BAB 26

Romance Completed 438941

"Amazing ! Jangan sampai si sial tu tahu yang aku lah dalangnya.Hahaha," ketawa lelaki itu.Dalam hatinya bagaikan ada taman.Seronok dia dapat mempermainkan Tengku Haqiem.Kau bukan lawan aku la Haqiem,desis hatinya sambil tersenyum sinis.

Dia mengambil sepucuk pistol dari laci mejanya.Dia menarik picu pistol itu lalu bang ! Peluru itu tepat mengenai gambar yang ditampal di dinding.Puas hatinya !

Kedengaran derapan kaki dari arah luar.Mikayla yang ketika itu duduk termenung memandang jendela langsung tidak berkutik walaupun sedikit.Fikirannya menerawang membayangkan nasib yang menimpanya.Ikutkan hati,nak sahaja dia lari daripada hospital itu,namun apakan daya.Di luar biliknya punya ramai pengawal yang menjaga.

"Oii jauh kau termenung.Fikir nasib ke tu?Dah la fikir pasal nasib kau.Okay let me think first yang nasib kau is kau akan mati dekat tangan aku," kata Tengku Haqiem sambil tersenyum.Riak wajahnya langsung tiada rasa bersalah.

Kenapa la mamat cirit ni ? Kejap okay kejap tak,dengus hatinya.Dia hanya duduk keras membatu memandang jendela.Terhampar di hadapannya keindahan tasik.Lagi tenang hatinya daripada memandang wajah Tengku Haqiem.

" Kau ni kan memang mengujila kesabaran aku ! Aku tengah cakap dengan kau,kau boleh buat dek je ! "bentak Tengku Haqiem keras.Dia bangun lalu berdiri tegak memandang Mikayla.

Mikayla hanya menjeling Tengku Haqiem.Dia memusingkan badannya untuk menarik meja katil.Bau aroma tomyam yang masih panas menusuk ke rongga hidungnya.Dah lama dia mengidam nak makan tomyam.Dengan cuaca macam dah nak hujan ni,memang ngamla makan tomyam panas panas.

" Dahla saya lapar.Dari melayan baran awak tu,baik saya isi perut yang lapar ni," jawab Mikayla tanpa memandang wajah Tengku Haqiem.

"Auchh sakit," ringis Mikayla saat mengangkat tangannya.Entah apa la sakitnya pula kali ini.Rasa kebas pula tangan kanannya itu.

"Dah tau diri tu sakit buat cara sakit.Dah bagi aku tolong.Bukak mulut," kata Tengku Haqiem sambil ingin berura ura untuk menyuapkan Mikayla.

Mikayla yang ketika itu tekebil kebil memandang Tengku Haqiem.Bunian mana yang baik hati yang masuk ke dalam badan suaminya itu.Mukanya terasa panas dan kemerah merahan.Tengku Haqiem menjongketkan keningnya yang tebal menampakkan lagi kekacakannya.

"Kau nak aku suap kau pakai sudu atau penyodok?Baik kau bukak mulut sekarang ! "arah Tengku Haqiem tegas.Mikayla yang tekejut dek arahan yang diberikan Tengku Haqiem terus membuka mulut dan megunyahnya perlahan.

"Sedap?" tanya Tengku Haqiem sepatah.

"Ye sedap sangat," jawab Mikayla sambil mencebik ke arah suaminya.

Tengku Haqiem hanya menggeleng perlahan dan tanpa dia sedari terukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

Usai sahaja makan,Tengku Haqiem memberitahu bahawa yang dia perlu datang ke pejabat atas urusan penting.Sempat lagi dia pesan yang Mikayla tidak dibenarkan keluar daripada bilik tanpa keizinannya.Kalau dia berani keluar,memang teruk dia dikerjakan.

Dia memesan juga kepada para pengawalnya untuk memastikan Mikayla dikawal dengan ketat.Dia segera beredar daripada hospital itu dan bergerak menuju ke pejabatnya.

Sesampainya dia di pejabat,dia meletakkan cap jarinya di tombol pintu lalu membukanya dengan kasar.Bilik itu memang dikawal dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu password untuk membuka pintu biliknya.

Bukan main terperanjat sekali dia bila melihat ada seorang wanita yang duduk di atas mejanya sambil menyilangkan kaki yang gebu itu.Tengku Natasha rupanya,desis hatinya.

" Hai sayang.You pergi mana,sayang?Dah lama I tak jumpa you.Jom malam ni kita check in hotel nak ?" ajak Tengku Natasha sambil tangannya disilangkan ke leher Tengku Haqiem.

Tengku Haqiem yang melihat perbuatan Tengku Natasha segera menjauhkan diri daripada wanita itu.Apa lagi bukan main marah lagi Tengku Natasha bila buah hatinya menolak mentah mentah.

" Sayang ! What's wrong with you ?! Sampai hati you tolak I.Before this elok je kita bersama," kata Tengku Natasha sambil merajuk.Jarinya cekap menari di dada sasa Tengku Haqiem.

Tengku Haqiem hanya mengangguk tanda setuju apabila melihat Tengku Natasha yang memuncung seinchi.Kalau disangkut baju pun lepas ni.Tengku Natasha dengan serta merta duduk di atas riba Tengku Haqiem tanpa minta izin.Macam biasala Tengku Haqiem hanya melayan sahaja karenah tunangnya yang satu itu.

"Sayang,lama lagi ke you ni?Badan I ni sakit sakit la.Kalau dapat urut kan best," kata Tengku Natasha tanpa rasa segan silu.Sengaja dia mahu mengoda lelaki itu yang dari tadi asyik memandang komputer riba.Dia menyelak bajunya sehingga menampakkan lurah.

Tengku Haqiem hanya meneguk liur.Orang dah bagi free kan,balun je la,desis Tengku Haqiem sendirian.Dia bergerak ke sofa yang menempatkan Tengku Natasha lalu mencempung tubuh wanita itu lalu menuju ke bilik rehatnya.Tengku Natasha hanya tergelak kecil sambil melingkarkan tangannya di leher Tengku Haqiem.

Tengku Haqiem melemparkan tubuh wanita itu ke atas katil.Untuk pengetahuan,bilik pejabat Tengku Haqiem memang ada satu bilik rehat seperti bilik tidur.Jika lelaki itu penat,dia hanya merebahkan dirinya di situ sahaja.

Dia merangkak ke atas katil lalu melepaskan bajunya satu persatu.Petang itu,mereka berdua sibuk berdua duaan di dalam bilik.

Leher jinjangnya di jadikan sasaran.Tengku Natasha hanya diam melayani perasaan bahagia.Dirinya diulit perasaan yang indah bersama Tengku Haqiem.Ya ,Tengku Haqiem adalah miliknya !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience