"Hai,sayang!Jom kita lunch nak ?dah lama la I tak lunch sekali dengan you.Dah nak dekat seminggu batang hidung you pun I tak pernah nampak.You pergi mana sayang? , " rengek Tengku Natasha sambil memeluk lengan Tengku Haqiem.
Tengku Haqiem yang tekun membuat kerja segera mengalihkan pandangannya ke arah buah hatinya.Sejuk sahaja matanya melihat tunangnya.Bukan macam seorang lagi tu,tengok muka dia pun aku meluat,dengusnya dalam hati.
Segera Tengku Haqiem memeluk tunangnya sehingga disedari oleh staf-stafnya yang lain.Mata-mata yang melihat dibiarkan sahaja.Seronok menayangkan dosa di depan orang.Mereka berdua asyik dalam dakapan masing-masing.Pelukan dileraikan.Tengku Haqiem memimpin tangan tunangnya,keluar daripada pejabat.
Mereka berjalan beriringan keluar daripada situ.Sekali lagi ada mata yang tidak berpuas hati dengan kelakuan mereka.Ni office,bukannya rumah !
-
Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang.Usai mengemas villa,Mikayla meminta izin kepada Kak Senah untuk solat Zohor.Lewat pula dia solat harini.Kakinya menapak ke arah bilik air yang berada di dalam biliknya.Dia mencapai tuala di sisi dan masuk ke dalam bilik air.
Segera dia mengambil wuduk.Risau terlepas waktu Zohor pula.Hampir separuh hari dia mengemas.Hari hari macam ni alamatnya dah arwah la aku.Rumah bukan main besar lagi.Orang gaji sorang je.Haishh..dayus betul !
Selepas solat Zohor,dia meminta doa kepada pencipta.Doanya dibaca perlahan namun cukup membuatkan siapa sahaja yang mendengarnya berasa syahdu.
"Ya Allah,Ya Tuhanku.Kau ampunilah segala dosaku,dosa suamiku dan dosa keluargaku.Kau lembutkanlah hati suamiku untuk menerima ku walaupun aku masih belum mampu untuk menerimanya dengan hati yang tulus.Namun,aku juga akan cuba untuk menjadi isteri yang baik kepadanya.Cukuplah sekadar dia tidak menyakitiku.Berilah kepadanya hidayah agar dia dapat menggalaskan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim dan seorang suami yang baik.Hanya kaulah tempat aku memohon pertolongan.Amin ya rabbal alamin, " Mikayla meraup mukanya dengan kedua dua tangan.Dikesat air matanya perlahan menggunakan telekung.
Dia mengenangkan nasibnya menjadi seorang isteri kepada lelaki yang bernama Tengku Haqiem.
Usai sahaja solat Zohor,Mikayla keluar dari biliknya.Lepas solat,dia perlu memasak pula.Haishh laparnya,bisik Mikayla di dalam hati.Mikayla yang ternampak kelibat Kak Senah,cepat cepat memanggilnya.Dia ingin bertanya sesuatu.
"Kak Senah tahu tak Tengku Haqiem suka makan apa?" tanya Mikayla kepada orang gaji suaminya itu.Sejahat jahat suaminya itu,dia tidak lupa tanggungjawab dia sebagai seorang isteri walaupun dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus mengahwini lelaki ini.Beribu persoalan bermain di benaknya.
"Tuan tu semua benda dia makan tau.Langsung tak memilih.Senang cite semua benda la dia telan" jawab Kak Senah sambil tersengih.Sebenarnya,sejak dari kecil lagi Kak Senah menjaga Tengku Haqiem.Walaupun dia merupakan anak kepada Tengku Kamal dan Tengku Sally yang berasal daripada keluarga yang kaya,namun kehidupannya yang bahagia bukannlah seindah apa yang dibayangkan.Dari kecil lagi Tengku Haqiem jarang bersama mummy dan daddy nya itu.Manakan tidak,sibuk dengan bussiness di luar negara sampaikan lupa anak sendiri di tanah air.
"Senang jugakla kan Kak Senah nak jaga perut tuan tu.Mikayla ingat nak masak lauk tomyam seafood,telur dadar dgn kailan ikan masin.Okay tak Kak Senah?" tanya Mikayla,meminta pendapat orang gajinya itu.
"Okay jugak tu.Tapi,rasanya ada barang yang tak cukup nak masak dekat dapur tu.Tak palah Kak Senah keluar pergi market kejap." kata Kak Senah.Cepat cepat dia mahu keluar membeli barang kerana risau tidak sempat pula Mikayla memasak nanti.Maklumlah jam pun dah nak menunjukkan petang semakin lewat,satu lauk pun masih belum dimasak.
"Mak Senah,tak apalah,biar Mikayla keluar.Senang sikit." kata Mikayla yang mempelawa Kak Senah untuk membeli barang.
Ketika itu,Kak Senah hanya mengerutkan dahinya.Berfikir kut,bisik Mikayla.Bukan apa,dari mula lagi sebelum pasangan itu tiba,Tengku Haqiem sudah awal awal berpesan supaya jangan sesekali membiarkan Mikayla keluar tanpa izinnya.Jikalau tidak,buruk akibatnya.
"Kenapa,Kak Senah?Kak Senah takut tuan marah ke bagi Mikayla keluar?Kak Senah jangan risau.Mikayla janji dengan Kak Senah Mikayla takkan lari dan Mikayla akan balik secepat mungkin.Sekejap je ye,Kak Senah? "tanya Mikayla.
"Hmm yelah.Tapi kamu tu jangan balik lewat sangat.Kak Senah takut tuan tu balik awal,kang tak pasal pasal kita kena sekali.Hati hati,Mikayla." pesan Kak Senah takut takut.Bukan apa,Kak Senah risau akan apa yang akan berlaku jika doa membenarkan Mikayla keluar.Tapi,Mikayla sudah berjanji yang dia akan keluar sekejap sahaja.
Mikayla mencapai shawl dan segera keluar daripada villa itu untuk ke supermarket membeli barang dapur.
Share this novel