BAB 37

Romance Completed 439027

Usai solat Asar,dia segera menyarungkan tudung ke kepalanya.Hatinya berbunga bila sang suami mengizinkan dia keluar bersiar-siar dengan rela hati.

" Danish...Kamal..." panggil Mikayla dari dalam.Dia berdiri dengan berhati-hati lalu menapak ke arah pintu.

" Ye,Cik Mikayla." kata seorang lelaki iaitu pengawal peribadi gadis itu.

" Mana Danish dan Kamal?" tanya Mikayla sambil meninjau keadaan sekeliling.

" Mereka berdua turun kejap ke cafe.Nak beli sedikit kuih untuk Cik Mikayla.Nanti mereka menyusul," jawab lelaki itu yang dikenali sebagai Badrol.Dia menghadiahkan segaris senyuman ke arah majikannya itu.

Mikayla mengangguk tanda faham lalu berjalan keluar sambil diiringi lagi seorang pengawalnya.Mereka memerhatikan keadaan sekeliling kerana risau akan keselamatan majikannya yang seorang itu.Masing-masing mengawal ketat pergerakan Mikayla.

Mikayla hanya menggeleng kepala kerana geli hati melihat pengawalnya itu.Teruk betul diorang ni nak jaga aku,ketawanya di dalam hati.

" Weh,kau beli kan apa untuk Cik Mikayla?" tanya Danish sambil menggarukan kepalanya tidak gatal.Rambang mata dia melihat juadah yang terhidang.

" Entah la.Aku pun tak tahu nak beli apa.Rasa macam nak beli semua.Yelah kot kot Cik Mikayla lapar ke masa tu.Senangla dia nak isi perut.Kan berbadan dua." jawab Kamal sambil memilih kuih muih yang beraneka jenis dan warna.

Tengku Haqiem mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya.Jarum jam menunjukkan angka 4:20 petang.Janji Melayu.Janji meeting pukul 3 petang , ni dah lebih sejam ni,bisik Tengku Haqiem di dalam hati.Dia menjeling ke arah James yang sedang bermain telefon.Sibuk betul bermain game.

" Bro,mana orang tua ni.Dah pukul berapa ni.Aku pula yang kena tunggu dia.Sepatutnya,dia yang tunggu aku.Hishh,jomla balik.Cancel semuanya," rungut Tengku Haqiem seraya bangun daripada tempatnya.Dia berura-ura untuk balik namun segera dihalang rakannya.

" Relax la bro.Biasala tu orang tua.Kau ni pun.Cuba sabar sikit.Kata nak berubah." jawab James selamba sambil ketawa.

" Amboi kau ni.Tak sayang mulut ke?Ubah ubah jugak ni dah lain ni.Kau tau kan aku tak suka menunggu.Tak rugi pun kalau tak dapat projek ni.Nasib la dia kawan arwah daddy aku.Kalau tak,memang tak la aku nak kerjasama dengan dia," balas Tengku Haqiem lagi.Geram je bila James mentertawakannya.

" Sorry,sorry Tengku.I lambat.Ada hal sikit tadi.Shall we start ? " kata seorang lelaki yang kelam kabut menghampiri meja itu.Tengku Haqiem tidak memberikan sebarang reaksi.Hanya diam membatu.Perangai dinginnya masih tidak ubah walaupun dah jadi suami Mikayla.Paling pantang orang lewat !

Tengku Haqiem hanya mengangguk lalu meeting pada petang itu dimulakan.Suraya yang berdiri di sebelah Tengku Haqiem ligat mencatat segala isi yang mereka bincangkan itu.Satu pun tidak tercicir.

" Indahnya ciptaan mu Ya Allah ! Badrul cantikkan tasik ni?Tenang je hati.Awak nak tahu masa saya dekat Berlin kan masa study dulula,kalau saya stress saya akan tenangkan diri dekat tasik dekat situla.Dekat uni kami,ada satu tasik besar.So,hampir setiap hari saya akan pergi." cerita Mikayla sambil memerhatikan burung yang berterbangan indah.

" Satu lagi benda yang saya suka buat is saya suka sangat main piano.That's why saya ambil course tu.Hajat saya after dah tamat study,saya nak beli piano saya sendiri.And,saya nak buka kelas piano.So,semua orang boleh join."cerita gadis itu lagi sambil tersenyum.

Badrol mendekati gadis itu dari arah belakang lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan dan diletakannya ubat.Perlahan-lahan dia menghampiri Mikayla lalu sepantas kilat dia menekup hidungnya hingga membuatkan gadis itu rebah dan akhirnya pengsan.

Selepas perjumpaan antara Tengku Haqiem dan Dato' Jamal,lelaki itu meminta rakannya,James mewakilinya untuk membincangkan projek syarikat bersama Tan Sri Yahya pula.

" Kau wakil la aku,James.Aku nak pergi hospital kejap tengok Mikayla.Kesian dia sorang.Tak ada siapa teman.Aku ingat aku nak temankan dia keluar kejap.Kalau sempat,aku datang balik eh?" kata Tengku Haqiem lalu bangun dan beredar dari hotel itu.

" Aduh mamat ni.Dulu dia la yang rajin bekerja.Kalau boleh nak tidur terus dalam office.Sibuk sangat nak settlekan kerja.Sampai makan pun tak sempat.Tapi main dengan perempuan sempat pulak.Ni dari tadi tengok macam tak senang duduk je.Fikir bini la tu.Habis aku?Tak ada siapa nak aku ke?" kata James menghantar pandangan ke arah Tengku Haqiem yang bergegas ke hospital.

Suraya yang melihat James menekup mulutnya menahan tawa.James mengalihkan pandangannya ke arah Suraya pula.Dia mengukirkan senyuman kecil.

" You,Suraya.Single kan?Tak nak ngorat I ke?" tanya James dengan riak wajah selamba.Terbuntang biji mata PA Tengku Haqiem bila disoal seperti itu.Dia tersipu sipu malu lalu membetulkan rambutnya yang terjuntai di dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience