BAB 90

Romance Completed 438865

Mikayla duduk sambil menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya.Angin sejuk menyapa lembut tubuhnya ketika itu.Pantai itu agak sunyi kerana musim salji sudah mula tiba.Jadi,tidak dapatlah kanak-kanak lain bermain pasir atau bermandi-manda di situ.

Dia tersenyum sendirian mengenangkan memori bahagianya bersama Tengku Haqiem.Segala pahit dan manis sudah dilalui di dalam rumah tangganya yang sudah dibina bersama lelaki itu.Namun,kekecewaan juga bertandang di dalam hatinya.

Dia tidak dapat mengandungkan zuriatnya bersama Tengku Haqiem.Perempuan mana yang tidak mahu zuriat atau keturunan mereka sendiri.Pasti ada nada kesedihan dalam segenap hati mereka yang merasainya.

Dia memeluk tubuhnya dingin.Entah berapa masa lagi yang tinggal untuk dia hidup di atas muka bumi yang indah ini.Hanya menanti sahaja sisa hidupnya dihabiskan bersama insan yang tersayang.

Dia teringat akan pesan Mary Jonson pagi tadi ketika mereka bersama-sama bersarapan di rumahnya.Apa yang mengejutkannya adalah kedatangan bekas kekasihnya,Micheale.Lelaki itu seperti mahu menagih kembali cinta daripadanya.

Throwback~

" Mummy nak you kuat dalam semua benda ni.You dah ada Haqiem yang boleh jaga you.Dia sayang sangat dekat you.Sebenarnya,mummy nak minta maaf sebab mummy rahsiakan kedatangan Haqiem hari itu."

" Maksud mummy?" Mikayla mula keliru.

" Waktu kita dinner hari itu,mummy ada ternampak Haqiem.But,mummy tak bagitahu pun dekat Kayla yang itu Haqiem sebab mummy risau dengan keadaan you.Mummy takut kalau dia kembali,fikiran dan emosi you akan terganggu."

" Kayla tahu mummy risau sangat dengan keadaan kesihatan Kayla but mummy kena tahu dialah lelaki yang ada di dalam hati Kayla ni.Tak ada orang lain mummy.Ya,memang Kayla ada bagitahu mummy yang Kayla nak lupakan dia but i can't.Kayla tak boleh tipu diri Kayla sendiri."

" Is okay.Mummy faham.I'm sorry,okay?" Mikayla melemparkan senyuman hambar lalu memeluk wanita tua itu erat.Dia dapat merasakan ketulusannya wanita tua itu menjaganya seperti anak kandung sendiri.

End of throwback~

" Termenung apa tu sayang?" Lamunannya terhenti dek cuitan pada bahu kanannya.Tengku Haqiem sudah tersenyum manis memandangnya.

Dia pergi ke cafe sebentar untuk membeli air kopi dan sepotong kek buat gadis itu.Katanya,mengidam pula.

" Terkejut Kayla." balasnya.Matanya kembali beralih ke arah bungkusan yang dipegang oleh Tengku Haqiem lalu mengambilnya.

" Sedap tak?" tanya lelaki itu.Suka benar dia melihat gadis itu makan.Bibirnya comot sedikit kerana ada kesan krim pada kek tersebut.
Mikayla mengangguk lalu kembali menghabiskan kek red velvet kesukaannya.

" Nak apa-apa lagi tak?"

" Abang ingat Kayla ni ada dua perut ke?Makan ni pun dah kenyang."

" Yelah,mana tahu Kayla nak jadi gemuk ke.Best sikit kalau abang nak cubit-cubit."

" Amboi.Tak nak lah Kayla.Nanti,abang tinggalkan Kayla."

" Mana ada.Abang tak kisah pun sayang macam mana.Abang tetap terima sayang."

Mereka berdua kembali menghadap ke arah lautan biru yang terbentang.Gadis itu melentokkan kepalanya pada bahu kiri Tengku Haqiem.Masing-masing melayani perasaan.

" Abang sayang Kayla tak?" tanya gadis itu tiba-tiba.

" Of course la abang ni sayang dan cintakan awak seorang."

" Kayla pun cintakan abang.Kayla tak nak hilang abang." terketar-ketar nada suaranya menahan sakit pada bahagian rahimnya.Cuba disorokkan sebaik mungkin agar tidak dapat dikesan oleh suaminya.

Memang benar keadaannya bertambah buruk.Namun,dia sememangnya gadis yang sangat kuat dan tabah melaluinya seorang diri.Dia sedaya upaya menahan segala sakitnya agar tidak merisaukan insan yang paling dia sayang.

Kadang-kadang,ubat yang dia makan juga tidak dapat menghilangkan kesakitannya yang teramat sangat.

" Abang janji dengan sayang yang abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila.Apa yang jadi lepas ni,kita tempuhi bersama.Kita tak boleh mengalah dan tak boleh ego.Abang nak berubah untuk jadi suami yang terbaik untuk sayang.I really love you so much."

Tangan Mikayla diraih lalu dicium lembut.Dibelainya dengan penuh kesyahduan.Jujur daripada hatinya yang dia benar-benar menyayangi gadis itu sepenuh hatinya.

" Sayang jangan tinggalkan abang tau?" tanya Tengku Haqiem.Lelaki itu menanti jawapan daripada gadis itu.Lama.

" Sayang dengar tak abang cakap apa ni?" Tengku Haqiem berkerut.Tiba-tiba matanya beralih kepada tangannya yang memegang kedua-dua tangan isterinya.

Tik...tik...tik...

Ada darah yang menitik mengena tangan Tengku Haqiem.Segera dia memegang bahu gadis itu.Mikayla sudah terlentok.Badannya digerak-gerakkan kuat.Ada darah yang mula menuruni kedua-dua belah lubang hidungnya.

" Sayang? Sayang? Wake up?!" Tengku Haqiem cuba mengejutkan isterinya yang tidak menyedarkan diri.Wajahnya sudah pucat lemah.Tanpa membuang masa,dia segera merangkul tubuh kecil Mikayla lalu berlari ke arah hospital yang berdekatan.

Lariannya dipercepatkan agar segera sampai.Orang ramai hanya memandang pelik melihat keadaan itu.Hatinya berdebar hebat.

" Please, don't leave me." Tangannya menggeletar hebat.Risau menyelubungi dirinya.Mukanya sudah pucat seperti tidak berdarah.

Akhirnya mereka sampai di pintu masuk hospital tersebut.Kakitangan yang ternampak akan situasi kecemasan itu segera mendapatkan gadis itu lalu dia dibawa ke unit kecemasan.Penghuni hospital di situ hanya menghantar pandangan ke arah mereka.

" Save my wife!" kata Tengku Haqiem.Nadanya sedikit tercungap setelah penat berlari.Doktor di situ mengangguk lalu membuntuti langkah jururawat itu ke dalam.

Lelaki itu terduduk di situ.Dia menekup wajahnya lalu menangis di situ.Sungguh dia benar-benar takut.Jantungnya semakin berdebar menunggu keputusan.

" Sayang jangan tinggalkan abang." Tersedu-sedu dia menahan tangisnya.Dia memeluk kedua-dua belah lututnya kuat.Cuba mengumpulkan semangat yang kian menghilang.

Share this novel

Sharifah Izzatul Haziyah
2021-11-29 02:35:55 

bila nak update lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience