Pagi itu cuaca begitu redup.Sesekali kedengaran bunyi burung berkicauan.Angin sepoi sepoi bahasa menambahkan ketenangan jiwa.Mikayla melemparkan senyuman manis di taman itu.Di hadapannya,terhampar permandangan yang indah iaitu tasik kecil di hospital tersebut.
Dia teringat akan kata-kata suaminya semalam.Dia tidak dibenarkan keluar daripada bilik tanpa keizinannya.Senyumannya mati di situ.Sebelum dia ke taman itu,beberapa kali dia memujuk pengawalnya iaitu Danish untuk keluar bersiar-siar.Katanya asyik duduk terperap dalam bilik.Bosan betul !
Hati Danish berbelah bahagi.Nak bagi ke tak nak ? Fikirnya sendirian.Bukannya apa,kalau apa-apa jadi bukan Mikayla yang tanggung,semua pengawalnya akan menjadi mangsa.Tetapi,Mikayla sudah berjanji,sekiranya apa-apa berlaku,dia akan menanggung semuanya dan tidak akan menyalahkan para pengawal yang menjaga.
Mikayla !
Kedengaran laungan suara dari arah belakang sehingga menyebabkan Mikayla dan lima orang lagi pengawalnya memandang serentak ke arah suara itu.Masing-masing menundukkan pandangan mereka kerana bimbang sekirannya diapa-apakan boss mereka yang macam singa buas itu.Tetapi,tidak kepada Mikayla.
Dia hanya memandang wajah Tengku Haqiem dengan pandangan kosong.Dia memalingkan semula wajahnya ke arah tasik.Langsung tidak gentar walaupun ada sedikit kegusaran di dalam hati lembutnya itu.Tengku Haqiem mula menapak ke arah mereka dengan wajah yang sangat bengis.
"Siapa bagi kau orang kebenaran untuk bawa perempuan ni keluar?!," bentak Tengku Haqiem keras.Dadanya berombak.Panas hatinya apabila orang bawahannya tidak mematuhi arahannya.Memang cari nahas mereka ni semua,bisik hatinya.
"Awak ni dah kenapa?Salah ke kalau saya duduk dekat sini?Menyusahkan awak ke? Rasanya tak," jawab Mikayla berani.Dia kembali semula melemparkan padangannya ke arah tasik.Lagi damai dan tenang hati dia.
Tengku Haqiem dengan lantas mencengkam pipi Mikayla sehingga gadis itu meringis kesakitan.Dia yang menyedari tindakannya itu segera melepaskan cengkamannya.
"Kau dengar ni betina ! Dekat luar ni ada ramai musuh yang tengah perhatikan kita.Kau lupa kejadian haritu ? Silap haribulan,dia rogol then dia bunuh kau ! Kau nak ?! " ugut Tengku Haqiem sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Mikayla.
"Saya lebih rela kena bunuh dengan diorang semua daripada hidup dalam penjara yang awak bina sendiri,Tengku Haqiem ! " jawab Mikayla seraya memusingkan kerusi rodanya lalu meninggalkan mereka semua.Kamal yang menyedari Mikayla yang gigih memusingkan kerusi rodanya segera menolong gadis itu menolak kerusi roda untuk balik ke biliknya.
Tengku Haqiem yang mendengar jawapan pedas daripada mulut Mikayla terkebil -kebil melihat mereka yang pergi meninggalkannya keseorangan.Dari jauh,masih ada musuh yang memerhatikan segala tindak-tanduk mereka.Dia mengukirkan senyuman sinis lalu pergi meninggalkan kawasan itu dengan segera.
Jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 12 tengahari waktu Malaysia dikerling sepintas lalu.Lapangan terbang itu sesak dengan penumpang sama ada mahu pergi atau balik daripada luar negara.Wanita tua itu membetulkan cermin matanya yang melorot ke hidung.Dia membuka sebuah aplikasi di telefon pintarnya.Dia ingin menempah bilik hotel sepanjang keberadaannya di Malaysia.
Selesai menempah,Mary Jonson bergegas ke pintu luar bagi mendapatkan teksi.Walaupun usianya yang tua,dia masih kuat lagi untuk berjalan.Misinya cuma satu,dia mahu mencari insan yang berada di dalam gambar itu.Sebelum Marissa pergi meninggalkan dunia,gadis itu sempat menitipkan pesanan dan memberinya seutas rantai berserta sepucuk surat.
Dia sendiri tidak tahu apa yang ada dalam isi kandungan itu namun kata Marissa,dia mahu memberikan surat itu kepada pemiliknya.Sejak hari itu,Mary Jonson tekad mahu mencari siapa orangnya.Pintu teksi dibuka lalu dia meloloskan dirinya dan bergerak menuju ke Villa Hotel Damai dengan perasaan yang berkobar.
Tengku Haqiem menguak pintu bilik Mikayla dengan perlahan.Kelihatan Mikayla hanya duduk termenung di birai katil.Dia tersenyum lalu mendekatinya dengan perlahan.
" Kau fikir apa ? " tanya Tengku Haqiem sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Mikayla.Mikayla yang menyedari kehadiran suaminya itu segera mengesot ke tepi.
" Nothing , " jawab Mikayla sepatah sambil memuncungkan bibirnya.Cute,desis hati Tengku Haqiem.
" Aku kiss kau nak?" jawab Tengku Haqiem selamba.Terkejut beruk Mikayla bila dikata sebegitu.Mukanya kemerahan menahan marah.
" Gila ke awak ni?" jawab Mikayla lalu beura-ura untuk beredar.Dengan pantas,lengannya direntap lalu dia terduduk di riba Tengku Haqiem.Lelaki itu hanya tersenyum kecil lalu melingkarkan tangannya di pinggang ramping Mikayla.
" Ya Allah ! What's wrong with you,Tengku Haqiem ?! Nanti orang nampak la ," kata Mikayla lagi sambil cuba melepaskan diri daripada Tengku Haqiem.Dada sasanya ditolak namun lelaki tadi masih diam tidak berkutik.
" Biar la orang nampak.Kau kan bini aku.Suka hati aku la nak buat apa," jawab Tengku Haqiem selamba.Masih di posisi yang sama seperti tadi namun kali ini pegangannya lebih erat.
" Awak jangan nak main-main,ya ? Saya jerit karang," kata Mikayla yang dari tadi.
"Jeritla kalau berani.Tak ada siapa pun yang kisah kalau kau jerit," jawab Tengku Haqiem.
"Arg~mmph," belum habis Mikayla menjerit bibirnya bertaut dengan bibir Tengku Haqiem lama.Mereka berkucupan seketika mematikan suasana yang kedengaran agak bising itu.Mikayla yang terkejut akan tindakan suaminya itu segera menepis.Namun,apalah kudratnya sangat untuk melawan.Akhirnya,dia mengalah.
Tengku Haqiem mengangkat bibirnya kembali.Dia memandang tepat ke dalam anak mata Mikayla.Ada cahaya dari anak matanya membuatkan siapa yang melihat pasti jatuh cinta.
" Aku suka kau", kata Tengku Haqiem sekilas lalu beredar keluar.Mikayka yang dari tadi hanya terkebil-kebil mendengar ucapan ringkas daripada suaminya.Aku tak salah dengar kan?Betul ke dia suka aku?,tanyanya di dalam hati.Fikirannya ligat memikirkan jawapan.Wajahnya sudah merona merah.Dia tersenyum sendiri.
" Okay,aku nak kau orang semua jalankan tugas masing-masing.Curi kesemua file milik Tengku Haqiem dekat office dia.Make sure siapa yang nampak,kau tembak je dia," arah seorang lelaki sambil meneguk air kencing syaitan.Senyuman sinis terukir di bibir.Ada segaris parut di wajahnya membuatkan siapa yang melihat pasti akan gerun.
" Are you sure,sayang?Dekat office dia tak ada mata mata ke ?," tanya seorang wanita yang sibuk bermain jari jemarinya di dada lelaki tadi.Tangan lelaki tadi segera mengambil tangan putihnya itu lalu dibawa ke bibir.
"Don't worry,baby.I tau la nak buat apa," jawab lelaki tadi lalu mencempung tubuh wanita itu.
" Eh,you nak bawa I pergi mana ni,sayang?," kata wanita tadi sambil ketawa kecil.Buat tidak tahu pula !
" Jom main ," jawab lelaki tadi ringkas.Wanita itu tadi mengeratkan lagi lingkaran di leher lelaki tadi sambil tersenyum manja.
Share this novel