BAB 65

Romance Completed 438988

Tengku Haqiem membetulkan jam di pergelangan tangannya.Wajahnya mengukir senyuman di hadapan cermin.Hari itu,dia benar tekad.Mahu menambat hati si isteri semula.

Dikerling wajah sang isteri yang mula memuncungkan bibir.Manakan tidak,dia dipaksa oleh Tengku Haqiem untuk mengikutinya bekerja.Puas dia menolak namun atas desakan Mary Jonson dan suaminya,akhrinya dia akur.

Ikutkan hati memang,dia mahu bekerja namun sudah berbuih mulut lelaki itu melarangnya.Tetap juga dia berkeras mahu bekerja.Katanya sudah bosan duduk di rumah.Tetapi,lelaki itu membuat syarat bahawa dia perlu mengikutinya bersama sekiranya dia benar mahu bekerja.

Mikayla menapak ke arah luar dan memakai kasut.Segera dia berdiri lalu lantas bergerak dari situ.Nurul yang melihat terpinga-pinga memandang gadis itu.

" Eh,awak nak pergi mana ? Sini sayang.Naik dengan abang." kata Tengku Haqiem sambil tersengih.Dia membuka pintu penumpang di sebelahnya lalu mempersilakan gadis itu untuk masuk.

Mikayla yang melihat hanya menggeleng lalu mencebik.Dia berpeluk tubuh.Nurul yang melihat adegan mereka berdua menyiku lengan gadis itu.

" Ish kau ni.Laki kau ajak kau tu.Pergilah." usir Nurul.

" Tak nak lah aku.Jomlah,Nurul." jawab Mikayla lalu menarik segera lengan gadis itu untuk pergi.
Tengku Haqiem yang melihat mengejar gadis itu dari arah belakang.Dia menarik tangan gadis itu sehinggakan dia berpaling dan menghadap lelaki itu.

Lalu,dengan pantas Tengku Haqiem mengangkat isterinya dan meletakannya di bahu.Tertonggeng Mikayla dibuatnya.Gadis itu memukul belakang badan sasa lelaki itu.Masih tidak mengalah.Lalu,dia meletakkan gadis itu di sebelahnya.

" Nurul kan ? Kejap lagi kawan I datang amik you.Sorry I bawa my wife pergi kerja dulu." arah Tengku Haqiem ringkas.Segera kakinya melangkah ke tempat pemandu lalu memecut meninggalkan Nurul keseorangan.

" Untunglah ada syubenn.Aku ni ? Single." rungut Nurul sambil menhentakkan kakinya.

" Apa masalah awak ni paksa saya ? Kesian Nurul dekat situ."

Tengku Haqiem tekun memandang jalan raya.Matanya menjeling ke arah Mikayla yang memuncungkan bibirnya.Tangannya mencuit hidung gadis itu.

" Apa salahnya ? Kita husband and wife.Nanti dia faham lah tu.Lagipun,saya dah suruh James dan Suraya ambil dia." jawab Tengku Haqiem selamba.Mikayla tidak menjawab.

Sesampainya mereka di sana,para pekerja yang baru masuk kerja memandang ke arah kereta itu.Lalu,dengan pantas Mikayla terus membuka pintu kereta dan berjalan laju menuju ke pintu pagar kilang.

" Sayang.Nak pergi mana tu?" laung Tengku Haqiem.Mencerlung mata dibuatnya.Mikayla dengan geram menerpa ke arah lelaki itu lalu menghadiahkan cubitan.Terjerit lelaki itu.

" Tak malu ke ? Tengok semua orang pandang."

" Jom kita masuk."

" Gila ke apa ? Nanti kantoilah."

" Apa masalahnya? Now memang dia orang mengata sayang nanti bila dia orang tahu,terdiam la mulut dia orang."kata Tengku Haqiem lalu menarik tangan gadis itu.

Dia memimpin tangan gadis itu lalu mereka beriringan masuk ke dalam itu.Sudah pasti banyak mata yang menjeling dan ada yang berbisik.

*guys sorry sikit je kite dpt update.sbb x nk korang tertunggu.inshaallah esok klu sempat sy update lagi.tqsm yg support.boleh komen tau korang.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience