BAB 31

Romance Completed 439027

Tercungap - cungap Mikayla berlari sejak dari tadi.Peluh mula membasahi wajahnya.Sesekali dia menoleh ke belakang,risau pergerakannya di kesan.Dia meringis kesakitan lalu memegang lututnya.Ada luka di situ mungkin akibat terkena duri tajam pada pagar villa itu tadi.

Walaubagaimanpun,dia tetap menguatkan semangatnya malam itu.Mungkin dengan cara ini,dia dapat bebas daripada cengkaman Tengku Haqiem iaitu suaminya sendiri.Langkahnya terhenti seketika apabila ternampak kelibat dua orang lelaki.

Sah ! Itu Danish dan Kamal.

"Cik Mikayla ! " jerit lelaki itu dari arah belakang.Mereka mengejar Mikayla dengan sepantas mungkin.Gadis itu menoleh semula ke hadapan lalu mengorak langkah dengan lebih pantas daripada tadi.Dia menuju ke arah jalan raya besar.Hanya beberapa meter sahaja.

Lampu jalan dan beberapa buah kereta lalu di hadapannya.Mungkin sempat untuk minta tolong memandangkan ada banyak kenderaan lalu lalang.

Bamm !

Gadis itu jatuh terjelopok ke atas jalan raya.Rupanya,dia dilanggar daripada tepi dengan sebuah kereta.Mikayla yang jatuh cuba bangun sepantas mungkin.Nasib,dia tidak dilanggar dengan kuat cuma terasa kakinya begitu sakit sekali.Kedua lelaki tadi semakin menghampirinya.Mikayla mengangkat wajahnya memandang ke arah pemilik kenderaan.

Tengku Haqiem ?!

Jantungnya bagaikan berhenti berdegup seketika apabila melihat Tengku Haqiem yang keluar daripada perut kereta dengan wajah bengis.Dia bangun lalu cuba berlari namun sebelum sempat dia berbuat demikian,tudungnya direntap dari arah belakang dan dia diheret masuk ke dalam perut kereta.Kereta itu bergerak membelah jalan raya.

" Su,mana Mikayla?Dari tadi Fir cari tak jumpa pun.Dia dah balik ke?" tanya Fir sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Itulah,Tuan Fir.Su pun dari tadi cari Cik Mikayla tak jumpa.Pengawal dia pun Su tak jumpa.Mana pergi diorang ni?Risau la,Su," jawab Suraya sambil menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

Aiman Firdaus mula merasakan ada suatu yang tidak kena antara Tengku Haqiem dengan Mikayla.Macam ada sesuatu je yang dia sorokkan.Pandangannya dilemparkan ke arah tetamu lain yang datang menyapanya.Ada benda yang perlu disiasat.

Tubuh Mikayla diheret memasuki ke dalam ruangan tengah villa.Isi rumah yang berada di villa itu semua diarah keluar termasuk seluruh pembantu rumahnya.Wajah Tengku Haqiem mula kemerahan menahan geram.Nafasnya turun naik.

Satu tamparan hinggap di pipi Mikayla.Gadis itu meringis kesakitan.Dia jatuh terjelopok di atas lantai.

" Kau memang main gila dengan aku Mikayla binti Mustapha ! Memang kau tak kenal lagi aku siapa ! Kau memang jalang ! Aku tanya kau berapa kali aku suruh kau jangan sesekali lepaskan diri dari aku? Berapa kali Mikayla ?! " jerkah Tengku Haqiem.Lelaki itu tidak dapat mengawal amarahnya.Dia mencampak kesemua barang di dalam villa itu.Habis pecah pasu bunga yang terletak di atas meja.Sungguh malam itu dia berasa sangat marah.

Mikayla terkejut dengan sikap suaminya malam itu.Tidak pernah dia melihat suaminya marah seperti itu.Tidak seperti yang sebelum ini.

" Aku paling pantang bila aku tanya,orang tak jawab !Aku cakap dengan dinding ke Mikayla.Haa?! Kau nak aku potong bibir kau ke baru nak cakap ?!" tengking Tengku Haqiem lagi.

Mikayla menangis teresak esak sambil memeluk lututnya.Sungguh dia berasa sangat takut.Tubuhnya menggigil.Dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.Dari luar,Kak Senah hanya menekup mulut.Tidak sanggup dia melihat Mikayla seperti itu.

Tengku Haqiem mencabut tali pinggangnya.Dia mengenggam erat lalu tali itu dihayun ke belakang tubuh Mikayla berkali kali.Mikayla menjerit kesakitan dek libasan daripada suaminya.Berbirat belakang badannya di lakukan seperti itu.

Wajahnya Mikayla ditampar berkali kali.Mikayla menjerit kesakitan.Dia menolak tubuh sasa lelaki itu dengan kuat.Dia cuba berdiri dengan tegak lalu berhadapan dengan Tengku Haqiem.

" Tengku Haqiem ! Kalau macam inilah cara engkau melayan isteri kau sendiri,lebih baik kau bunuh je lah aku,sial " jerit Mikayla nyaring.

" Aku tak pernah jumpa lelaki sedayus kau.Sanggup melepaskan nafsu benci dan dendam dekat seorang perempuan .Kau memang tak layak hidup ! "

Mikayla mengenggam penumbuknya lalu menumbuk wajah Tengku Haqiem sehingga ada luka di situ.Lelaki itu dengan perasaan marahnya,dia menolak Mikayla hingga dahi gadis itu terkena pada bucu meja tajam disebelahnya.Ada darah yang mengalir namun dikesatnya.

" Apa salah aku,Tengku Haqiem?!Kenapa kau benci sangat dekat aku?Aku penat.Penat sangat hidup dalam penyeksaan yang kau buat.Selama aku dengan kau,aku sendiri tak tahu kenapa kau benci aku.Kenapa kau culik aku.Kau sakitkan aku.Sumpah aku dah tak tahan.Tolonglah bagitahu aku perkara sebenar.Kalau nyawa harus dijadikan galang ganti,aku sanggup," kata Mikayla lemah.Sungguh dia tidak berdaya lagi ketika itu.Dengan kudrat yang ada,dia cuba mengelap sisa air matanya yang tumpah.Dia berjanji dengan dirinya sendiri,yang dia tidak akan memaafkan lelaki itu sampai mati !

Tengku Haqiem menarik nafasnya sebelum memulakan kata.Ya,dia harus beritahu perkara sebenar.Kalau si betina ni tahu,lagi senang kerja dia.

klimaks ni guys..time sy type ni pun dalam hati jantung dah berdebar..hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience