BAB 33

Romance Completed 438988

Kereta milik Tengku Haqiem berdesup meninggalkan perkarangan villa nya itu.Dia menekan pedal minyak dengan kuat berharap agar destinasi yang ingin dituju sampai dengan cepat.Sesekali dia memerhatikan Mikayla yang terbaring lemah di kerusi penumpang bahagian belakang.

Tanpa dia sedari,air mata lelakinya jatuh.Fikirannya menerawang mengingati kejadian tadi.Tergamak hatinya sebagai seorang suami melepaskan dendam dan menyeksa isterinya sendiri.Kejam kau,Tengku Haqiem ! Kau memang kejam !

Wajah Mikayla tampak pucat sekali.Badannya berlumuran darah belum bercampur lagi dengan birat dan kesan di bahagian belakang badannya akibat dilibas Tengku Haqiem.Dia meraup rambutnya ke belakang dengan kasar.

Kinrara Specialist Hospital menjadi destinasi utama mereka ketika itu.Dia mencempung tubuh kecil Mikayla lalu berlari ke bahagian kecemasan.Kakitangan hospital yang menyedari situasi itu,segera mengarahkan dia untuk di bawa ke wad kecemasan.

Tengku Haqiem yang melihat Mikayla di bawa ke dalam bilik segera mendapatkan doktor yang merawatnya.

" Doc,please.Selamatkan wife aku.Tolong la.Aku sanggup bayar berapa pun asalkan isteri aku selamat, " kata Tengku Haqiem sambil memegang bahu Doktor Steven.Doktor itu hanya mengangguk lalu meminta izin untuk merawat gadisnya itu.

Kau memang bodoh,Tengku Haqiem !

Tengku Haqiem mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluar.Dia menekan butang dail lalu menghubungi rakannya,James.

"Hello James.Aku nak minta tolong kau dengan Fir ni.Tolong tengokkan keadaan rumah aku sekarang.Ambil pistol sekali dalam laci tempat biasa.Rumah aku kena pecah bro.Ada musuh tembak Mikayla, " kata Tengku Haqiem kepada rakan baiknya itu.

" Aku tak tahu keadaan rumah aku macam mana.Tolong eh?" kata Tengku Haqiem lagi.Dia mematikan butang panggilan lalu bangun sekejap dan memerhatikan bilik kecemasan itu tadi dari luar.Ada kegusaran dalam hatinya.Tiba - tiba hatinya dipagut rasa kasihan kepada gadis itu.

James dan Fir bergegas ke villa milik Tengku Haqiem.Mereka berdua diarahkan untuk melihat keadaan villa.Kereta diletakkan di bawah pokok.Segera mereka menapak ke arah pintu masuk.Terkejut mereka apabila melihat mayat bergelimpangan sana sini.Mereka mencari kelibat Danish dan Kamal selaku ketua pengawal merangkap orang paling dipercayai Tengku Haqiem.

Danish dan Kamal berjalan terkocoh kocoh apabila melihat kelibat James dan Fir dari arah belakang.Mereka berdua memandang antara satu sama lain.Kaki Danish terkena peluru dan dipapah oleh Kamal.

Mereka berempat sepakat untuk meninggalkan villa lalu menaiki sebuah kereta dan meninggalkan perkarangan villa itu.Mereka bergegas ke markas rahsia mereka iaitu di ruang bawah tanah pejabat Tengku Haqiem.

Sesampai mereka di sana,dengan langkah yang berhati - hati,mereka mengambil segala peralatan yang ada.Dalam masa 10 minit,James memberi tahu rancangannya kepada yang lain.Rupanya James sudah tahu siapa dalang atau musuh di sebalik semua ini.Namun,tidak sangka.Pihak lawan bertindak selangkah lebih awal.Mereka mengerahkan beberapa kumpulan para pengawal yang lain bersiap sedia untuk mengalahkan pihak lawan.

Setelah taklimat disampaikan,mereka menyelinap masuk pula ke TT Club di Kuala Lumpur di mana pemiliknya itu adalah Chan,ketua gangster.Mereka berempat memasuki kelab itu sambil diperhatikan semua orang.Masing masing tidak berani campur tangan.

Para pengawal yang lain bersedia mengepung kelab itu tanpa disedari pihak lawan.James mula mengatur langkah di hadapan dan menapak ke arah Chan yang khusyuk meneguk air syaitan.Chan yang menyedari kehadiran mereka segera berdiri dan bersedia untuk berjabat tangan.

" Anjing Tengku Haqiem sudah mari ma.Woof woof," kata Chan sambil membuat gaya seperti anjing.Mereka ketawa geli hati.James mengenggam penumbuknya lalu dilayangkan tepat kewajah lelaki Cina itu sehingga menyebabkan dia terduduk.

Anak buah Chan yang melihat kejadian itu mengeluarkan pistol dan pisau daripada poket mereka.Bersedia untuk melawan.Berani mereka mengapa apakan bos kesayangan.

" Bro,chill sudah ma.Benda sudah settle oo.You sudah untung manyak,kasi I sikit la projek you," kata Chan lagi.

" Kepala bana kau projek.Aku tahu la benda ni semua kau yang rancangkan setan ! Kau hendap Haqiem.Kau tembak orang dalam rumah tu.Kau hantar anjing kau ni hendap dia," kata James panjang lebar.Dadanya kejap turun naik.

" You cakap apa ni ? I tak faham.Masa bila pulak I antar orang tembak kau orang.Kalau I lah,I takkan tembak,I terus bom kan saja.Habis cerita.Pening pun tidak,maa"jawab Chan selamba.Dia sendiri pelik dengan soalan James itu.Masa bila pulak dia yang hantar.Setahu dia,dia hanya mengarahkan anak buahnya untuk mencuri dokumen penting milik Tengku Haqiem.

" You jangan tipu I la tauke.Macam I tak kenal you.You jangan main main sama dia.Silap haribulan I kerat badan you kasi anjing luar itu makan,tauke," jawab James.

James yang menyedari Chan tidak menjawab sebarang kata menarik bajunya ke depan.Dia menekan butang berwarna merah di poketnya lalu berpuluh puluh orang pengawal mengepung kelab itu.Masing masing bertempiaran lari.Dengan sekelip mata,beberapa butir peluru tepat mengenai tubuh badan pengawal Chan.

Kawasan kelab malam itu riuh rendah dek bunyi tembak menembak antara satu sama lain.Chan yang melihat ramai anak buahnya mati segera melarikan diri.Malangnya,belum sempat dia berbuat demikian,tubuhnya diheret oleh Fir dan pengawalnya yang lain.

done update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience