BAB 34

Romance Completed 439027

Tengku Haqiem berjalan mundar - mandir di hadapan bilik yang menempatkan isterinya.Terpancar riak gusar di wajahnya.Sungguh dia amat menyesali perbuatannya itu.Betapa kejamnya dia menyeksa isterinya sendiri .Langsung tidak berperikemanusiaan.Ibu kucing pun amat menyayangi anaknya inikan pula manusia.

Kelibat Doktor Steven menyapa pandangannya.Kelihatan doktor itu baru sahaja keluar selesai melakukan pembedahan ke atas pesakit.Segera dia mendapatkan doktor itu untuk mengetahui perkembangan isterinya ketika itu.

" Doctor,macam mana dengan wife aku?" tanya Tengku Haqiem melulu.

" Thank,god.Pembedahan tadi berjalan dengan lancar.Saya begitu kagum dengan semangat dia.Setahu saya,sebelum ni pun dia dirawat jugak kan dan kes yang sama ditembak.Puan Mikayla akan sedarkan diri dalam masa terdekat ni.Cuma kita hanya perlu berdoa supaya dia dapat sedar secepat mungkin.And one more thing,kandungan dia selamat,"kata Doktor Steven seraya menepuk bahu Tengku Haqiem lembut.

" Ka..kandungan?," tanya Tengku Haqiem tanda hairan.

" Ya,Puan Mikayla mengandung Encik Haqiem.Encik tak tahu ke? Minggu ni genap sebulan dah dia pregnant," jawab Doktor Steven lagi.

" Kalau tak ada apa apa saya pergi dulu ye?" kata doktor itu tadi lalu pergi meninggalkan Tengku Haqiem yang masih dalam kebingungan.Tubuhnya terasa lemah dan longlai.Lututnya terasa longgar.

Allah ! Apa yang kau dah buat ni Tengku Haqiem.Dia menepuk kepalanya dengan kuat.Bodoh kau Haqiem ! Matanya berpaling ke bilik Mikayla.Dia bangun lalu bergerak ke arah bilik itu.

Dia melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil hospital.Buat masa ini,dia tidak dibenarkan masuk.Bila keadaan Mikayla semakin stabil,baru dia dibenarkan melawat.Dipandang wajah isterinya sayu.Air mata lelakinya jatuh lagi.Kali terakhir dia menitiskan air matanya semasa abangnya meninggal.Sejak dari itu,dia berazam tidak akan sesekali mudah untuk menangis atau menitiskan air mata lagi untuk manusia.

Dan peristiwa itu menjadikan dia seorang yang sangat kejam dan langsung tiada perasaan.Dia suka mempermainkan hati wanita.Dirinya terasa puas bila dendam sudah terbalas.Siapa sangka,Mikayla yang menjadi mangsa segala dendamnya.

" Bro ! " jerit satu suara dari arah belakang.Kelihatan rakan baiknya,James dan Fir beriringan mendekatinya.Tengku Haqiem memusingkan tubuhnya menghadap mereka.

" Bro,Kayla macam mana?Dia dah sedar ke?," tanya James kepada Tengku Haqiem sambil matanya tertinjau memandang ke dalam bilik.

" Dia tak sedar lagi,bro.Doktor cakap inshallah dalam masa terdekat ni.Aku bodoh.Aku tak tahu yang isteri aku mengandung.Mengandung anak aku ! Apa yang aku dah buat," jerit Tengku Haqiem lalu terduduk di atas kerusi hospital.

" Mengandung? Isteri ? Apa yang kau cakap ni Qiem?"tanya Fir seraya memandang kedua wajah sahabatnya silih berganti.

" Aku minta maaf bro.Aku belum bagitahu kau lagi sebab Qiem yang suruh aku rahsiakan.Dia tak nak bagitahu kau lagi sebab masa tu kau dekat Berlin lagi.Dia dah kahwin dengan Kayla 2 bulan lepas dah bro.Dari pandangan mata kau,aku dapat rasa yang kau dah jatuh cinta dengan budak tu.Aku tahu pandangan mata tu saat kau tengok budak tu," jawab James sebagai wakil kepada Tengku Haqiem.Dia hanya mengangguk lalu meraup mukanya kasar.

Hatinya bagaikan dihiris sembilu apabila mendapat tahu yang gadis yang dia sudah jatuh cinta ini sebenarnya milik kawan baiknya sendiri,Tengku Haqiem.Sungguh pedih ! Namun dia tahu cinta tak boleh dipaksa.

" Macam mana dengan jantan tu semua?Kau orang dah settlekan ke?" tanya Tengku Haqiem ingin mendapat khabar lebih lanjut.

" Beres bro.Kitorang ni baru je balik dari tempat tu.Anak buah dia semua mati bro.Tinggal si Chan tu seorang je lagi.Aku dah suruh Danish dan Kamal kurung dia dekat markas biasa kita.Now,terpulang dekat kau nak buat apa," jawab James lagi.

" Good job ! Aku nak dia rasa macam mana dia tembak isteri aku.Bodoh punya,Chan ! "kata Tengku Haqiem sambil mengenggamkan penumbuknya.

" Panggil semua anak buah aku.Suruh diorang kawal ketat laluan ni dan pantau wife aku," arah Tengku Haqiem lagi seraya berdiri untuk bergegas ke markasnya.James dan Fir mengangguk tanda faham dan terus memanggil anak buah mereka yang berada di luar.

Ini lah masanya Chan ! Kau memang cari pasal dengan aku.Berani kau sentuh isteri aku.Kau main kasar dengan aku.Sehelai rambut dia kau sentuh,aku patah patahkan tulang kau.Habis kau aku kerjakan,bisik Tengku Haqiem di dalam hati dengan hati yang penuh dendam.

" Oii lepaskan aku la sial ! Mana Haqiem?Suruh dia datang sini.Aku nak tengok muka bangsat dia.Panggil dia.Suruh dia lepaskan aku.Arghh," jerit Chan sambil cuba untuk melepaskan diri.

Para pengawal Tengku Haqiem hanya berpandangan sesama sendiri lalu ketawa senang hati.Pintu dibuka dengan agak kasar.Kelihatan Tengku Haqiem,James dan Fir terpacak di muka pintu.Pintu ditutup semula dan dikunci.

" Well well.Looks here.Hai Chan mali chan ketimpung payung.Seronok duduk sini?" kata Tengku Haqiem sambil menepuk tangannya kedua dua belah.

" Shit ! Lepaskan aku.Apa yang aku dah buat?!" tanya Chan buat tidak tahu pula lelaki ini.

" Bodoh la kau ni ke bangang?Jangan buat tak tahula semua yang jadi ni kau rancangkan?" jerkah Tengku Haqiem keras.

" Apa yang aku dah buat la sial.Aku tak buat apa apa," kata Chan sambil mengelengkan kepalanya berkali kali.Takut berhadapan dengan singa buas itu.Masuk je kandang dia,memang tak kan terlepas lah.

" Fir,tolong amik playar tu," arah Tengku Haqiem sambil tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience