Puan Dini mengesat air matanya.Merenung jauh memikirkan nasib anak perempuannya.Ditangannya terdapat sebiji telefon bimbit.Mengharapkan panggilan yang mengkhabarkan berita gembira kepada mereka.Hampir seminggu dia menanti kepulangan anak kesayangannya.Tidak sanggup dia kehilangan anaknya buat kali yang kedua.
Wanita itu duduk di beranda di hadapan kampung mereka.Mencari alternatif bagaimana lagi mahu mencari anaknya yang tiada khabar berita sampai sekarang.Laporan polis sudah dibuat.Tetapi,mereka masih buntu di mana lagi mahu mencari Mikayla.Hilang tanpa jejak.Hati ibu mana yang tidak risau.
"Mama,janganla macam ni.Along risau la tengok mama macam ni.Dah nak dekat seminggu ni mama makan pun tak banyak macam selalu.Along tahu mama risaukan Angah.Tapi janganla sampai memudaratkan diri tu," nasihat anak terunanya yang seorang itu. Muhaimin merupakan anak sulung dalam adik beradik.Dia juga baru menghabiskan pelajarannya dalam Master dalam bidang Perniagaan.Sememangnya,anak hasil perkongsian hidup antara Encik Mustapha dan Puan Dini sangat menyejukkan hati sebagai orang tua.
Keluarga mereka sememangnya dikenali di kampung itu kerana taraf pendidikan mereka yang berbeza daripada anak kampung yang sememangnya berasal dari situ.Bukannya macam seorang itu.Hanya tahu menghabiskan duit mama dan papa mereka sahaja.
"Woi,Dini ! Mana la pergi kan anak kau yang seorang tu.Katanya nak balikkan nak sambut majlis sepupu dia.Ni aku dengar anak kau dah nak dekat seminggu menghilangkan? Kemanalah Mikayla tu pergi kan?Entah entah dia ikut jantan lain kot macam yang lagi sekor tu.Haha,kesian betulla kau ni,Dini.Anak bukan main lagi pandai pandai,tapi sayang,ikut jantan lain, " sindir Mak Siti a.k.a makcik bawang dalam kampung itu.
Wahh bukan main lagi Makcik bawang ni.Sememangnya dia terkenal sebagai orang paling suka mengumpat dan mencaci cerita orang.Mulut langsung tiada insuran.Tak pandai menjaga hati orang yang tengah bersedih.Rasa macam nak tampar laju laju je mulut orang tua ni.
"Siti,kalau tak ada benda baik yang kau nak cakap pasal anak aku,baik kau balik.Sebelum selipar jamban aku ni melekat dekat muka kau baik kau balik, " marah Puan Dini.Kalini dia memang begitu marah dengan percakapan dan herdikan Mak Siti itu.Suka suka hati dia je mengata anak aku,dengus Puan Dini.
Tanpa berpaling,Puan Dini dan anak terunanya masuk ke dalam rumah.Tidak sanggup melihat wajah Mak Siti sebegitu.Ada je cerita yang mahu diumpatnya.Bila orang mengata anaknya,tahu pulak nak menggelabah.
Haishh orang tua ni!
thank you
Share this novel