BAB 7

Romance Completed 438941

Perjalanan kalini ini diteruskan lagi.Mikayla bingung kemana la lelaki ni nak bawa aku.Mikayla mencuri pandang ke arah lelaki di sebelahnya.Dia cuba memerhatikan setiap inchi yang ada di wajah Tengku Haqiem.Macam pernah jumpa sebelum ni,tapi dekat mana? bisik Mikayla di dalam hati.Wajahnya yang berkulit sawo matang dan bertubuh sasa mampu membuatkana mana mana wanita cair.Tapi,lelaki ni cair bukan sebarang cair,tak pasal pasal daripada cair jadi beku,dengus Mikayla sendirian.

Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam.Mikayla mula untuk berbual dengan lelaki itu.

"Awak,boleh tak kalau kita singgah masjid dulu?Saya nak solat dulu.Dah 3 hari saya tak solat.Saya nak ganti balik solat mana yang tertinggal," tanya Mikayla takut takut.Kalini dia cuba untuk memberanikan diri.Risau juga dia karang tak pasal pasal kena herdik pula.

"Cis,orang macam kau ni solat ke?Setahu aku perempuan macam kau ni banyak je jumpa dekat tepi jalan.Kau solat tunggang terbalik,tapi hati pun busuk kau ingat solat kau diterima ke?, tengking Tengku Haqiem kasar.

Aku dah agak dah.

"Saya tak faham apa yang awak cuba nak bagitau saya tapi saya nak minta izin awak singgah masjid sekejap tu je.Saya janji dengan awak saya takkan lari.Kalau saya lari,awak boleh tangkap atau bunuh je saya.Tu janji saya," kata Mikayla bersungguh sungguh.

Melihat kesungguhan Mikayla membuatkan hati Tengku Haqiem sedikit terbuka untuk singgah di masjid.Kereta miliknya perlahan lahan menyusuri jalan raya untuk mencari masjid yang terdekat.Akhirnya,masjid berwarna biru tersergam indah dihadapan mereka.Signal diberikan dan mereka memasuki perkarangan masjid.

Mikayla tersenyum kecil.Alhamdulillah,dapat juga dia mengerjakan ibadah yang wajib itu.Dia mahu berdoa supaya dia terlepas daripada lelaki dayus itu.Mikayla membuka pintu kereta itu lalu berpaling kepada Tengku Haqiem.

"Awak tak nak solat sekali ke?," tanya Mikayla.Kali ini dia rasa sedikit berani untuk bertanya dan bertentang mata dengan Tengku Haqiem.

"Kalau kau nak solat,kau pergi solat sorang.Tak perlu kau nak ajak aku.Tak perlu nak berpura pura baik la Mikayla! " jerkah Tengku Haqiem merenung tajam matanya.Rasa macam mahu tembus saja biji matanya.

30 minit berlalu akhirnya Mikayla keluar daripada pintu masjid.Dia mengucapkan syukur kerana selesai mengerjakan ibadah yang wajib ditunaikan sebagai seorang Muslim sejati.Kelihatan Tengku Haqiem melelapkan matanya seketika sementara menunggu Mikayla bersolat.

"Lama betulla kau ni?!Kau buat apa,ha?! " kata Tengku Haqiem.

"Saya solatla.Buat apa lagi," balas Mikayla.Dia sendiri terkejut yang dia berani membalas herdikan lelaki itu.

"Tak faham la aku kau ni!Sedarlah diri tu sikit."

"Sejahat jahat kita awak,solat tu wajib kita buat.Walaupun awak kata saya macam tu saya tak kisah,asalkan saya dapat mengerjakan tanggungjawab saya sebagai wanita Muslim,." balas Mikayla lembut.Dalam percakapannya ada sedikit pengajaran yang mampu menyentak hati Tengku Haqiem.

Perjalanan diteruskan lagi.Tanpa arah tujuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience