Petang itu cuaca cerah seperti biasa.Tidak seperti semalam,hujan turun dengan agak lebat.Sudah dua hari Mikayla terlantar di katil hospital.Tiada tanda-tanda yang dia akan sedar semula.Beberapa orang pengawal tegap menjaga dan mengawasi kawasan itu.Mereka diarahkan untuk menjaga Mikayla dengan ketat sekali.
Mereka bergilir-gilir menjaganya.Sesekali suaminya akan datang melawat dan bersengkang mata menjaga isteri tercinta.Dia harus menebus segala kesalahannya selama ini.Sekiranya terjadi apa-apa,dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri.
Throwback kejadian sehari lepas~~
" Kau nak buat apa,sial?!Jangan apa-apakan aku.Aku tak salah.Bukan aku yang buat!"jerit Chan ketakutan.Tengku Haqiem hanya diam dan tersenyum sinis.Playar tadi bertukar tangan dari Fir dan diserahkan kepada Tengku Haqiem.
Terjegil mata Chan bila alat itu berada di tangannya.Pandangannya dilontarkan semula ke wajah Chan semula.
" Aku nak kau sebut satu persatu kesalahan yang kau buat.Kalau kau tak mengaku,aku akan cabut gigi kau satu persatu sampai kau mengaku," kata Tengku Haqiem keras.Alat itu sengaja ditayangkan ke muka Chan sehingga menimbulkan ketakutan.
" No ! Aku tak buat ! Bukan aku yang buat.Bukan aku yang curi file kau ! " kata Chan sambil menggelengkan kepalanya laju.
" Bodoh jugak kau ni kan,Chan? Aku tak ada cakap apa-apa pun tentang dokumen or file.Kau sendiri yang cakap.Kau terima la padahnya," kata Tengku Haqiem lalu selangkah demi selangkah menapak ke arah Chan.Chan yang terkejut dengan tindakan lelaki itu berusaha melepaskan diri.
Tengku Haqiem berdiri terpacak di hadapan Chan yang menggigil ketakutan.Lelaki itu mengangkat tangannya lalu mencengkam wajah Chan dan memaksanya membuka mulut.
" Hmphh hmphhh" masih tidak mahu membuka mulut.Cengkaman masih kuat cuma kali ini lebih kuat.James dan Fir yang melihat segera menahan tubuh Chan daripada meronta.
Plak plak !
Bunyi gigi sudah dicabut.Dua batang gigi Chan sudah hilang akibat Tengku Haqiem.Dia memasukkan playar itu ke dalam mulutnya lalu mencabut giginya dengan kuat.Dia melonggarkannya lalu merentap giginya dengan kasar.
" Arghhhhh" jerit Chan sekuat hati.Mulutnya sudah penuh dengan darah.Puas hati Tengku Haqiem.Selesai dengan seksaan itu,dia melangkah keluar daripada markas itu lalu menuju ke hospital untuk menemani isteri tercinta.
End of flashback ~~
Tangannya digerakkan.Dahinya berkerut.Matanya dibuka perlahan-lahan lalu cahaya yang datang membuatkan pandangannya sedikit kabur.Tiba tiba pintu biliknya dibuka.Terjojol wajah Tengku Haqiem yang sedang memegang bunga.
"Kayla ! Kayla kau dah sedar ! Allahuakbar.Doktor ! Nurse ! "laung Tengku Haqiem sambil berlari keluar memanggil mereka.Mikayla yang baru sahaja sedar itu hanya memerhatikan tindakan Tengku Haqiem.Mungkin cuba menyelesakan diri.
Selesai pemeriksaan dibuat,Doktor Steven memanggil lelaki itu dan berbicara seketika.
" Keadaan Puan Mikayla bertambah baik.Banyak tanda-tanda positif yang mula ditunjukkan.Cuma buat masa ni,saya tak nak dia stress atau tertekan sebab takut keadaanya bertambah lemah," nasihat Doktor Steven lalu bergerak keluar bersama jururawat yang lain.
Tengku Haqiem memandang isterinya lalu mengambil tempat di birai katil.Menyedari akan kehadiran suaminya,gadis itu perlahan lahan memusingkan badannya ke kiri lalu pandangannya dilemparkan menghadap tingkap.Tubuhnya memebelakangi suaminya.
Tengku Haqiem perlahan mencapai tangan milik isterinya tetapi segera direntap semula oleh Mikayla.Tengku Haqiem yang terkejut hanya mendiamkan diri.Ya ,dia tahu memang selayaknya Mikayla melayan dia seperti itu.
" Kayla.." panggil Tengku Haqiem lembut.
" Macam mana keadaan kau?Bertambah okay?Ada sakit dekat mana-mana tak?Nak makan tak?Aku turun bawah kejap pergi beli makanan," tanya Tengku Haqiem lalu bangun daripada duduknya untuk ke restoran sebentar.Isterinya mesti lapar.
" Keluar ! Dan jangan datang semula ! " arah Mikayla.Badan Tengku Haqiem dipusingkan lalu berdiri di depan tingkap.Mikayla menyeka air matanya yang tumpah.Tak ada gunanya kau Mikayla sedih disebabkan jantan yang tak pernah hargai kau !
" Aku cakap keluar ! Keluar la ! " jerit Mikayla lantang.Terjengil matanya memandang Tengku Haqiem.Dia mencampakkan pasu bunga yang berada di sebelahnya ke lantai.
Jururawat yang mendengar sedikit kekecohan itu masuk dengan terburu-buru.Segera dia mendapatkan Mikayla dan menenangkan gadis itu.Jururawat mengarahkan Tengku Haqiem untuk keluar memandangkan emosi pesakit masih tidak stabil.Tengku Haqiem hanya mengangguk dan akur lalu keluar.
Tengku Haqiem cuba menenangkan dirinya dengan duduk di tepi tasik hospital itu.Dia menghelakan nafasnya yang panjang.Buntu memikirkan cara bagaimana mahu menebus segala kesalahannya.Tiba-tiba,bahunya ditepuk oleh seseorang.Segera dia melihat siapa gerangan itu.
" Kau okay tak ni bro? Macam ada masalah je?," tanya Fir lalu mengambil tempat di sebelah Tengku Haqiem.Masing-masing sibuk melayani perasaan.
" Aku bodoh Fir ! Aku bodoh sangat ! Aku sia-siakan gadis sebaik Mikayla.Aku lepaskan semua dendam tu dekat dia walaupun tu bukan salah dia.Aku tak dapat seksa Marissa,aku seksa pulak adik dia,Mikayla,isteri aku sendiri.Aku hancurkan masa depan dia,Fir.Aku musnahkan impian dia dengan paksa untuk dia kahwin dengan aku.Aku layan dia macam perempuan murahan.Aku tak hargai dia sebagai seorang isteri dan seorang ibu untuk anak yang dikandung.Aku cabul kehormatan dia,Fir.Ni semua salah aku,Fir.Aku tahu aku tak layak untuk dapat dia.Dia terlalu baik.Aku mengaku yang aku memang jatuh cinta dan sayang dia sejak kali pertama aku jumpa dia.Tapi,aku tipu hati aku.Aku tipu diri aku sendiri.Semua sebab dendam lama hingga aku tak bagi dia kasih sayang yang baik daripada seorang suami kepada isterinya," kata Tengku Haqiem sambil mengesat air matanya.Sungguh dadanya ketika itu terasa sesak sekali.Riak mukanya jelas yang dia betul-betul insaf dan mengaku kesalahan sendiri.
Tengku Haqiem mengaku yang dia benar mencintai dan menyayangi isterinya melebihi nyawanya sendiri.Cuma,salah dia kerana sibuk untuk puaskan nafsu dan dendam dalam diri sehingga mengabaikan Mikayla.Aiman Firdaus yang dari tadi khusyuk mendengar luahan hati rakannya menepuk bahu Tengku Haqiem.
" Tak apa bro.Aku faham.Satu je aku minta bro.Jangan sia-siakan gadis sebaik Mikayla.Beruntung siapa yang dapat dia,bro.Jujur aku mengaku dengan kau yang aku jatuh cinta dengan dia.Now,aku tahu yang dia bukan jodoh aku.Jadi,kau lah selayaknya dengan dia.Bukan aku.Tolong jaga dia.Sayang dia melebihi nyawa kau sendiri.Sekali kau sakitkan dia lagi,berpuluh puluh kali aku sakitkan kau," gertak Fir lalu tersenyum kearah rakannya yang seorang itu.Walaupun dia menerima keadaan itu,jauh di sudut hatinya,dia berasa sedih kerana tidak dapat menjadi pasangan Mikayla dunia akhirat.
Tengku Haqiem ketawa mendengar reaksi jawapan kawan baiknya itu.
Share this novel