BAB 8

Romance Completed 438970

Songkhla,Thailand

"Aku terima akan nikahnya Mikayla binti Mustapha dengan mas kahwin sebanyak 200 ringgit Malaysia tunai."

Tengku Haqiem bin Tengku Kamal dan pasangannya Mikayla binti Mustapha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Mikayla mengesat air mata yang bercucuran di pipinya.Tidak sangka beginilah kehidupannya berkahwin dengan lelaki tidak dikenalinya dan suaminya adalah lelaki yang begitu dayus.Langsung tidak berperikemanusiaan.Sudahla perkahwinannya di negara orang tanpa dihadiri keluarganya.Apalah kesudahannya?

Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Tengku Haqiem semalam menjadi kenyataan.Mikayla merenung nasibnya.Langsung tidak percaya apa yang berlaku.Pandangannya diarahkan tepat menghadap jalan raya.Sudah selesai majlisnya dan urusan perkahwinan mereka di negara orang.

Tengku Haqiem kelihatan tekun memandu.Riak wajah mereka langsung tidak kelihatan seperti pasangan lain yang baru lepas diijabkabulkan.Mikayla diam membisu.Masih sedih atas apa yang berlaku.Tengku Haqiem meleretkan matanya ke sebelah.

"Ini baru permulaan ye Mikayla binti Mustapha.Kau tahu kan kenapa aku kahwin dengan kau?!Bukan atas kemahuan aku untuk kahwin dengan kau.Bukan atas dasar cinta,tapi atas rasa benci.Bila kau dah jadi milik aku,aku boleh buat sesuka hati aku.Kau tunggu je la nasib kau!" jerkah Tengku Haqiem serius.

Terhinjut sedikit bahu Mikayla mendengarnya.Rasa takut mula menyelubungi dirinya.Makin deras air mata di pipinya.Mahu segera pulang ke Malaysia.Nak je dia keluar daripada kereta itu.Tapi apakan daya.

"Dah sampai Langkawi nanti,aku nak kau duduk dekat rumah aku.Jangan fikir kau akan lari dan lepas daripada aku.Kau tahu kan apa nasib kau bila kau cuba lari?Sekali kau lari dari aku,seribu kali aku akan musnahkan hidup kau.Masa tu,kau dah tak perlu nak bersedih lagi sebab aku akan hancurkan hidup kau dan keluarga kau!" sinis sungguh kata kata yang dilontarkan Tengku Haqiem kepada isterinya,Mikayla.

Sedikit pun tidak berlapik.Cara percakapannya,tindakkannya mampu menghancurkan hati seorang wanita yang bergelar isteri.

sorry tau kalau ada salah part akad nikah tu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience