Tengku Haqiem perlahan-lahan menapak ke arah bilik air.Sudah lebih sebulan dia berada di hotel tersebut.Rakan-rakannya yang lain sudah pulang terlebih dahulu ke Kuala Lumpur.Banyak urusan yang perlu diselesaikan.Dia mengalihkan segala yang berkaitan dengannya kepada James.Dialah yang akan menguruskan syarikat milik Tengku Haqiem buat sementara waktu.
Kadang-kadang,Aiman Firdaus juga datang ke pejabat untuk membantu James memantau staf.Sejak dia menamatkan pelajarannya di Berlin,lelaki itu sudah berjaya membuka satu wisma muzik nya sendiri.Di situ,dia adalah tenaga pengajar bagi bidang muzik violin dan gitar.Dia juga ada mengupah beberapa tenaga pengajar yang lain untuk membantunya.
Setelah selesai mengambil wuduk,jejaka itu terus membentangkan sejadah lalu menunaikan ibadah solat yang wajib itu.Dia sendiri mengakui yang sebelum ini,dia lalai dengan pencipta.Inilah masanya untuk dia tebus kembali segala dosanya yang lampau.Benar-benar dia menyesali segala perbuatannya selama ini.
Dia duduk lalu menadahkan tangannya.Matanya dipejam rapat.Cuba menghayati segala doa yang lahir daripada hatinya yang tulus.Sesungguhnya Allah tempat mengadu.
" Ya Allah ya tuhan kami.Ampunilah segala dosaku,dosa isteri tercinta ku dan dosa orang disekeliling ku.Kau rahmatilah di mana isteri ku berada.Kau lindungilah setiap langkahnya.Peliharalah dia ya Allah semasa ketiadaan aku.Panjangkanlah jodoh kami.Kuatkan ikatan percintaan kami.Berilah aku dapat bertemu dengannya dengan segera.Sungguh aku benar-benar merinduinya,Ya Allah." doa Tengku Haqiem tulus.Ada air mata yang jatuh.
Dia menarik nafas panjang lalu meng amin kan doa itu tadi.Dia duduk bersila lalu termenung seketika.Fikirannya melayang kembali pada masa lalu.Dia mengenang kembali saat dia menyeksa gadis itu sepuas hati.Dia hancurkan segala impian isterinya.Dia musnahkan segala-galanya.Dia meraup mukanya lalu segera beristighfar.
Lamunannya terhenti apabila deringan telefon berbunyi dengan sangat nyaring.Tidak lain tidak bukan antara dua.James atau Fir.Mereka berdua lah yang setia prihatin terhadap dirinya.Setiap hari,mesti mereka bertanya khabar.Risau dengan keadaan lelaki itu yang kelihatan agak tidak terurus.
" Kau nak apa?" tanya lelaki itu kasar.Dia melabuhkan punggungnya di tepi tingkap.Terserlah dari jauh kelihatan bangunan-bangunan yang tersergam indah di situ.Lampu-lampu pada waktu malam memang mengasyikkan.
" Relax la.Yang kau ni emo kenapa?Period ke?Hahaha," jawab James selamba.Geli hati nya mendengar.
" It's not funny la gila," jawab Tengku Haqiem sepatah.Kenal benar dia dengan sikap rakannya yang seorang itu.Asyik loya buruk sahaja.
" Aduh kau ni Qiem.Malam-malam macam ni kena chill.Santai dulu.Ni ada benda aku nak bagitahu kau." balas James semula.Kali ini dia kembali serius tidak seperti tadi.
" Yang kau ni,Qiem.Bila kau nak balik sini? Aku bukan apa.Aku tak kisah kau nak duduk sana lama mana pun.Setahun?Dua tahun?Sampai bila-bila pun aku okay.Tapi yang parahnya bro,si Tan Sri Hisyam tu.Dia nak sangat jumpa kau.Dia kata ada satu projek ni dia nak collab dengan kau.Of course la bro siapa yang tak nak kerjasama dengan Puncak Bayu," puji James lagi.
" Problem la orang tua tu.Apa kata kau je yang wakil kan untuk aku.Kau cakap je lah yang aku sakit ke or ada hal ke." cadang Tengku Haqiem pula.
" Oii bangang.Kalau aku tahu,dah lama lah aku tak call kau cakap benda ni.Aku pun tak faham dengan dia tu.Nak sangat syarikat dia dengan syarikat kau kerjasama.Even aku tahu,beratus-ratus lagi syarikat dekat luar sana tu nak bekerjasama dengan kau.Cuma orang tua tu berani sebab kawan sekolah bapak kau dulu kan," balas James lagi.Geram dia mendengar jawapan selamba Tengku Haqiem.Rasa macam nak baling dengan selipar sahaja.
" Tengoklah macam mana bro.Esok aku nak pergi cari Mikayla lagi.Nanti,aku cuba fikirkan.Buat masa ni,kau lah handle yang lain dulu.Mana yang kau tak boleh,kau past dekat tu je si siapa nama dia.Si kicap Jalal tu.Suruh dia tolong kau.Kerja asyik makan gaji buta je," seloroh Tengku Haqiem pula.Asyik James sahaja yang loya burukkan.
" Okay cun bro.Apa-apa kau call je aku.Ingat apa yang aku cakap dengan kau.Makan jangan lupa.Ingat macam mana kau nak jumpa Mikayla kalau kau sakit.Bukan kau je yang susah.Aku pun sama.Bye bro.Assalamualaikum," jawab James lalu mematikan panggilan.
Tengku Haqiem menjawab salam rakannya itu dalam hati.Pening memikirkan tentang soal kerja dan isterinya yang menghilang.Dia berdoa semoga dia dapat berjumpa dengan isterinya semula.
Malam itu,hujan turun dengan agak lebat.Dia memerhatikan titisan air hujan yang turun di tepi tingkap.Selang beberapa minit,dia bangun lalu merebahkan dirinya ke atas katil.Matanya tertumpu ke arah kipas yang berpusing.
Mana kau,Kayla? Apa khabar kau ? Aku harap kau sihat dan aku harap jugak yang kau takkan lupakan aku.Aku rindu kau,Kayla.Aku cintakan kau sangat-sangat. Perlahan-lahan matanya tertutup dan akhirnya dia terlelap.
Share this novel