BAB 73

Romance Completed 438988

Angin laut menyentuh tubuh mereka.Deruan ombak jelas kedengaran membadai persisiran pantai.Langit pula sungguh cantik membiru ditambah pula kicauan burung.Beberapa orang kanak-kanak sedang leka bermain.Ada yang bermain layang-layang dan ada juga yang sedang membina istana pasir.

Mikayla ralit memerhatikan mereka.Entah kenapa ada satu perasaan sedih menyelinap masuk ke ruang hatinya.Zuriat.Ya dia teringin mahu memiliki anak hasil perkongsian hidupnya bersama Tengku Haqiem.Dia menyentuh perutnya perlahan.Sebak rasanya hatinya.

Tanpa disedari,ada air mata yang mula menitis jatuh ke pipinya.Dia memegang dadanya yang terasa sakit.Menanggung keperitan dan ujian ini seorang diri.Sungguh dia berasa tidak layak digelar seorang isteri.Tengku Haqiem yang baru selepas pergi membeli aiskrim terkejut dengan perubahan isteri.

" Sayang kenapa ni ? Dekat mana sakit ? Ada sesiapa yang sakitkan sayang ke ? " tanya Tengku Haqiem bertalu-talu.Risau pula dengan keadaan isterinya itu.Mikayla segera menggeleng laju.

" Tengok tu.Bestkan ibu bapa dia orang ? Layankan je anak dia main.Kalau kita ada baby,mesti best kan ? " luluh Tengku Haqiem mendengar.Dia merapatkan tubuhnya sedikit dan mencapai lembut tangan Mikayla.

" Abang tak suka sayang cakap macam ni.Ingat rezeki ni semua kerja Tuhan.Siapa kita nak persoalkannya.Inshaallah sayang.Percaya pada abang.Sayang kena kuat.Sayang kena lawan penyakit itu demi abang dan mummy.Boleh ? " pujuk lelaki itu pula.Sebagai seorang suami,menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga isteri.

" Kayla tak mampu nak tanggung semua benda ini seorang diri." balas gadis itu sayu.Dia menarik tangannya semula.

" Siapa cakap yang sayang keseorangan ? Abang kan ada ? Abang janji yang abang akan jaga sayang,cintakan sayang sepenuh hati abang.Tak akan ada yang boleh sakitkan sayang." ikhlas sungguh bait perkataan yang diucapkan lelaki itu.Mikayla memandang wajah suami yang berada di sisinya.

Tiba-tiba dia mencapai tangan itu lalu mengenggamnya erat.Matanya pula kian beralih kepada sepasang mata milik Tengku Haqiem.Lalu tersenyum.

" Abang boleh janji dengan Kayla tak ? " pinta Mikayla terus.

" Anything for my girl."

" Kalau Kayla dah tak ada nanti,abang janji dengan Kayla yang abang akan jaga diri abang baik-baik tau.Kalau ada perempuan lain nak ngorat abang pastikan abang kena bawa dia ke 'rumah' Kayla nanti."

" Sayang cakap apa ni ?!"

" Betul lah.Boleh janji tak ? "

" Abang tak suka sayang cakap macam ni.Sayang dah tak sayang abang ke ? " rajuk Tengku Haqiem.Ada air mata mula bertakung.

" Mestilah Kayla sayang dekat suami saya ni.Lagi satu,abang kena kuat tau." Tengku Haqiem terus menarik isterinya ke dalam pelukannya.Lama.

Aiman Firdaus menarik bagasinya menuju ke ruang menunggu.Perjalanan yang memakan masa hampir 9 jam,akhirnya tiba juga.Dia menarik nafas lega.Akhirnya,dia sampai juga di tanah air tercinta.

Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon pintarnya.Dia menekan butang hijau lalu menekapkan di telinga.Selang beberapa saat kedengaran suara dari arah sana.

" Kau dah kat mana?" tanya James.

" Dah sampai la ni.Kau tu dekat mana dah ? " tanya Aiman Firdaus pula.

" Aku on the way.Jalan jam la.Lagi 20 minit macam tu inshaallah aku sampai.Kau tunggu je." jawab James lagi.

" Alright." sepatah sahaja yang dia jawab.

Dia mengambil tempat duduk yang berdekatan lalu duduk situ.Kesempatan itu dia gunakan untuk menatap wajah gadis pujaan hatinya.Dia ralit memerhatikan gambar di telefonnya.

" I miss you,Kayla. I'm sorry sebab I pernah jatuh cinta dengan you masa mula kita jumpa.Kita ada banyak persamaan.I tak sangka rupanya you dah jadi milik kawan baik I sendiri." sedih sungguh nada yang dilontarkan lelaki itu.Walaupun dia sudah berusaha untuk melupakan gadia itu,namun dia tetap mengingatinya.

" It's okay.I doakan semoga hubungan you dengan Haqiem hingga ke Jannah.You doakan I dapat gadis baik hati macam you.You je yang faham I ,Mikayla." kata Aiman Firdaus perlahan.Dia menutup telefonnya lalu memasukkannya ke dalam poket sejurus melihat James yang sedang melambai ke arahnya dari sana.

" Ada tempat special lagi yang abang nak bawa sayang." kata Tengku Haqiem teruja.Sambil memandu,tangan kirinya sedang memegang tangan isterinya erat.Ikutkan memang tidak mahu dia lepaskan.

" Apa dia ? " mata Mikayla mula bersinar.

" Just wait and see." balas Tengku Haqiem lalu mengenyitkan matanya.Mikayla terus mengangguk lalu memandang semula ke arah jalan raya yang lengang.

Tengku Haqiem meletakkan keretanya di bawah pokok yang agak redup.Perjalanan yang memakan masa 30 minit terasa agak lama memandangkan jarak antara bandar dan kampung agak jauh sedikit.

Dia menarik tangan isterinya lalu menapak ke arah kedai yang bernama " Music Life " . Dia membuka pintu dan mempersilakan gadis itu untuk masuk.Rambang mata gadis itu melihat pelbagai jenis alat muzik yang dijualkan.

Sedang Mikayla memerhatikan,Tengku Haqiem menuju ke arah kaunter dan berborak sedikit dengan penjual di situ.Serius sungguh mukanya.Penjual itu mengangguk lalu melihat semula butiran di dalam komputer sebelum mempersilakan gadis itu untuk mengikutnya.

Terkebil-kebil mata Mikayla melihat.Dah kenapa ni? gumam hatinya perlahan.Dia tidak membantah sebaliknya membuntuti langkah penjual tadi dari arah belakang dan menuju ke ruang khas VVIP.

" This is for you,Puan Mikayla." kata penjual itu sambil tersenyum.Dia menunjukkan ke arah sebuah piano berwarna putih yang begitu indah sekali.Terpana seketika gadis itu melihat.Besar dan cantik.Dia terus memegang piano tersebut.

" Do you like it ? " tanya Tengku Haqiem pula.Seronok dia melihat sang isteri begitu.Sudah lama dia tidak melihat gadis itu tersenyum.

" For..for me ? Betul ke Tengku Haqiem ? " tanya Mikayla dengan wajah yang tidak percaya.Matanya memandang ke arah suaminya.
Dia melihat tanda harga yang digantungkan pada situ.Tersentak dia sekejap.

" RM 73,000. " dia membaca harga di situ dengan tergagap.Dia meneguk liur yang terasa pahit.
Mikayla mendekati suaminya lalu berbisik seketika.Tengku Haqiem yang melihat menundukkan sedikit kepalanya bagi memudahkan isterinya untuk berbisik.

" Abang.Tengoklah harga tu.Boleh cekik darah ni abang.Tak naklah Kayla.Membazir je.Abang buat installment ke apa ? " bodoh betul soalan Mikayla.Tergelak lelaki itu dibuatnya.Dia mengosokkan kepala gadis itu.

" Tak apalah sayang.Lagipun anggap je ni hadiah hantaran abang untuk sayang masa mula kita kahwin." jawab Tengku Haqiem selamba.

" Hantaran ? Hantaran nak sampai 100K.Ya Allah."

" Sayang nak risau apa.Abang kan dah kaya.Alah tak luak pun duit abang.Lebih daripada tu pun abang mampu." kata Tengku Haqiem belagak.Dia menjongketkan sedikit keningnya.Mikayla mencebik.Gadis itu memeluk lengan suaminya lalu menyengetkan sedikit kepalanya.

" Thanks abang."

" Aik thanks je ? Benda lain tak ada ? " usik Tengku Haqiem.Macam ulat beluncas pula Encik Husband ni.

" Eee...gatalkan." cubit Mikayla.Terjerit lelaki itu dibuatnya.Kecil-kecil cili padi.

Mikayla mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut di dalam biliknya.Tengku Haqiem yang baru keluar daripada bilik air menapak ke arah isterinya terus.

" Kenapa sayang tak siap lagi ni ? Dah nak masuk waktu Isyak ni." tanya Tengku Haqiem lembut.Dia memegang kedua belah bahu isterinya.

" Kayla 'cuti' hari ini.Abang pergi dengan mummy je ye." jawab Mikayla.

" Alah melepas." gurau lelaki itu.

" Apa yang melepas ? " tanya Mikayla yang mula berkerut kening.

" Sayang okay ke tinggal rumah seorang ? " tanya Tengku Haqiem risau.

" Alah macam tak biasa.Don't worry."

" Alright.Apa-apa call abang ye."Mikayla mengangguk lalu menghantar pergi suaminya untuk ke surau yang berdekatan.

Jam sudah menunjukkan ke angka 9 malam.Selalu lepas solat Isyak,mereka akan duduk sekejap untuk mendengar ceramah sebelum pulang ke rumah.

Belum sempat gadis itu mahu mencapai majalah di atas meja solek,dia terus jatuh terduduk lalu memegang perutnya.

" Arghhh.Sakitnya Ya Allah." perlahan-lahan dia menapak menuju ke arah dapur untuk mengambil ubat.Dia memaut kesemua tiang yang berada di dalam rumah itu.Kesakitan tidak dapat ditanggung lagi.Dia mengerang.

" Ya Allah.Kau kuatkanlah aku." doa Mikayla di dalam hati.Perlahan-lahan dia berjalan.
Langkahnya tiba-tiba berhenti apabila ada satu tendangan yang sangat kuat di pintu belakang.

Dia cuba menjeguk ke situ.Terkejutnya bukan kepalang apabila melihat satu susuk tubuh yang paling dia kenali.Lelaki itu tersenyum lalu menapak ke arah gadis itu yang kesakitan dan ketakutan.

" Ka...kau ? Kau buat apa dekat sini ?! " hampir terjerit Mikayla dibuatnya apabila melihat Amin yang tidak serupa orang dah.Masuk rumah orang tanpa kebenaran.

" Kau rindu aku ke sayang ? " tanya Amin sambil ketawa.Dia tersenyum sinis ke arah gadis itu yang terduduk betul-betul di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience