Gadis itu merebahkan dirinya di atas katil.Badannya terasa sengal sekali ditambah pula dengan keadaannya yang baru sahaja keguguran.Perjalanan yang memakan masa hampir 7 jam memang memenatkan.Hatinya terasa lapang apabila dia bebas dari suaminya.Terasa lapang sekali dada.Dia berharap agar suaminya tidak akan mencarinya lagi.
Keluar sahaja daripada hospital,Mikayla dan Mary Jonson segera beredar dari situ.Risau pula sang suami dapat menjejakinya.Mereka berdua mengambil keputusan untuk membeli tiket bas menuju ke arah pantai timur.Kasihan sungguh wanita tua itu melihat wajah Mikayla sebegitu.Diturutkan sahaja permintaan gadis itu.
Mereka melarikan diri di sebuah kampung yang sangat terpencil.Agak jauh daripada bandar.Kawasan itu dipenuhi dengan pokok-pokok yang rendang ditambah pula ada sebatang anak sungai di hadapan rumah kayu itu.Gadis itu ralit memerhatikan pusingan kipas di silingnya.
Memang dia sendiri mengakui kawasan kampung itu memang tenang sekali.Mungkin dengan kehadirannya di sini akan menyukarkan suaminya berjumpa dengannya lagi.Dia tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya yang kedalam sedikit.Fikirannya ligat memikirkan rancangan hidupnya selepas ini.Ya,dia harus mencari kerja bagi menampung hidupnya.
Gadis itu bangun daripada katil lalu bergerak ke anjung rumah itu.Dia melihat wanita tua itu sedang setia memerhatikan budak-budak kecil yang bermain berdekatan dengan rumahnya.Menyedari kehadiran Mikayla,segera dia membantu gadis itu untuk duduk disebelahnya.
" Why are you here? You kan tak sihat.Remember apa yang Doktor Hanisah nasihat you semalam.Ke dah lupa?" usik Mary Jonson lalu tersenyum.
" Hehe...No.I tak lupa.Lagipun Kayla bosan la auntie duduk dalam bilik tu.Apa salahnya duduk dekat sini.Cari ketenangan.Tenang je kan tempat ni auntie?" jawab Mikayla lembut.Matanya turut memandang ke arah kanak-kanak itu tadi.
" Ingat yang you tu dalam berpantang lagi.Kena jaga kesihatan you okay dear?" tutur wanita tua itu lagi.Terharu dengan keprihatinan orang tua itu.
" Yes.I know.Auntie.Boleh tak kalau Kayla nak pergi cari kerja esok?Dekat area sini je auntie." duga Mikayla lagi.
" What?! Are you kidding me?You baru je miscarriage kan.No.I tak izinkan you pergi.You kan tengah berpantang Mikayla.Masih awal lagi.Is okay you jangan risau.I ada dekat sini jaga you." jawab Mary Jonson risau sambil membelai rambut gadis itu lembut.
" But auntie.I dah banyak susahkan you.Kalau boleh I nak cari kerja and I nak sara kehidupan kita berdua.Please,auntie?"
" Auntie bukannya tak bagi sayang.Auntie ni masih ada duit lagi untuk tampung kita dekat sini.Sampai bila-bila pun auntie masih mampu.Soal duit,Mikayla jangan risau.Lepas pantang,Mikayla nak makan apa,Mikayla cakap je dengan auntie okay sayang?" pujuk Mary Jonson lagi.
Mikayla hanya mengangguk tanda faham.Bukan apa,dia sendiri rasa bersalah dengan insan yang baik hatinya yang sanggup tolong gadis sepertinya itu.Walaupun dia tahu,wanita tua itu terlebih mampu,namun dia tetap berasa bersalah.Dia harus membalas jasa wanita tua itu suatu hari nanti.
" Mikayla.Boleh tak kalau Kayla panggil auntie ni mummy?Auntie nak ambil Kayla jadi anak angkat auntie.Anak auntie dah lama tak ada.Suami auntie sudah meninggal.Boleh ke?" tanya Mary Jane kepada gadis itu sayu.Sungguh wanita tua itu dahagakan kasih sayang.Sekarang ini,gadis itu sahajalah yang dia ada.Tempat mencurah kasih.Terkesima Mikayla mendengarnya Sungguh dia berasa terharu.
" Mashaallah.Betul ke ni auntie?Kayla boleh panggil auntie ni mummy?Thank you,mummy!" kata gadis itu sambil memeluk wanita tua itu erat.Masing-masing mengalirkan air mata.Sebak semua ada.Benar-benar mereka berdua dahagakan kasih sayang.Mikayla berjanji kepada mak angkatnya yang dia tidak akan tinggalkan wanita tua itu sendirian lagi.
Tengku Haqiem seperti sudah kehilangan arah.Nyawanya bagaikan melayang selepas isterinya menghilangkan diri secara tiba-tiba.Fikirannya menjadi buntu.Apa yang dia harus lakukan?Dekat mana lagi nak cari Mikayla?
Dari pagi hingga ke malam dia masih berusaha untuk menjejaki gadis itu.Perutnya berbunyi minta diisi namun lelaki itu sedikit pun tidak menjamah apa-apa hidangan.Dia hanya minum air mineral sahaja.Langsung tidak berselera.Panggilan telefon langsung tidak diangkat.Sebaliknya,paparan di skrin hanya terpampang nombor rakan baiknya itu,James dan Fir.
Kedua-dua mereka asyik menelefon lelaki itu kerana risau dengan keadaan Tengku Haqiem yang mula tidak terurus itu.Dirinya lemah.Wajahnya pucat.Tiba-tiba,kepalanya pening dan sejurus itu dia rebah di situ juga.
Tengku Haqiem memegang kepalanya yang berdenyut.Dia cuba memerhatikan keadaan sekeliling.Ya,dia berada di hospital.Dia melemparkan pandangannya ke arah pintu yang diketuk.James dan Fir menghampiri katilnya lalu duduk di kerusi sebelah katil.
" Woi,Haqiem.Kau okay tak ni? Puas kitorang cari kau Qiem.Dari siang sampai malam semalam kitorang cari.Last-last,kitorang jumpa kau dekat tepi tasik.Apa lagi,kitorang terus angkat kau bawak kau pergi sini.Kau ni kan.Risau aku." leter James.Fir hanya mengangguk bersetuju dengan kata rakannya itu.Tiba-tiba,hatinya dipagut rasa bersalah pula kerana menipu kawan baiknya.
" Dah la.Aku nak balik.Aku nak cari Kayla.Aku nak cari isteri aku.James,Fir kau kena tolong aku cari dia.Aku nak minta maaf dekat dia.Aku tahu aku berdosa.Aku nak tebus balik salah aku dekat dia.Aku nak jaga dia,jaga anak aku.Tolonglah,aku nak pergi cari dia sekarang," jawab Tengku Haqiem lemah seraya melemparkan selimut yang membaluti tubuhnya.James dan Fir segera menahan rakannya itu daripada berbuat demikian.
" Sabarlah bro.Kau tu tak sihat.Kau kena jaga diri kau dulu.Jaga kesihatan kau tu.Macam mana kau nak cari Mikayla kalau kau pun tak pandai nak jaga makan minum kau sendiri.Aku yakin dia mesti sedih kalau kau macam ni.Sudahlah tu.Aku janji dengan kau,petang nanti aku dengan James akan pergi cari dia.Buat masa ni,kau kena rest dulu.Kalau kau dah sihat,dah boleh keluar daripada sini,kita pergi cari lagi Mikayla sampai jumpa.Aku yakin,dia tak pergi jauh pun Qiem.Dia sentiasa dekat dengan kau.Dekat dengan hati kau,Qiem," nasihat Aiman Firdaus sambil menepuk bahu rakannya lembut.Cuba mententeramkan rakannya yang seorang itu.
" Betul apa kata,Fir tu.Ni kitorang ada beli kan kau makanan sikit.Kau makan lah," pelawa James sambil membuka plastik itu.
" Tak naklah.Aku tak nak makan.Tak ada selera.Aku nak Kayla," kata Tengku Haqiem lemah.Air mata mula membasahi pipi.Sungguh dia terlalu rindukan isterinya sepenuh hatinya.
" Degil la kau ni bro.Okay fine.Kalau kau tak nak makan tak apa.Aku dengan Fir tak kan tolong kau cari dia.Suka hati kaula Qiem." marah James sambil mencerlungkan anak matanya ke dalam mata Tengku Haqiem.
" Yelah aku makan.But,janji kau orang tolong aku cari isteri aku,Kayla.Please." rayu Tengku Haqiem lalu menyuapkan bubur ke dalam mulutnya walaupun terasa pahit.
Share this novel