BAB 5

Romance Completed 437987

Bangkok,Thailand??

Perjalanan pada hari itu sungguh meletihkan.Sesekali Mikayla melemparkan pandangan ke jalan raya.Bosan sungguh dia dalam kereta itu.Radio pun tidak kedengaran.Mamat ni memang berhati batu betul!Tak bosan ke asyik memandu je,dengus Mikayla.

Mikayla hanya membatu di kerusi sebelah pemandu.Dia tidak tahu dia berada di daerah mana tapi yang pasti lelaki ini membawanya pergi ke negara jiran.Fikirannya menjadi celaru.Tidak tahu apa yang harus dia fikirkan sekarang ini.Hanya mampu berdoa semoga dia tidak diapa apakan.Masih jauh lagi perjalanannya sebagai seorang mahasiswi.Besar juga tanggungjawab yang perlu digalasnya sebagai seorang anak.Namun,sekarang ini,dia bukan berada di kampung,dia bersama lelaki yang tidak tahu datang daripada pelusuk mana.

Perjalanannya yang memakan masa berjam jam itu sudahpun habis.Jantungnya berdebar.Gelap sungguh suasana di sini.Cuma ada lampu malap je.Sesekali beberapa wanita atau bukan wanita yang berpakaian menjolok mata berselisih dengan kereta mereka.Aku dekat mana ni?!

Tengku Haqiem yang membisu dari tadi menanggalkan seatbelt lalu membuka pintu.Dengan pantas,terukir senyuman di wajahnya apabila melihat seorang lelaki yang separuh abad keluar daripada pintu belakang.Mikayla hanya mencuri pandang dan menangkap apa yang cuba dibualkan oleh mereka.Namun,langsung tidak memahami apa yang cuba disampaikan.

Tengku Haqiem meluru ke arah Mikayla.Dia membuka pintu dan memaksa gadis itu keluar.Riaknya sungguh menakutkan.Mikayla hanya mengikut tanpa sebarang kata.Risau diapa apakan.Mereka beriringan menapak ke lelaki tua itu.Sesekali lelaki tua itu tersengih sengih melihat kecantikan Mikayla.Dia mula tidak sedap hati.Lantas,dia menyorok di belakang Tengku Haqiem.

Ketika itu,Tengku Haqiem memegang lengan Mikayla kuat.Mikayla terjerit kecil.Lelaki tadi mencuri pandang ke arah Mikayla dengan mata penuh nafsu.Mikayla takut.Tubuhnya menggigil.

"Kau dengar sini baik baik.Aku nak kau tunggu dekat sini sampai aku balik,kau faham?Kalau kau cuba lari daripada aku,kau memang takkan boleh lepas daripada aku,langsung!," bisik Tengku Haqiem kepada Mikayla.

Ketika itu Mikayla tidak perasan yang dia sedang memegang lengan Tengku Haqiem kuat.Kenapa dia kena duduk sini?Lelaki ni nak pergi mana?Takkan aku kena duduk berdua dengan orang tua gatal ni? Beribu persoalan bermain di mindanya.

" I nak you jaga dia masa I keluar nanti.Lagi beberapa jam I akan ambil dia," kata Tengku Haqiem kepada orang tua tadi.

Mikayla sekali lagi tidak dapat mendengar bait bicara mereka berdua.Apalah yang diorang ni bualkan?

Dengan lantas,kaki Tengku Haqiem menuju ke arah kereta BMW miliknya.Langsung dia tidak menoleh ke belakang.Mikayla menjerit memanggil Tengku Haqiem namun dibiarkan tanpa sepatah kata.Tinggallah Mikayla dan lelaki tua gatal tadi.Dia menarik lengan Mikayla masuk ke dalam.Mikayla menolak.Dia berfikir lebih baik dia duduk di luar.

Namun,orang tua itu sedikit degil.Dengan wajah masam,dia memaksa Mikayla masuk ke dalam rumahnya.Segera dia membawa Mikayla duduk dahulu di depan.Dia mempelawa Mikayla minum air teh cina dahulu sebelum menunggu Tengku Haqiem.

Sesekali orang tua tadi memandang Mikayla dari atas hingga bawah.Kadang kadang dia tersengih sengih.Gatal sungguh orang tua ni!Mentang mentangla Mikayla ni cantik,muda .Sukahati dia je pandang macam tu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience