BAB 89

Romance Completed 438970

Mikayla menutup telefon pintarnya dek bunyi jam yang bingit.Sudah masuk waktu Subuh,desisnya.Terpisat-pisat jarinya menggosok kedua belah mata.Sesekali kedengaran gadis itu menguap.

Dia menoleh ke arah sang suami yang masih erat memeluk pinggang rampingnya.Dia tersenyum kecil.Jarinya menyentuh helaian rambut yang terjuntai di dahi suaminya.Berbunga-bunga hatinya ketika itu.

" Tak penat ke tenung abang macam tu?" garau suara Tengku Haqiem ketika itu.Matanya masih terpejam rapat.

Macam mana dia tahu ni?

" Er...mana ada.Perasan." Mikayla mencemburutkan bibirnya.Aduh,malunya!

" I know baby.Come here." tangan isterinya ditarik sehingga wajah mereka hanya beberapa inci sahaja jaraknya.Debaran di dada sudah memuncak.Merah wajahnya ketika itu.

" Jomlah abang bangun.Kita solat Subuh." pandai sahaja gadis itu mengubah topik.Kalau dia tenung lama-lama wajah itu,alamatnya kecundanglah.

" Wait.Give me 5 minutes.Jangan gerak." bisik Tengku Haqiem di tepi telinganya.Dia menarik pinggang gadis itu lebih rapat.Mikayla hanya menurut sahaja.Dia mengulit wajah suaminya itu.Langsung tiada cacat cela.

Tangannya menyentuh pipi lelaki itu.Tengku Haqeim membuka matanya perlahan.Mata mereka bertentangan menambahkan lagi debaran pada dada.Segera matanya dilarikan agar tidak bertembung dengan suaminya.

" Look at me." lembut sahaja suara Tengku Haqiem.Rasa macam nak terbang.

Mata Mikayla kembali menatap kedua-dua mata suaminya.Terkebil-kebil matanya melihat.

" Do you love me?" soal Tengku Haqiem lembut.
Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia menolak dada bidang Tengku Haqiem.

" Dahlah.Jom mandi,solat.Nanti habis waktu."

" Nak mandi dengan sayang." usiknya lagi.

" Ishhh,dia ni kan.Kalau dilayankan je,makin menjadi.Dahlah,Kayla nak mandi dulu lepastu ambil wuduk.Kita solat sama." ujarnya lagi lalu segera turun dari katil.Tengku Haqiem hanya tersenyum geli hati melihat wajah isterinya yang kemerahan.

" Ya Allah.Kuatkanlah jodoh kami.Berilah kami kekuatan dalam menempuh ujian Mu.Berilah kami juga keupayaan untuk melalui kehidupan kami sebagai pasangan suami isteri yang bahagia.Sembuhkanlah isteriku daripada sakitnya,Ya Allah.Amin ya rabbal alamin."

Segera mereka berdua menekup wajah menggunakan tangan.Tengku Haqiem memusingkan badannya menghadap sang isteri.Mikayla mencapai tangannya lalu dikucup lembut.Dahi gadis itu pula dicium oleh sang suami,lama.

" Walau apa pun jadi,sayang kena janji dengan abang.Trust me and don't leave me." pesan Tengku Haqiem.Dia mengelus lembut tangan isterinya itu.Mikayla mengangguk lalu duduk di atas riba suaminya.Pinggang Tengku Haqiem dipeluk dan wajahnya diletakkan pada dadanya.

" Abang pun jangan tinggalkan Kayla tau.Kalau Kayla tak panjang umur,abang kena kuat tau." air mata sudah merembes keluar.Dibiarkan sahaja air matanya berlalu membasahi baju Tengku Haqiem.

Dagu Mikayla dipegang dan ditatapnya.

" Listen.Sayang tak boleh cakap macam tu lagi.Kita berdoa sahaja semoga Allah melancarkan pembedahan itu nanti.Inshaallah,everything will be okay." pujuknya lagi.

" Abang,hari ini,kita pergi jalan-jalan nak?"tanya gadis itu cuba mengubah topik.

" Boleh.Cakap je sayang nak ke mana.By the way,kita singgah rumah mummy dulu ya.Kesian dia." balasnya lagi.

" Okay b.. "

" W.. what?Ulang balik apa sayang cakap tadi?" Tengku Haqiem memandang ke dalam anak mata isterinya.Mikayla hanya menekup mulutnya sambil tersenyum.

" Mana ada cakap apa."

" Hello,abang tak pekak lagi ye?"

" Tak nak."

" Betul tak nak?Tak takut abang kiss ke?"

" Tak." balasnya sepatah.Matanya dijulingkan ke atas.

Chuppp!

Bibirnya dicium sekilas oleh Tengku Haqiem.Terkedu Mikayla dibuatnya.Dia mencubit lengan lelaki itu kuat.

" Amboi,dah pandai cubit abang." rajuk Tengku Haqiem.Mikayla menaikkan tangannya melingkari tengkuk suaminya.Wajahnya didekatkan.
Tengku Haqiem hanya meneguk liur.

Baru kenal siapa si Mikayla ni?

" Why abang pula yang blushing?" usik Mikayla.Dia ketawa geli hati melihat perubahan wajah Tengku Haqiem.Selama ini,lelaki itu sahaja yang pandai mengusiknya.Ingat dia pun tak pandai ke bab-bab mengusik ni?!

Tengku Haqiem tidak memandang isterinya sebaliknya dia melemparkan pandangannya ke tepi.Senyuman sinis mula terukir di bibir gadis itu.Telingannya ditekapkan pada dada sang suami.Ada nada tidak keruan di situ.

" Jantung abang laju.Abang malu ke?" tanyanya lagi.

" No way."

" Eleh,yelah tu.Cakap je la yang abang berdebar-debar kan?Tak nak mengaku."

" Kalau ye pun kenapa?" balas Tengku Haqiem berani.Kali ini,badannya pula didepankan sedikit hampir mengena dada Mikayla.Lelaki itu mencempung tubuh kecil itu lalu dilemparkan ke atas katil.

" Abang nak buat apa ni?" Mikayla pula yang meneguk liur.Menyesal pula aku cabar dia ni.

" Tadi bukan main nak usik abang.Memang nak kena dia ni lagi." Tengku Haqiem merangkak mendekati gadis itu.Badannya berada di atas.Mikayla sudah kecut perut.Pergerakannya sudah terkunci.

" What do you want,Haqiem?" soal gadis itu terketar-ketar.Matanya memandang ke arah lain.Tidak berani menatap mata suaminya lama.

" I want you." balasnya.

" Eee...tepilah." Mikayla menolak dada suaminya lalu segera menapak ke arah bilik air lalu menguncinya.Malu!

" Tahu takut." bisik Tengku Haqiem sendirian.Seronok hatinya dapat mengenakan gadis itu.Dia melipat semula sejadah itu tadi lalu disangkutkan pada ampaian kecil.

Mary Jonson menuruni anak tangga setelah selesai menunaikan fardhu Subuh dan membersihkan diri.Pagi itu,dia mahu menyediakan sarapan yang lazat bagi menyambut Mikayla dan Tengku Haqiem semula.

Dia membelek majalah masakannya itu lama.Hidangan apa yang perlu dia masak pagi itu.Dia membuka pintu peti sejuknya lalu melihat jika ada bahan-bahan yang diperlukan.

Ada beberapa bahan yang tidak mencukupi lagi.Dia mengambil keputusan untuk ke pasar raya sebentar.Hanya perlu menaiki subway sahaja sudah sampai memandangkan jaraknya tidaklah terlalu jauh.

Dia mencapai kot tebalnya lalu disarungkan pada tubuh dan berjalan ke arah stesen tersebut.
Sepanjang perjalan,dia dapat melihat ketulan salji kecil yang turun sedikit demi sedikit.Ya,musim salji sudah tiba.Tambahan pula,penduduk di situ akan menyambut perayaan hari Krismas.

Jadi,tidak hairanlah pada hari itu sudah ramai penduduk kota keluar bagi menyambutnya bersama insan tersayang.Telingannya dapat menangkap satu suara yang sudah lama dia tidak mendengarnya.Badannya dipusingkan.

"Auntie Mary?!" laung satu suara.Lelaki itu tersenyum lalu melambaikan tangannya ke arah wanita tua itu.Dia turut membalasnya mesra.

" How are you,auntie? Dah lama tak jumpa,auntie." tanya Micheale.

" I'm fine.How about you?" balasnya mesra.

" Yes,I'm good.Auntie,where are you going?"

" Auntie nak beli barang sikit dekat supermarket."

" Ouh i see.Auntie jom lah Mich tumpangkan auntie.Mich pun nak pergi sana juga." pelawa lelaki itu.

" No,is okay.Kesian Mich.Auntie boleh naik subway." tolak wanita tua itu lembut.Risau jika jejaka muda itu kecil hati.

" Alah,tak ada apa lah auntie.Jom." Micheale turun daripada kerusi pemandu itu lalu membuka pintu penumpang untuk Mary Jonson.Nak tak nak,terpaksa juga dia mengikutnya.

" Thanks.Susahkan Mich je."

" Don't worry."

" Mikayla mana auntie?"

" Dia...dia ada dengan kawan dia."

" Kawan?"

" Haah,kawan.Pagi-pagi lagi dia orang dah keluar jalan-jalan.Yelah,dah lama dia tak jumpa dengan kawan dia tu."

" Perempuan?"

" I don't know."

" Ouh,okay.Auntie dengan Kayla jemputlah datang rumah Mich.Kalau mummy Mich tahu ni,mesti dia happy."

" Boleh juga tu.Dah lama sangat auntie tak jumpa dia.How about her?"

" She's good.Biasalah auntie,orang tua."

Mary Jonson mengangguk lalu pandangannya dialihkan semula ke atas jalan raya yang mula dipenuhi salji.Dia menarik nafasnya dalam.Ada sebab mengapa dia menipu lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience