BAB 53

Romance Completed 438865

Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam akhirnya tiba juga.Maklumlah,dengan kesesakan lebuh raya lagi.Ditambah pula,dengan hujan lebat sepanjang perjalanan.Jadi,kesempatan itu digunakan mereka untuk berhenti seketika di RnR bagi berehat seketika.

Tengku Haqiem yang kepenatan merebahkan dirinya ke atas katil.Penat sungguh hari itu.Dia memandang ke arah kipas yang berpusing di silingnya.Mereka bercadang untuk menginap di Chalet Melati selama seminggu.Nasib baik jarak antara chalet dengan tapak projek itu tidak jauh.

Nyaman sungguh suasana kampung itu.Ditambah pula,ada air terjun yang sangat cantik dan bersih.Kata Dato'Murad,kawasan pembangunan yang mereka pilih itu adalah kawasan yang agak terpencil dan jauh dari bandar.Mereka mengambil inisiatif untuk membangunkan kawasan itu memandangkan banyak anak muda yang menganggur atau bekerja sendiri.

Dengan usaha seperti ini,lebih ramai anak muda yang berkecimpung dalam dunia perniagaan yang lebih maju.Mereka juga ada merancang untuk membeli beberapa ekar tanah dan membangunkannya sebagai kebun cili yang terbesar di negeri itu.

Betul kata James.Mungkin dengan kehadirannya di sini,dia dapat menenangkan dirinya serta mindanya di kawasan seperti ini.Ini baru pertama kali dia memasuki ke kawasan kampung.Jadi,dia berasa sedikit kekok namun pada masa yang sama dia teruja.Mungkin,dia dapat berjumpa semula Mikayla di sini.Kerana itulah dia sanggup datang jauh ke sini semata-mata untuk mencari gadis yang bertakhta di hatinya.Tambahan pula,dia ingin mencari sang isteri di situ selepas urusan mereka selesai.

Misinya harus diteruskan memandangkan dia tidak dapat menjejaki Mikayla di negeri Selatan.Pencariannya pula perlu diteruskan di negeri pantai timur pula.

Dia bangun daripada katil lalu mencapai tuala.Dia perlu membersihkan diri setelah hampir seharian di luar.Badannya terasa melekit.Esok dia bercadang untuk jalan di sekitar kawasan kampung itu dan berkenalan dengan orang kampung.Dia perlu menarik minat orang-orang di situ untuk menyokong projeknya kali ini.

Mikayla mengambil beg tangannya yang terletak di dalam loker biliknya.Setiap staf di kilang itu,mereka diberikan satu rak khas untuk menyimpan barang peribadi masing-masing.Dia menutup semula pintu loker itu dan menguncinya.Nurul yang terserempak dengan gadis itu segera menegurnya.

" Kayla.Awak dah nak balik ke?" tanya Nurul lantang dari arah belakang.Terkejut dibuatnya Mikayla.Segera dia menoleh ke arah pemilik suara.

" Taklah.Saya tak nak balik.Saja duduk sini." usik Mikayla kepada Nurul.Gadis itu yang mendengar jawapan daripada rakan barunya segera mencubit lengannya.Mikayla mengerang kesakitan lalu mengusap lengannya yang merah.

" Haa..tahu pun.Orang tanya elok-elok,dia memain pula.Padan muka." balas Nurul sambil menjelirkan lidahnya.Meletus ketawa Mikayla saat itu.

" Fine ! You win.Yelah cik adik Nurul.Nak balik la ni. " jawab Mikayla lalu berura-ura untuk meninggalkannya.

" Tunggu la.Jom kita balik sama.Lagipun,rumah kita tak jauh.Satu arah.Mulai esok,boleh lah kita pergi kerja dan balik sama-sama.Hujung minggu,kita lepak dekat gerai Wahab Cendol tu.Nak tak?" ajak Nurul mesra seraya memeluk lengan Mikayla dan mereka berjalan beriringan.

" Good idea.Okay cun.Jom" jawab Mikayla lalu menarik tangannya beredar dari situ memandangkan cuaca mendung.Takut basah pula mereka.

Mary Jonson ketika itu sedang sibuk membelek buku resepi yang baru dibelinya.Pening dia memikirkan nak masak apa untuk lauk mereka malam itu.Rajin betul wanita tua yang seorang itu.Ada sahaja ideanya nak mencuba resepi baru.

Dia membuka peti ais lalu mengambil bahan-bahan untuk membuat nasi goreng kampung untuk makan malam.Ralit dia mengikut resepi yang ditunjukkan.Semerbak bau ikan bilis yang sedang dia goreng menambahkan lagi selera.

" Amboi sedapnya bau.Dari luar lagi Mikayla dah bau ikan bilis ni.Sedapnya.Mummy nak masak apa?" tanya Mikayla dari arah belakang lalu mencium tangan mak angkatnya.

" Malam ni,kita makan nasi goreng kampung.You suka kan?" tanya wanita tua itu yang sedang menggaul bahan-bahan itu tadi menjadi rata.

" Yummy.I like.Okay,mummy.Kayla nak solat Asar kejap.Dah lambat ni." pinta gadis itu lalu berlari anak ke arah tangga kayu itu dan menuju ke bilik atas.Mary Jonson hanya menggeleng melihat tingkah laku gadis itu.Andainya kau tahu,Mikayla,bisik wanita tua itu.

Malam itu,mereka berdua berborak dan kadangkala berkongsi cerita.Masih ada sesuatu yang gadis itu belum tahu.Namun,wanita tua itu lebih bertindak untuk mendiamkan diri.Dengan keadaan gadis itu yang masih belum stabil,dia tidak mahu mengambil risiko.Walaupun hakikatnya,gadis itu masih berjuang untuk melupakan Tengku Haqiem.

Seperti biasa,Tengku Haqiem mengambil peluang pada malam itu untuk menghirup udara yang segar sambil menunggu rakan dan setiausahanya bersiap.Dia duduk termenung di hadapan air terjun di sebelah chalet mereka.Sungguh mendamaikan.Lagi indah berbanding kawasan bandar Kuala Lumpur yang hiruk-pikuk dengan bunyi yang tidak menyenangkan para penduduknya.

Baru dia tahu,kawasan kampung lebih memuaskan hatinya berbanding tempat tinggalnya itu.Rasa hatinya sudah jatuh cinta dengan kawasan itu.Matanya memandang ke arah dua orang yang keluar beriringan bagai merpati dua sejoli.Terus fikirannya melayang kepada sang isteri tercinta.

Hatinya meronta-ronta mahu berjumpa gadis itu secepat mungkin.Bukannya dia tidak mencari,bahkan semua para pengawalnya sudah dikerahkan untuk mencari gadis itu.Namun,hampa masih tidak menjumpainya.

Dia terus bangun daripada kerusi panjang itu setelah ternampak James dan Suraya yang sudah bersiap.Mesra sungguh mereka berdua.Macam ada apa-apa je,desis hatinya.

Mereka berdua melambaikan tangan ke arah majikannya dan menghampiri.

" Nak makan dekat mana,bro?" tanya James sambil melihat ketenangan air terjun di situ.Bukan Tengku Haqiem seorang,dia juga turut jatuh cinta dengan kawasan itu.Maklumlah,orang bandar.

" Masa kita masuk tadi,aku ada ternampak kedai ni.Macam kedai tomyam seafood.Jomlah kita makan dekat sana." ajak Tengku Haqiem berlalu pergi.Mereka memilih untuk berjalan kaki sahaja memandangkan jaraknya tidaklah terlalu jauh ditambah pula kawasan itu kecil.Susah nak parking nanti.

Sebut sahaja perkataan 'tomyam',tiba-tiba sahaja dia berasa sebak.Makanan itu lah yang menjadi makanan kegemaran Mikayla ketika dahulu.Walaupun berada di hospital,dia masih meminta lauk itu.Lantas James dan Suraya mengekori langkah Tengku Haqiem dari belakang.

Masuk sahaja di kedai itu,pelanggan yang berada di situ memandang ke arah mereka bertiga.Mungkin penduduk di situ hairan dan tertanya siapa mereka.Kampung itu memang jarang ada orang luar yang datang.Maklumlah,dengan kawasan yang sebegitu memang susah orang luar nak masuk.

Tambahan pula,dengan penampilan mereka seperti orang berada.Masing-masing membisik antara satu sama lain.Menimbulkan rasa tidak selesa.

" Abang dengan kakak nak makan apa? Dekat kedai ni paling famous tomyam seafood lah.Memang fresh.Padu bak hang." tawar Amin yang memandang ke arah mereka bertiga silih berganti.Dia tersenyum ke arah mereka.Kebanyakan orang kampung di situ memang peramah.

" Bolehlah.Kami nak tomyam.And bagi je la apa-apa dik yang biasa orang makan dekat sini.Kita orang tak biasa." jawab James sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.Seumur hidup dia,ini kali pertama dia makan di kedai sebegitu.

Amin hanya mengangguk lalu melangkah ke arah dapur.Mak Kembang mencuit bahunya daripada tepi.Matanya ralit memandang ke arah mereka bertiga.

" Oii.Hang tengok tu.Segak sungguh na.Tak pernah nampak pun.Macam orang kaya pun ada." celoteh Mak Kembang a.k.a makcik bawang.

" Ee. Mak Kembang ni.Kalau tak sibuk dekat orang memang tak sah na." jawab Amin lagi seraya menggeleng kepalanya.Tahu benar dia dengan perangai Mak Kembang itu.

" Esok pagi apa rancangan kau?" tanya James kepada Tengku Haqiem.

" Entahlah bro.Tengoklah dulu.Maybe,aku nak kenal-kenal dengan orang kampung dekat sini.Kita tarik perhatian diorang.Then,lusa pula baru kita pergi ke tapak projek tu." jawab Tengku Haqiem selamba.

Mereka berdua mengangguk dan berpandangan antara satu sama lain.

" Esok,saya dan Tuan James nak ke pekan.Boss ada nak pesan apa-apa?" tanya Suraya pula.Sejak tadi,dia hanya diam membisu.Mungkin agak segan kerana dia seorang sahaja wanita.Tambahan pula,dua orang lelaki di hadapannya orang besar syarikat.

Tengku Haqiem menggeleng tanpa menjawab soalan setiausahanya.Dia asyik menonton berita TV3 di kaca televisyen yang agak lama itu.Tidak lama kemudian,pesanan mereka dihantar oleh Amin dan seorang lagi pekerja di situ.Mereka mengucapkan terima kasih lalu mengisi perut yang lapar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience