Mikayla hanya keras membatu.Dia duduk di posisi yang menegak.Tidak berani dia mahu merenung lelaki tua tadi.Dasar orang tua gatal !
Orang tua itu dari tadi merenung Mikayla dengan pandangan sebegitu.Geli geliman aku tengok,bisik Mikayla di dalam hati.
Dia adalah Ah Chong.Tauke terbesar di Bangkok.Menjalankan perniagaan penjualan dadah terbesar di negara itu.Asetnya berjuta juta hasil duit haramnya.Namun,sudah kerap kali dia melarikan diri dari di tangkap polis.Bukan itu sahaja,anak buahnya begitu ramai.Kuasanya begitu meluas.Silap langkah,diri sendiri akan menjadi mangsanya.
"Nama you Mikayla kan?Hm ,cantik nama you, " kata Ah Chong yang sudah berusia setengah abad.Tidak serik dengan kehidupan seperti itu.
Mikayla tidak menjawab.Sebaliknya dia hanya membisu.Orang tua itu mendekati Mikayla.Dia duduk di sebelah gadis itu.Diusap rambutnya perlahan lahan.Menimbulkan rasa tidak selesa.Sudahlah dia seorang yang menjaga aurat,tetapi suka hati saje orang tua ni asyik memegang mahkotanya sebagai seorang wanita Islam.
" I suka orang macam you ni.Jual mahal sangat.," bisik Ah Chong ditelinga Mikayla.Tanpa berlengah,Mikayla bangun dari tempat duduknya.Orang tua itu kelihatan sedikit marah lalu dia menarik Mikayla jatuh ke pangkuannya.Kesempatan itu digunakan oleh orang tua itu untuk mencium pipi Mikayla namun gadis itu menepis sekuat hati.
Dia berlari ke arah pintu.Cuba untuk membuka pintu namun gagal.Lelaki tadi menghampiri lalu mendukung tubuhnya ke dalam bilik.Peluh mula membasahi.Sungguh dia berasa takut.Dia cuba meronta namun lelaki tadi begitu kuat .
Mikayla merayu minta untuk dilepaskan.Namun,satu sepakan hinggap di perutnya.Mikayla mengerang kesakitan.Ya Allah,sakitnya Ya Allah.Dia memohon agar diselamatkan.Hanya Allah sahaja tempat dia meminta.
Lelaki tadi begitu rakus.Dia menanggalkan tali pinggangnya.Mikayla tidak sanggup melihat.Kelihatan dirinya begitu lemah.Langsung tidak berperikemanusiaan.
Pap ! Pintu dibuka dengan sangat kasar.Satu tumbukan dan sepakan mengenai perut dan pipi Ah Chong.Mikayla yang terkejut cuba melihat siapa individu itu.
Tengku Haqiem?
"Awak tolong saya,awak" rayu Mikayla kepada Tengku Haqiem.Melihat keadaan itu,dia menolong Mikayla untuk bangun.Namun,sebelum dia menolong Mikayla,terlebih dahulu Tengku Haqiem diserang daripada belakang.
"Aku suruh kau jaga dia,tapi kau rosakkan dia?!Kau memang jantan tak guna," tengking Tengku Haqiem kepada Ah Chong.Darah mula membasahi lantai.Habis mulut orang tua itu selepas ditumbuk berkali kali.Akhirnya,Ah Chong pengsan seorang diri di dalam rumah agamnya.
Melihat keadaan gadis itu,Tengku Haqiem mendekati gadis itu dan memeluknya.Diusap usap belakangnya perlahan.Mungkin mahu mententeramkan gadis tadi apabila dia cuba dirogol oleh orang tua tadi.Cepat cepat Tengku Haqiem merangkul tubuh kecilnya masuk ke dalam kereta.Tidak tahu arah tujuannya tapi yang pasti mereka mahu singgah di farmasi dahulu untuk membeli ubat.
Share this novel