BAB 54

Romance Completed 438988

Menjadi kebiasaan Amin untuk melepak di air terjun di kampung itu pada hujung minggu.Petang sebegini memang dia suka bersantai di situ.Adik bongsunya juga turut serta.Ikutkan hati memang dia tidak mahu membawanya tetapi setelah diugut,akhirnya dia akur.

Dari kejauhan,kelihatan Nurul yang sedang memerhatikannya.Dalam diam,gadis itu ada menyimpan satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.Gadis itu sebenarnya tidak berani untuk menyatakan cinta kepada Amin kerana dia tahu dia tidak ada ciri-ciri yang lelaki itu cari.

Dengan fizikalnya yang berisi dia malu dengan lelaki yang menjadi pujannya.Dia sedar yang dia tidak layak jika dibandingkan dengan gadis secantik Mikayla.Sejak hari pertama lagi,dia dapat rasakan cara pandangan lelaki itu kepada Mikayla.

Jelas dari anak matanya,dia sedar.Tetapi,dia lebih sanggup mendiamkan diri.Dia tidak mahu hubungan persahabatan mereka terjejas kerananya.Dia melangkah ke arah Amin dan adiknya dengan langkah yang lebih berhati-hati.Takut tergelencir pula.

Dia mencuit bahunya lalu tersenyum.Dia mengambil tempat di sebelah Adam,adik bongsu Amin.Dia membelai rambut kanak-kanak itu lembut.Adam memandangnya lalu tersenyum mesra.Dia mencapai tangan gadis itu lalu bermain dengan jarinya yang montel.Walaupun fizikal dia sebegitu,wajahnya tetap bersih dan tiada sebutir jerawat langsung.

" Jauh kau termenung,Amin.Fikirkan Mikayla ke?" tanya Nurul melulu.Terkejut beruk Amin apabila gadis itu bertanya secara mengejut.Segera dia menggelengkan kepalanya laju.

" Aku tahu la,Min yang kau suka dia.Kau dah luahkan perasaan kau dekat dia ke?" tanya Nurul yang sedari tadi Amin langsung tidak menjawab.

" Merepek la kau ni.Masa bila pula aku suka dengan si Mikayla tu.Mengarut je lah.Yang kau ni tiba-tiba tanya soalan macam ni dah kenapa?" jawab Amin pula.Geram dia dengan persoalan gadis itu.Kedengaran Nurul mengeluh perlahan.Dia memandang gadis itu lembut.

" Alah,mengaku jelah Min yang kau suka dia.Aku ni kawan kau dari kecil lagi.Tak payah nak sorok lah." duga Nurul sambil menjongketkan keningnya yang nipis.

" Sekarang ni,apa yang kau cuba nak sampaikan?Cuba kau terus terang dengan aku." balas Amin lagi.

" Point aku sekarang kenapa kau tak berterus terang dengan dia je?Kenapa kau kena sorokkan perasaan kau dari dia?" jawab Nurul dengan nada yang lebih tinggi sedikit daripada tadi.

" Buat apa aku nak luahkan perasaan aku ni dekat dia?Cuba kau tengok dia.Aku tahu dia tak cintakan aku pun.Aku yakin dia anggap aku sebagai orang atasan dan kawan baik dia je." balas Amin semula.Pandangannya dilemparkan semula ke arah sungai yang mengalir.Adam dari tadi sibuk bermain pasir yang ada di situ.Suka kanak-kanak itu.

" Apa cinta-cinta ni?" sergah Mikayla dari belakang.Terjegil mata mereka berdua saat gadis itu berdiri terpacak di belakang mereka.Tidak tahu sejak bila dia berada di situ.

" Lambatnya kau sampai.Tengok si Amin ni,berjanggut dah dia tunggu kau." gurau Nurul cuba mengalihkan topik sebentar tadi.

" Tadi,aku dengar kau orang cerita pasal cinta.Haa siapa yang bercinta?" tanya Mikayla lagi.

" Tak ada apalah,Kayla.Kau ni kan.Nasiblah kita orang ni kawan baik kau.Kalau tidak,kami tinggalkan je kau tau.Dahlah.Jom,kata nak pekena cendol durian dekat kedai pak aji tu." ajak Nurul sambil mencapai lengan gadis itu dan beredar pergi.Mikayla tersenyum lalu membalas pelukan di lengan rakannya itu.

Amin hanya diam tanpa berkata.Dia memandang raut wajah gadis pujaan hatinya dengan lembut.Tenang sahaja wajah itu.Boleh potong jari,siapa yang tengok wajah dia saat penat,confirm boleh hilang segala kepenatan.Tidak hairanlah,ada ramai lelaki di kilang tempatnya bekerja ada menaruh hati pada gadis cantik itu.Namun,Mikayla tidak melayan mereka.Dia hanya menganggap mereka seperti kawan dan hanya bergurau sahaja.

Tengku Haqiem sudah menyiapkan dirinya untuk berjalan di kampung itu.Dia ingat dia mahu singgah di kedai cendol berdekatan.Ada staf chalet itu yang mengesyorkan untuknya singgah menikmati keenakan cendol di kampung itu.Setelah menyarungkan Tshirt berwarna putih dan seluar slack hitam,dia membuka pintu biliknya lalu menguncinya.

Sepanjang jalan,dia melihat ramai kanak-kanak yang asyik bermain basikal dan ada yang bermandi sungai.Riang betul hati mereka ketika itu.Matanya ralit memandang mereka sehinggakan dia tidak sedar ada tiga orang yang berjalan bertentangan dengannya.

Mereka bertiga ralit berbual sesama sendiri dan kadang-kadang,ketawa mereka meletus.Tengku Haqiem dari tadi tidak perasaan bahawa gadis yang melepasinya itu adalah insan yang dia cari selama ini.Lelaki itu sedang asyik melihat kanak-kanak di bawah berdekatan anak sungai sehinggakan dia tidak perasan.

Tiba-tiba,langkahnya terhenti.Dia memandang ke arah belakang.Siapa itu?Dia menjongketkan bahunya lalu meneruskan langkahnya.Sungguh dia tidak perasan dalam kumpulan itu,adalah isterinya sendiri Mikayla.Memang dia tidak perasan.Langkahnya diatur ke arah warung cendol.

Tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam poket.Dia menekan butang hijau dan lantas menekapkannya ke telinga.Tidak lain tidak bukan,James.

" Kau kat mana?" jerit James.

" Aku on the way nak makan cendol.Kau dah kenapa gila?" balas Tengku Haqiem pelik.

" Aduh kau ni,aku ingat kau lari ke apa.Aku ketuk pintu kau tak ada siapa yang buka.Kau tunggu sana.Pesan sekali 2 mangkuk cendol untuk aku dan Su." arah James sambil ketawa.Segera Tengku Haqiem mematikan panggilan.Tahu benar dengan perangai kawannya yang seorang itu.

Lelaki itu menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ.Dia memilih tempat yang agak terbuka.Datang seorang mak cik ke arah mejanya dan mula mengambil pesanan.

" Saya nak 3 cendol durian." pinta Tengku Haqiem kepada pelayan itu.Mak cik itu mengangguk lalu beredar dari situ untuk menyiapkannya.Tiba-tiba,ada seorang lelaki tua pula yang datang menyapanya.Terkejut lelaki itu dibuatnya.

" Baru sampai ke kampung ni?Pak cik tak pernah nampak pun." tanya orang tua itu sambil memegang bahunya ramah.Dia mengambil tempat di hadapan jejaka kacak itu.

" Ya pak cik.Saya baru je sampai kelmarin.Saya duduk dekat chalet hujung sana." jawab Tengku Haqiem ramah.Dia sendiri mengakui yang orang kampung itu peramah orangnya.

" Ouh yeke.Kalau tak keberatan,boleh pakcik tanya?" pinta orang tua itu segan.Tengku Haqiem lantas mengangguk.

" Apa hajat anak datang sini?Bukan apa.Pakcik tanya ni sebab orang kampung dekat sini tak biasa orang luar masuk.Melainkan kalau dia orang terus pindah ke sini."

" Sebenarnya pakcik.Saya datang ni bukanlah semata-mata.Saya datang ke sini ada projek yang perlu saya lakukan.Tapi,pakcik jangan salah faham sebab saya buat ni untuk kepentingan penduduk kampung ni.Hasrat saya,saya nak anak muda di kampung ni dapat pekerjaan yang bagus.Maksud saya,lebih bagus daripada yang sekarang.Saya tak nak dia orang menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Pakcik faham kan maksud saya?" jawab Tengku Haqiem panjang lebar.

" Ya saya faham.Alhamdulillah masih ada orang yang baik seperti kamu.Semoga urusan kamu dipermudahkan." doa pakcik itu lalu meng amin kannya.Mereka berdua berbual dengan rancak sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience