Sejak pulang daripada kerja tadi,Mikayla banyak mendiamkan diri.Mungkin dia tidak selesa dengan keadaan kesihatannya baru-baru ini.Sejak dua menjak ini,kesihatannya bertambah merosot.Kejap okay,kejap tak.
Tapi,yang pasti dia selalu pening dan sesak nafas.Namun,perkara itu dia tidak ambil peduli.Puas Mary Jonson menasihati anak angkatnya yang seorang itu untuk ke klinik namun dia bertegas tidak mahu juga.
Gadis itu duduk di pangkin berhadapan dengan anak sungai pada malam itu.Cuaca yang sejuk dan berangin menembusi tangannya yang halus dan mulus.Dia memakai sweater untuk membalut tubuhnya yang kesejukan.Matanya ralit memerhati deruan air sungai yang menyegarkan.
Tanpa dia sedari,ada setitik air mata yang jatuh di pipinya.Tidak tahu mengapa malam itu dia terlebih beremosi pula.Tiba-tiba sahaja fikirannya melayang kepada sang suami nun jauh di sana.Walaupun dia cuba menjauhi Tengku Haqiem,jujur dari hatinya dia mahu lelaki itu mencarinya.
Sungguh dia rindukan belaian dan kata-kata cinta yang diungkapkan daripada sang suami.Jauh di lubuk hatinya,dia terlalu rindu dengan jejaka itu.Rindu sangat ! Mary Jonson yang melihatnya termenung melangkah mendekatinya perlahan.
" Why you malam-malam macam ni duduk sini ? You tu tak sihat lagi.Dengan angin macam ni.Dah jom masuk." arah Mary Jonson lalu menarik tangan anak gadis itu masuk semula ke dalam rumah.Tubuhnya tidak berganjak walau sedikit.
" Mummy masukla dulu.Kayla nak rest dekat sini.Give me 5 minutes.Nanti Kayla terus masuk." pinta Mikayla memandang wajah wanita tua itu dengan lembut.Syukur kerana masih ada insan yang mengambil berat tentang dirinya.
" Promise,okay?Nanti masuk,terus tidur ya.Esok nak kerja kan?Nanti,kalau tak sihat,mummy paksa juga jangan bagi you pergi work.Faham?" tanya Mary Jonson semula.Risau dengan kesihatannya.Mikayla tersenyum mesra lalu mengangguk.
Mary Jonson memakai seliparnya semula lalu menapak masuk ke dalam rumah membiarkan Mikayla keseorangan di luar.Gadis itu masih setia di situ ditemani dengan cuaca malam dan deruan air yang sungguh mengasyikkan.
Tengku Haqiem duduk di kerusi panjang yang disediakan di chaletnya.Setelah penat hampir seharian bekerja,dia duduk di situ bagi menghilangkan segala penat dan lelah.James dan Suraya sudah masuk tidur selepas mereka duduk melepak bersama Encik Sato.
Dia menghela nafas panjang lalu kepalanya didongakkan sedikit memandang ke langit.Beribu-ribu bintang yang terukir di dada langit ditambah pula dengan cahaya bulan yang samar-samar.
Flashback ~
Mikayla berdiri di balkoni di dalam biliknya.Setiap malam,memang menjadi tabiatnya untuk memerhatikan bintang walaupun tiada bintang sekalipun,dia mesti akan melihatnya.Bibirnya mengukirkan senyuman paling manis saat itu.Angin malam menyentuh lembut tubuhnya.
Tiba-tiba,ada sepasang tangan kekar melingkar pinggangnya erat.Dia tersenyum manja.Ada kucupan hangat melekap di pipi kanannya.Masing-masing melayan keindahan malam.
" Cantikkan,bintang tu.Saya suka sangat tengok.Dulu,time saya kecil dulu.Saya nak sangat ambil bintang tu then bawa balik rumah.Saya nak kasi bintang tu dekat papa dan mama." cerita Mikayla sayu.Dia mengesat air matanya perlahan.Cuba mengawal emosi.
" Tengku Haqiem.Saya tahu awak tak cinta kan saya.Saya tahu awak terpaksa sahaja untuk cintakan saya." kata Mikayla tiba-tiba.Berdetak hati Tengku Haqiem saat mendengar ucapan yang keluar daripada mulutnya.Terus lelaki itu memusingkan badan isterinya menghadap dirinya.
" Kau tahu kan yang cinta tak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata.Cinta tu bagaikan bintang di langit sana.Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.Kaulah bintang tu,Mikayla." tutur Tengku Haqiem lembut seraya memeluk erat tubuh kecil gadis itu.Damai sahaja perasaan mereka malam itu.Masing-masing melayan suasana.
End of flashblack ~
Tengku Haqiem mengesat tubir matanya yang mula dipenuhi air mata.Sebak sungguh dia memikirkan gadis itu.Setiap masa dan setiap saat,dia tidak pernah sesekali melupakan gadis itu.Setiap hari,dia akan berdoa supaya dia dapat bertemu gadis itu semula.
Hatinya bagaikan dirobek saat mendapat tahu yang isterinya hilang selepas kejadian hari itu.Luluh hatinya mendengar.Tetapi,dia tahu yang dia perlu kuat untuk mengejar cintanya semula.Dia tidak boleh sesekali berputus asa.
Lamunannya terhenti dek ada sentuhan kasar di bahu kirinya.Terhinjut sedikit bahunya ke atas.Segera dia memalingkan wajahnya ke arah pemilik itu.
" Kau buat apa malam-malam ni,bro?Sejuk pula tu.Nanti selesema.Siapa yang susah?Aku jugak yang susah,bro." rungut James lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Haqiem.Dia juga turut ralit memandang ke dada langit yang berkilauan dek cahaya bintang dan bulan.
" I miss my wife." jawab Tengku Haqiem sepatah.Hatinya sayu semula.
" I know.But,kita dah usahakan?Is okay,bro.Aku yakin yang dia masih selamat.Aku doakan kau dan dia bertemu semula.Inshaallah,bro.Dia tak jauh.Dia sentiasa ada dekat di dalam hati kau.Kau kena ingat tu?" pujuk James lalu beredar dari situ.Sejuk sungguh malam itu sehinggakan dia tidak sanggup berlama di luar.Macam manalah mamat ni boleh tahan,bisik hatinya.
Tingallah Tengku Haqiem keseorangan.Ada betulnya apa yang disampaikan oleh rakan baiknya.Dia tidak boleh berputus asa.Dia perlu mencari cinta hatinya secepat mungkin.Matanya mula mengantuk.Dia menapak menuju ke dalam biliknya semula.
Pagi itu,Mikayla bangun seperti biasa.Namun,kedengaran bunyi batuk dari dalam bilik.Mary Jonson yang mendengar terus mengetuk bilik Mikayla untuk memeriksa agar gadis itu.Dia melihat gadis itu memegang dadanya sambil berpaut pada tiang.
" You okay tak ni,Kayla? I risau la tengok you.Demam you ni tak kebah lagi.Jom kita pergi klinik." ajak Mary Jonson turut memegang lengan gadis itu.
" Is okay,mummy.I'm okay.Demam biasa je ni.Maybe after terkena hujan hari itu.Nanti,surut la." kata Mikayla cuba menyedapkan hati Mary Jonson.Kepalanya digelengkan beberapa kali.Degil betul gadis itu.
Dia mencapai tangan tua itu lalu menyalaminya seperti biasa.Hari itu,dia tidak pergi kerja bersama dengan Nurul seperti biasa kerana rakannya itu ada hal yang tidak boleh dielakkan.Jadi,terpaksalah Mikayla berjalan seorang diri.
Agak kekok sedikit tanpa Nurul di sisi memandangkan setiap hari sama ada pergi atau pulang,mereka sentiasa bersama.Mikayla berjalan perlahan-lahan di tepi jalan yang sempit itu dengan langkah cermat.
Sebelum dia bergerak lagi,dia sudah menelefon pengurus mereka Encik Musa untuk meminta izin datang lewat sedikit ke tempat kerja.Walaupun lelaki itu menegas supaya dia perlu mengambil cuti sakit,namun gadis itu tetap berkeras.Semangat sungguh gadis itu mahu bekerja.
Share this novel