Cahaya matahari pada petang itu sayup-sayup sahaja menampakkan diri.Awan mula berarak.Tanda-tanda hari nak hujan.Kereta Tengku Haqiem membelah jalan raya menuju ke Kinrara Specialist Hospital.Tiba-tiba sahaja hatinya tidak sedap.Pedal minyak ditekan dengan lebih kuat.
Sesampainya dia disana,dia ternampak akan kelibat Danish dan Kamal yang sedang galak bersembang sambil memegang beg plastik berisi makanan.Segera dia menghampiri mereka.
" Aik.Mana Kayla?" tanya Tengku Haqiem sambil menjongketkan keningnya yang tebal.
" Oh.Dia ada dengan Badrol dengan lagi seorang.Apa entah nama dia.Katanya tadi dia yang offer nak teman Puan Mikayla ke tasik.So,kami pun ingat nak turun cafe kejap nak beli kuih ni untuk dia." jawab Kamal sambil menayangkan beg plastiknya.
" Badrol ? Badrol mana ni?" tanya Tengku Haqiem bertambah hairan.Jantungnya mula berdebar.
" Ya,Badrol.Takkan Tengku tak kenal?" tanya Danish pula.Mereka berdua memandang wajah antara satu sama lain.Pelik dengan soalan boss mereka itu.Tengku Haqiem mula berfikir.
" Setahu aku,tak ada siapa pekerja aku nama Badrol.Amin mana Amin?Kenapa aku tak nampak dia dari tadi?" soal Tengku Haqiem mendesak.Matanya melilau mencari kelibatnya.
" Haah la.Mana dia eh?Baru perasan dia tak ada," kata Danish lagi.Tengku Haqiem mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.
" Hello,Su.You masuk bilik I sekarang,dekat bilik bawah tanah,ada satu rak dokumen peribadi pekerja.You cari sekarang ada tak file nama pekerja Badrol.Now!" arah Tengku Haqiem keras.Dia menunggu respon daripada PA nya itu.Selepas 2 minit,Suraya mula bersuara.
" Boss.Saya dah cari.Tak ada satu pun security bernama Badrol." jawab Suraya.
" Shit ! Kau orang cari Mikayla dekat dalam.Aku cari dia dekat tasik.Call yang lain ! " jerit Tengku Haqiem lalu berlari dengan semahunya menuju ke tasik.
" Kayla ! Kayla ! Mikayla binti Mustapha ! " jerit Tengku Haqiem bagai nak gila.Penghuni yang berada di situ memandang aneh pada Tengku Haqiem yang terjerit-jerit.Peluh membasahi di dahinya.Dia tercari-cari gadis itu.Dadanya turun naik.Fikirannya ligat berfikir siapa musuh yang seterusnya.Pada masa yang sama,dia sangat risau akan keselamatan isterinya.Dia sendiri sudah berjanji,kalau jadi apa-apa,dia takkan sesekali memaafkan dirinya sendiri.
Deringan telefon pintar mematikan langkahnya.Tertera di situ 'unknown number'.Dia menekan butang hijau lalu menekapkan di telinganya.
" Tengku Haqiem.Cuba kau teka,siapa disini?" tanya pemanggil itu sambil ketawa girang.
" Bodoh ! Bangsat ! Kau siapa sial?!" jerkah Tengku Haqiem.Tidak dipeduli ada mata-mata yang memerhatikannya.
" Hahahaha..Chill la bro.Kenapa kabut sangat ni?Kau kan jenis yang cool kan? Ke tak? Hahaha " kata pemanggil misteri itu.
" Jangan main-main dengan aku la.Aku dapat kau habis kau aku kerjakan" marah Tengku Haqiem.Beraninya dia bermain dengan singa buas.Salah orang la.
" Mikayla,sayang.Bangun.Hahahah," kata pemanggil itu lagi lalu segera mematikan panggilan.
" Kayla ! Kayla ! "jerit Tengku Haqiem.Belum sempat dia berbuat demikian,pemanggil itu tadi sudah mematikan panggilan.Dia cuba menghubungi semula namun tiada jawapan.
Tengku Haqiem mengepalkan penumbuknya.Nafsu membunuh makin terasa.Tangannya terasa gatal.Habis orang itu kalau berani menyentuh isterinya,Mikayla.
Danish dan Kamal yang ternampak bosnya segera mendapatkan majikannya itu.Tercungap-cungap nafas mereka berdua.
" Bos,Amin boss.Kitorang jumpa dia dekat dalam tandas hujung.Dia kena tikam boss." kata Danish lagi.
" Kau orang dah call yang lain kan.Pergi call James dengan Fir.Cakap dengan diorang kita berkumpul tempat biasa dulu.Aku akan bagitahi strategi yang seterusnya," arah Tengku Haqiem lagi lalu berlari ke arah keretanya.
Kau main dengan api ! Sehelai rambut dia gugur,aku campak kau dalam air panas menggelegak.Berani kau sentuh dia ! Siap kau bangsat !
Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan hospital itu.
Share this novel