BAB 2

Romance Completed 438970

Mikayla membuka matanya perlahan-lahan.Matanya terasa sangat berat untuk dibuka.Kepalanya pusing.Cuba mengingati apa yang berlaku.Dia menggerakkan tangannya.Aik!Kenapa tak boleh gerak ni.Terkejut beruk Mikayla melihat tangan dan kakinya diikat persis seorang pencuri.Mulutnya juga ditutup dengan plaster.

Kedengaran tombol pintu dibuka.Peluh di mukanya jelas kelihatan.Ketika itu,dia berasa sangat takut.Berbagai surah dia baca walaupun masih dalam ketakutan.Baru dia sedar,tudung yang melitupi kepalanya hanya separuh.Masih nampak auratnya sebagai wanita.Sedaya upaya dia cuba menutupnya.

Terpampang di hadapannya seorang lelaki berbadan sasa dan tinggi.Meluru kearahnya dengan wajah yang sangat bengis.Macam nak makan orang pun ada.Ketika itu,Mikayla seperti mahu menangis.Cuba ditahannya agar tidak kelihatan.

"Haa,dah bangun pun betina ni.Oii perempuan lama betul kau ni pengsan ! "jerkah lelaki itu.Sememangnya langsung tiada perasaan dan kata kata yang dihamburkan kepada Mikayla agak mengguris hatinya.

"A-awak ni siapa?Kenapa saya dekat sini?Awak nak apa daripada saya?" beribu ribu soalan yang bermain di minda Mikayla.Yang pastinya persoalan itu harus dijawab.

"Kau tanya aku siapa?Kau tak perlu nak pura pura la perempuan.Perempuan macam kau ni penuh dengan penipuan.Perempuan macam kau ni jugak sama je macam dekat lorong!" wow angkuh sungguh kata kata itu.Langsung tidak fikir tentang perasaan orang lain.

"Astaugfirullahalazim.Apa yang awak cakap ni?Saya kenal awak pun tak,kenapa awak sanggup cakap saya macam tu?Ye saya tahu saya bukan perempuan yang sempurna,tapi siapa awak nak hukum saya?! "titisan demi titisan jatuh merembes di pipinya yang mulus.Ya Allah,aku nak balik!

"Oii perempuan !! Kau dengar sini baik baik.Kau jangan nak mimpi la kau akan balik dekat pangkuan keluarga tersayang kau tu.Silap silap aku yang akan hantar mayat kau dekat diorang" jerkah Tengku Haqiem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience