BAB 80

Romance Completed 438988

Wajah pucat lelaki itu ditatapnya lama.Jari-jemarinya diramas lembut.Mikayla memegang tangan suaminya erat seperti tidak mahu dilepaskan.

Tidak pernah dia melihat Tengku Haqiem selemah ini.Sedangkan lelaki itu sememangnya seorang yang sangat kuat dan tidak mudah berputus asa.

" Jom masuk bilik you.Doctor dah panggil tu." ajak Mary Jonson seraya menyentuh lembut bahu kanan gadis itu.Mikayla mengangguk tanda faham lalu mengucup dahi suaminya.

" Abang.Kayla pergi dulu tau.Lepas doctor check,Kayla datang balik." bisik Mikayla di tepi telinganya.

" Don't worry,Kayla.Abang Fir kan ada." pujuk Aiman Firdaus.Risau juga dengan keadaan adik angkatnya itu.Sudahlah sakit ditambah pula dengan keadaan suaminya yang juga terlantar koma.

Mikayla terus bangun dari situ lalu dipimpin oleh Mary Jonson keluar.Nurul dan Suraya yang baru sahaja tiba turut membututi mereka berdua.

" Macam mana boleh jadi macam ni,Fir ? " tanya James.Setelah mendapat berita daripada rakannya,James dan Suraya segera bergegas ke hospital tersebut.Ikutkan memang sepatunya mereka berdua sampai keesokan harinya,tapi disebabkan mereka masih dalam persiapan perkahwinan,jadi terpaksa mereka menangguhkan perjalanan.

Justeru itu,mereka terpaksa membatalkan perancangan mereka lalu memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri pantai timur.

" Masa tu aku on the way nak balik dah.Aku nampak Haqiem excident dengan satu motor ni.Tu yang aku bawa dia pergi hospital terus.Teruk juga pendarahan dekat kepala dia." cerita Aiman Firdaus lagi.

" Sumpah aku tak sangka boleh jadi macam ni." sebak hati James memikirkannya.Dalam mereka bertiga,Tengku Haqiem lah yang selalu memberikan mereka semangat selain daripada sifat garangnya itu.

" Aku yakin mesti dia ada punca macam mana boleh terbabas." agak Aiman Firdaus.

" What do you mean ? " tanya James tidak faham.

" Nantilah aku cerita."

" Mummy,ni semua salah Kayla kan.Kalau Kayla tak cakap pasal benda tu,tak minta cerai semua benda ni tak akan jadi." teriak Mikayla kuat.

" Bawa mengucap,nak.Ni semua ujian.Ambil ni sebagai iktibar.Mummy yakin,dia akan tersedar dengan secepat mungkin."

" Betul apa kata mummy kau tu Kayla.Banyakkan bersabar.Kita orang sentiasa ada untuk kau.Kau kena kuatlah.Kalau laki kau tahu ni,mesti dia sedih." nasihat Nurul pula.

" Ya,Kayla.Su ada je dengan Kayla.Kami sentiasa akan doakan yang terbaik untuk kau orang.Dahlah jangan diungkit lagi." pintas Suraya.Sedari tadi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

" Maaf menganggu ya semua.Saya nak check keadaan Puan Mikayla.Minta semua tunggu di luar ya." pinta doktor itu bersama dengan dua orang lagi jururawatnya.

" Baiklah doktor."

" Macam mana keadaan Puan ? Ada rasa sakit lagi tak ? "

" Kadang-kadang sakit.Kadang-kadang tak.Macam ni lah doktor."

" Okay kalau macam tu,jom ikut saya kita buat imbasan sekejap."

" Operation.You kena buat operation secepat mungkin."

" Tapi,doctor.Boleh tak tunggu sampai suami saya sedar? "

" Susah nak lengah-lengahkan lagi.Sel-sel kanser dalam badan you tu dah merebak semakin pantas daripada sebelumnya."

" Alright,doctor.Saya bagitahu kemudian." kata Mikayla lalu keluar daripada bilik itu.Dia menapak ke arah wad yang menempatkan suaminya,Tengku Haqiem.

James dan Aiman Firdaus turun ke bawah sebentar untuk mengalas perut mereka berdua.Mikayla mahu berjumpa dengan suaminya lagi.Rindu sangat.

Dia membuka pintu itu perlahan lalu mengambil tempat di sebelah katil Tengku Haqiem.Jari jemarinya digenggam.

" Abang,it's me Kayla."

" Abang nak tahu tak ? Doktor suruh Kayla buat operation as soon as possible.Tapi,Kayla nak abang ada masa Kayla buat operation.Abang kena bangun tau.Nanti,kita boleh pergi Australia."

" Please,sayang.Bangun.Kayla rindu sangat dengan abang.Kayla rindu tengok abang senyum,ketawa garang macam dulu."

Mikayla merasakan ada gerakan pada jari-jemari Tengku Haqiem.Matanya terpancar sinar kegembiraan.Dia terus berdiri lalu memegang wajah suaminya teruja.

" Abang.Abang dah bangun ?! " hampir terjerit gadis itu.Matanya perlahan-lahan dibuka.Terkebil-kebil memandang siling.Nafasnya mulai lancar semula.Mikayla menangis kegembiraan.

" Abang.I miss you and I love you." ucap Mikayla sambil memandang tepat ke arah wajah Tengku Haqiem yang juga melihatnya pelik.Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit.

# just reminder.berkaitan bahagian medical ni klu ada salah or anything minta maaf sekali lagi.cerita ni hanya rekaan semata mata sahaja.#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience