Malam itu sunguh dingin.Dari pagi tadi tidak berhenti hujan.Cuma malam ini agak lebat daripada pagi tadi.Biasa hujung tahun macam ni,memang musim tengkujuh.
Urat leher Mikayla terasa agak tegang.Tidak selesa sungguh dia baring di lantai itu.Sudahla tubuhnya halus,memang tidak selesa langsung.Tambahan pula,hujan di luar sana.
Bahunya sedikit terhinjut dek bunyi pintu yang dikuak dengan kasar.Dadanya berdebar.Apa lagi lelaki ni nak,dengus hatinya.Aku rindu mama,abang,bisiknya.
"Bangun,perempuan.Kau ikut aku,sekarang!," jerkah Tengku Haqiem kasar.Tiada perasaan langsung betul dia tu.Macam cakap dengan dinding saja.
"Nak pergi mana ni,awak?Saya tak nak ikut," rayu Mikayla.Air matanya laju turun membasahi pipi.Apa kesudahannya jika dia ikut lelaki yang tak dikenali itu.Apalah nasib dia.Mesti mama bimbang tentang keadaan dirinya sekarang.
"Aku nak kau dengar sini,baik baik.Aku akan bawa kau jauh daripada sini.Tempat yang kau takkan terfikir untuk pergi.Dekat situ,kita berdua je akan duduk.Kau jangan nak fikir yang aku akan lepaskan kau dengan mudah!Hutang nyawa dibalas dengan nyawa!, "tengking Tengku Haqiem kepada Mikayla.
Ya Allah!Tolonglah aku Ya Allah.Selamatkan lah aku Ya Allah.Siapa lelaki ini?Apa dia nak daripada aku?
"Hoi,perempuan!Kau dengar tak apa aku cakap ni.Ouh by the way sebelum kita pergi ke tempat tu,aku kena bawa kau ke satu tempat." sinis sahaja percakapan lelaki itu.Ditunjal tunjalnya kepala Mikayla seperti anak patung.Tudung yang dilitupi hilang entah ke mana.Semua salah lelaki yang bernama Tengku Haqiem!
Tengku Haqiem melepaskan ikatan di tangan dan di kaki Mikayla.Tanpa berfikir panjang,Mikayla menggigit bahu Tengku Haqiem dengan kuat.Ditolak tubuh lelaki yang sasa itu.Tengku Haqiem menjerit kesakitan.Dia memegang bahunya.Ada luka kecil disitu.
Mikayla berlari ke arah pintu belakang.Malangnya,tidak sempat dia mahu membuka pintu,rambutnya yang panjang ditarik sehingga mahu tercabut kulit kepalanya.Mikayla yang kesakitan cuba melawan namun apakan daya,dia hanya seorang gadis biasa mahu berlawan dengan lelaki yang seribu kali kuat berbanding dia.
Papp! Tamparan deras tepat mengenai pipi Mikayla yang putih itu.Nampak bekas tapak tangan di pipinya.Mikayla menangis kesakitan.Akhirnya,peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh Tengku Haqiem.Dia merangkul tubuh Mikayla ke dalam kereta .Mikayla yang menjerit kesakitan tidak mampu melawan.Akhirnya,dia pengsan tidak sedarkan diri.
Sempadan Malaysia-Thailand??
Mikayla memerhatikan jalan yang dilalui mereka.Kereta BMW tersebut laju membelah jalah raya.Mikayla memandang sekilas Tengku Haqiem yang tekun memandu menyusuri jalan raya.Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi.Hendak telefon polis,phone dan beg tangannya juga hilang.
"A-awak.Kita nak pergi mana ni?," tanya Mikayla takut takut.
Tengku Haqiem diam membisu tanpa sepatah kata.Mahu tanya lebih lebih tidak pasal pasal dapat satu tamparan free macam semalam.Haishh sabar jela.
"Hello boss!Apa macam?I ada barang baik nak bagi dekat you ni ? I tunggu you dekat depan club biasa," kata Tengku Haqiem.
Club?Astaugfirullahalazim.Kau nak bawa aku pergi mana ni.Mikayla meraup wajahnya.Cepat cepat dia beristighfar.
thank you
Share this novel