Mary Jonson duduk termenung di balkoni rumahnya.Menikmati keindahan malam yang dingin.Masih ramai lagi penduduk kota yang belum pulang.Mungkin ingin meluangkan masa dengan lebih lama.
Fikirannya melayang mengingat kembali kejadian tadi semasa mereka makan malam di Queen Victoria Market.Sememangnya dia agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu.Namun,dia cuba mengelak dari Mikayla berjumpa dengannya.
Entah kenapa dia berbuat demikian,dia sendiri tidak tahu.Mungkin dia tidak mahu gadis itu terluka lagi dek kehadirannya di situ.Menurut Mikayla,dia mahu melupakan lelaki itu.
Walaupun berat untuk dia tanggung,tetapi dia tetap kuat menghadapinya.Jauh di sudut hatinya,dia mahu lelaki itu mengingatnya semula.Mengimbas kembali detik-detik memori mereka bersama.Bahagia seperti pasangan kekasih yang lain.
Wanita tua itu sendiri mengakui yang dia tidak layak untuk menentukan hala tuju gadis itu.Dia mempunyai seorang suami yang lebih berhak ke atasnya.Pada masa yang sama,dia takut gadis itu akan terluka lagi.
Dia kembali termenung menghadap jalan raya yang masih sibuk.Melupakan apa yang berlaku tadi.
Mikayla berjalan mundar mandir di dalam biliknya.Dari tadi dia tidak dapat melelapkan matanya.Dia sendiri tidak pasti perasaannya ketika itu.Macam ada sesuatu.
Gadis itu mencapai kotnya lalu menuruni anak tangga dengan perlahan.Bimbang sekiranya wanita itu akan terjaga waktu lewat sebegini.Kalau dia tahu,mesti dia tidak akan membenarkannya.
Mikayla mahu mencari ketenangan sebentar di luar sana.Dia berjalan perlahan-lahan menyelusuri tepi jalan raya.Bibirnya mengukir senyuman tatkala melihat beberapa kanak-kanak sedang bermain dengan girangnya.
Kawasan itu dibanjiri dengan orang ramai.Sama seperti berada di Kuala Lumpur.Mikayla berhenti seketika lalu duduk di sebuah bangku.Dia melayani muzik yang sedang dimainkan oleh seorang penghibur jalanan.
Merdu sungguh suaranya.Ahli yang lain tekun bermain dengan alat muzik.Mikayla memandang ke dada langit yang gelap.Malam itu,kota Melbourne dilimpahi cahaya bulan dan bintang yang begermelapan.
Dia kembali menggoyangkan kepalanya mengikut rentak muzik itu.Dia tersenyum mesra.Tiba-tiba,seorang ahli muzik di situ memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu bernyanyi.
Tanpa segan silu,Mikayla mengangkat tangannya tinggi-tinggi lalu berjalan ke arah mereka dengan teruja.Masing-masing memberikannya tepukan paling gemuruh.Ada juga yang berbisik antara satu sama lain melihat ada warga asing yang sepertinya.
Dia menarik nafas dalam-dalam bagi mengumpulkan seluruh tenaganya.Sudah lama dia tidak bermain alat muzik itu.Kali ini,dia sedikit gugup daripada biasa memandangkan banyak mata-mata yang memerhatinya.Gadis itu memulakan nyanyiannya pada malam itu ditemani tepukan daripada para penonton
Tengku Haqiem berjalan-jalan di sekitar kota Melbourne malam itu.Dia juga tidak dapat melelapkan matanya jadi dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar walaupun sudah lewat malam.
Sambil-sambil berjalan di situ,dia turut menyinggah di beberapa gerai yang menjual beberapa manisan malam itu.Sambil menikmati keindahan malam,dia juga sedaya upaya memikirkan ke mana dia mahu mencari gadis itu.
Ikutkan hati,sampai sahaja dia situ dia berhasrat untuk mencari gadis itu di sekitarnya tetapi atas bantahan daripada sahabatnya James dan Aiman Firdaus,dia terpaksa membatalkannya.
Kata mereka,dia tidak boleh terlalu terburu-buru memandangkan keadaan kesihatan lelaki itu masih belum pulih seperti biasa.Jikalau dikerahnya,pasti dia akan jatuh sakit lagi.
Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang sangat merdu.Dari kejauhan,dia ternampak ada sekumpulan orang ramai sedang mengerumuni kawasan tersebut.Entah kenapa langkahnya diaturkan ke situ,dia sendiri tidak pasti.
Suara itu macam suara yang sangat dia kenali !
Why am I trapped in your magic oh,why?
I don't know why I miss you,I almost die
It's an annoying feeling and I feel so tired
But why I can't let it go from my mind
I'm very headstrong and make you bored
But sometimes it seems you feel not at all
Until the day I smile,it makes you feel more that I want to leave the universe all.
Mikayla ?!
Call it the gravity,It's gravity
Because of you having the gravity
Half of universe to me but it cannot stop me
I'm feeling so sad like I belong to nowhere but you are always making me warm like the sun there
Cross over past million light years
Just make you to love me from here
Love is the satellite that follows the planet
And you are the little planet that I always wait
Wait a long time and the longest
Just to see you and never make you forget...
Para penonton memberikan tepukan paling gemuruh buatnya.Masing-masing kagum dengan persembahan daripada seorang gadis itu.Ada juga yang memuji-muji kelebihan yang ditonjolkan olehnya.
Bukan itu sahaja,ada juga di antara penonton lain yang turut ingin mengambil gambar bersamanya.Sungguh Mikayla tidak sangka yang dia dilayan seperti itu.Tersimpul malu dia apabila diperlakukan sebegitu.
Kaki Tengku Haqiem seakan terpaku pada situ.Dia tidak mampu untuk bergerak walau sedikitpun.Lututnya terasa longgar sekali.Sungguh dia terkesima melihat insan di hadapannya itu.
Air mata sudah membanjiri pipi.Sebak rasanya hati.Dia mahu memeluk erat gadis yang berada di hadapannya itu.Belum sempat kakinya melangkah,dia terhenti di situ.
Dari tepi,datang seorang lelaki mendekati gadis itu.Mikayla memandangnya terkebil-kebil.Siapa orang ini?
" Hello,Mikayla.Remember me?" soal lelaki itu menaikkan keningnya yang agak berselerak.
" Who are you?" tanyannya semula.Pelik dia tiba-tiba sahaja datang.
" It's me.Oh my god,tak akan you tak ingat? I la Micheale."
" Micheale? Ya Allah,is that you Micheale?!"
" Yes,I am."
" Dah lama tak jumpa you.Last masa kita dekat Berlin kan? You buat apa dekat sini?"
" My family dah pindah sini.Dah lama I tak nampak you tau last masa cuti sem.I ingat you nak continue your study balik."
" No lah.I dah tarik diri dah.Tak payah la kita cakap pasal tu."
" Ok sure.So,apa kata I belanja you coffee?"
" Sure.So,you kena cerita eh you buat apa je sekarang ni."
Tengku Haqiem mengenggam jari jemarinya.Perasaan cemburunya sudah datang.Hatinya meronta-ronta mahu menarik tangan gadis itu namun dia cuba untuk bersabar.
Mungkin rakan masa Mikayla semasa di Berlin dahulu.Dia perlahan-lahan membuntuti langkah mereka berdua dari arah belakang.Risau pergerakannya itu dapat dihidu oleh mereka.
" You nak order apa?"
" Anything."
" I tahu your favourite apa." balasnya sambil tersenyum.
" Apa dia?"
" Americano and blueberry cheese cake "
" Ingat lagi you ni."
" Of course.Semua pasal you I masih ingat lagi tau.Wait."
Mikayla mengangguk lalu menghamparkan pandangannya semula di luar.Musim salji hampir tiba.Sejuknya hampir ke tulang.Dia memeluk tubuh.
" So,now you buat apa?" tanya Micheale.
" Now? I...I just travel ke sini dengan mummy I.You pula? You kerja ke apa?"
" I jadi guru muzik dekat Sydney.Actually I duduk hostel dekat sana.So,hujung minggu je I balik sini balik."
" Ouh i see."
" You dah ada someone ke?"
" What do you mean?"
" After kita break up dulu,mana tahu ada someone special dalam hati you." duga Micheale.
" Of course.Dalam hati I hanya ada dia sahaja.But,I tengah cuba lupakan dia."
" But,why?"
" Nothing."
" Kalau I nak you semula?"
" Tak mungkin lah.You kan ada Anne."
" I dah putus dengan dia.Dia curang belakang I."
" Seriously?! I'm sorry."
" It's okay.By the way,you lama lagi dekat Melbourne ni?"
" I pun tak sure.Rasanya kalau semua dah selesai,maybe I balik Malaysia."
" Ouh,good.Next week,apa kata you ikut I pergi Sydney?I bawa you jumpa my student dekat sana?"
" Okay juga tu."
Tengku Haqiem hanya mengintai mereka di hujung meja sana.Dia menutup wajahnya separuh menggunakan buku menu.Pada masa yang sama,dia cuba menangkap perbualan di antara mereka.
Dah macam spy dah.
Share this novel
Update pleasee...