petah.

" Kayla sayang.Sebenarnya,mummy ada benda nak cakap dengan Kayla.Sebenarnya..." belum sempat wanita tua itu bercakap,pelayan lelaki itu tadi datang dan meletakkan hidangan yang dipesan di atas meja.Aroma tomyam yang pekat menambahkan selera.Ditambah pula yang cuaca agak sejuk malam itu.Memang padu la !

" Mummy nak cakap apa?" tanya gadis itu.

" Tak ada apalah.Jom makan." balas Mary Jonson.

Mikayla sekadar mengangguk lalu menikmati hidangan di hadapan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience